Katalog IKEA 2019 Dah Sampai Rumah

1:50 AM

Hi korang..

Semalam saja nak check bil air dah sampai belum kat post box tetiba katalog IKEA 2019 pula dapat. Mula-mula macam hairan sebab rasanya letak alamat office untuk surat menyurat IKEA Family. Bila tengok peti surat jiran sebelah, jiran sebelah lagi dan semua peti surat yang rosak rupanya IKEA hantar kat semua. Hahah. Kiranya batch Klang Valley & Tebrau antara rakyat Malaysia pertama dapat tengok koleksi barang Ikea untuk jualan tahun depan. Actually bukan tahun depan pun, cuma harga sama atau lagi murah hingga  Julai 2019.


So jom kita tengok apa isi dalam katalog baru ni. Macam biasa buku katalog ni cover semua department dari perabot living room & workspace, bedroom & bathroom, dining & kicthen dan bilik kanak-kanak. Tak lupa koleksi terbaharu Ikea sempena tahun 2019

wah perli neolofar ke? hahaha


Istimewa tahun 2019 ini, IKEA akan celebrate anniversary ke 75 tahun. Yeay! Nantikan promosi produk khas buat peminat Ikea dan aktiviti menarik. Yang bestnya korang kena dapatkan carrier bag limited edition ni. Kalu perasan shooping beg ikea warna kuning ni untuk isi barang time dan mesti kena return balik kat cashier kan. Dah lama teringin nak beg tu untuk isi baju pergi laundry. Beg ni akan mula dijual bermula Oktober depan.


Anda boleh dapatkan katalog IKEA 2019 bermula 29 September ini kat semua gedung IKEA Cheras, Damansara & Tebrau atau tengok online di website IKEA.MY tak pun download app katalog 2019 ni.

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici