Makan Buah Sepuas Hati Dari Dusun Desaru Fruit Farm

1:28 AM

Kampung siapa ada dusun buah-buahan sila angkat tangan? Walaupun membesar di Terengganu sayangnya keluarga terdekat BBL tak ada dusun buah-buahan. Setakat buah jambu air atau buah betik belakang rumah boleh tanam kan. Tambah lagi bila tinggal dalam kawasan perumahan baru, memang tipis la peluang nak bercucuk tanam pokok buah best selling macam durian, cempedak, rambutan atau nenas. Hujung cerita teman mak beli kat pasar buah je.


Bagi anda yang senasib dengan BBL ni rasanya Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi Johor memang lokasi impian. Disini para penggunjung dapat merasai suasana dusun lebih 20 jenis buah-buahan tempatan termasuk durian, jambu air, jambu batu, rambutan, manga, belimbing, nenas, buah naga, nangka, pisang, tembikai, durian belanda, mankisar, manggis, ciku dan pelbagai lagi. Tidak cukup dengan itu, anda boleh menikmati buah tersebut secara fresh. 


Harga Tiket Masuk Desaru Fruit Farm

Pilihan
Harga Dewasa
/ per pax
Harga Kanak-Kanak
/ per pax (3-11 tahun)
Tour + Fruit Packet (8-10 slice buah)
RM 26.50
RM 21.20
Tour +Lunch + Fruit Fiesta
RM 58.30
RM 50.90
COMBO A
- Fruit Farm Tour
- Fruit Packet
- Go Kart Ride

RM 47.70

RM 43.40
COMBO B
- Fruit Farm Tour
- Lunch ( 7 hidangan)
- Fruit Fiesta
- Go Kart Ride

RM 72.10

RM 63.60
 Berkeluasan lebih 100 ekar ini turut mempunyai tarikan agro-tourism kolam ikan, taman herba, ladang ternakan haiwan, mini zoo dan kebun sayur-sayuran. Tak hairan Desaru Fruit Farm sentiasa dipenuhi dengan pengunjung tempatan dan luar negara untuk merasai pengalaman berada di kampung buah-buahan tropika. Budak-budak mesti suka tengok haiwan dalam mini zoo dibiarkan berkeliaran dalam kebun. 


Pengalaman menaiki ATV mengelilingi kawasan Desaru Fruit Farm antara aktiviti menarik disediakan pihak pengurusan. Selain dapat membawa sendiri ATV sambil fruit-tour kebun dan melihat sendiri produk tropical yang ditanam oleh pemilik Desaru Fruit Farm. Boleh tahan luas kawasan farm ni. Lagi seronok bila tiba musim buah-buahan. Geram je tengok buah tergantung lebat kat pokok. 


Dah puas naik ATV, apa kata nikmati sajian buah tropikal segar dari ladang. Ha makan sepuas puas buah. Malah menu masakan juga menggunakan bahan-bahan yang ditanam dan diternak sendiri di sini. Rasa segar, manis dan isinya lebih sedap berbanding buah display lebih dari seminggu atas rak. 

 ayam goreng bersama sos mankisar

 udang masak masam manis

 pari asam pedas

rojak betik

Untuk buah tangan, anda boleh beli buahan serta produk hasil keluaran Desaru Fruit Farm yang dijual terus kepada pengunjung pada harga sangat berpatutan. Paling mendapat permintaan mestilah madu kerana lebah-lebah mengambil madu terus dari bunga yang terdapat dalam kawasan Desaru Fruit Farm yang bebas dari penggunaan racun perosak. 


Ha, Desaru Fruit Farm beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 6.30 petang setiap hari termasuk hujung minggu, cuti sekolah dan musim perayaan. So dah tahu kemana nak pergi cuti hujung minggu ini?
Desaru Fruit Farm Trading (Malaysia)
Alamat : Sungai Cemaram, Desaru
81900 Kota Tinggi, Johor
Waze : Desaru Fruit Farm 92, Kota Tinggi
No Telefon : 07-830 8017 / 822 3886 / 822 5886
Email : sales@desaruff.com
Facebook : Facebook.com/DESARUFRUITFARM

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. perghhhh
    makan buah sepuas hati tu memang menarik
    nasib bukan dekat sini
    kalau tidak esok dah serbu
    hahaha

    ReplyDelete
  2. wowwww - menarik - beranikan buah tempatan ada di sini

    ReplyDelete