Saya Kekal Aktif & Lincah Dengan Susu Anlene 50% Lebih Nutrien

6:51 AM


1...2....3..... LOMPAT!

Bila kali terakhir anda lompat setinggi macam BBL?

Kalu waktu zaman sekolah mungkin boleh la lompat sana sini lincah sebab muda lagi kan tapi bila dah start kerja dan usia makin bertambah serius nak lompat-lompat tak larat dah. Lompat pun comel je.

Terbaharu susu Anlene sekarang dah 50% lebih nutrien. Lagi senang nak minum susu kat mana-mana atau on-the-go dengan pek kotak 180ml, tak kisah lah untuk breakfast, lunch atau sebelum waktu tidur. Tak susah payah nak bancuh lagi, cucuk straw dan terus minum sambil siapkan kerja. Seperti kita tahu, susu Anlene kini lebih banyak kolagen, protein dan kalsium tinggi yang penting untuk menjaga tulang, sendi dan otot anda. Bukan kanak-kanak je kena minum susu, orang dewasa pun kena minum susu untuk maintain tulang sihat. 

ada pilihan flavour coklat atau asli

Oh ya susu baharu ni ada tambahan formulasi unik Movemax. Eh kalu tergaru kepala Movemax tu untuk apa meh saya terang. Movemax ni terdiri dari:

Kalsium, Vitamin D & Magnesium - membantu mengekalkan tulang kuat
Protein - Membantu membina & membaiki tisu otot
Kolagen - Terdapat dalam tulang rawan sendi. Penting untuk pergerakan fleksibel & lancar
Ha ia bagus untuk maintain tulang supaya sentiasa kuat. Sebab tu pergerakan lincah bermula dengan tulang, sendi dan otot yang kuat. Bukan setakat nak exercise je, nak buat kerja mengemas rumah, turun naik tangga, angkat barang grocery pun mudah.  

Lagi pun susu Anlene rendah lemak, rasa enak dan terdapat dalam pek mudah bawa 180ml. Senang nak mimun waktu breakfast dengan roti otw nak pergi kerja/kelas. Hari tu ada promosi pek breakfast Anlene RM1. Sempat grab satu makan time masuk office. Sedap juga susu makan bersama roti croissant coklat.


BBL sendiri pun big fan Stacy Anam bukan setakat lagu catchy sahaja, even lincah menari sambil menyanyi. Salute Stay boleh maintain stamina sebagai dancing queen, ibu dan entrepreneur dalam masa sama. Jumaat lepas happy betul dapat jumpa dan selfie dengan Stacy kat Bukit Bintang sambil kerja tour Anlene roving truck. 


Alang-alang tu saya cabar diri untuk game Jump High - melompat untuk penuhkan susu Anlene kat gaint billboard dalam masa paling singkat. Fuh walaupun berpeluh dapat atasi cabaran ini dalam masa 20 saat sahaja. Nampak tak tulang kaki, sendi dan otot kuat? Hahahaha


Nak tahu macam mana saya melompat dengan rakan lain boleh tonton video bawah. Please jangan gelak okay. Nak tergelak bila tengok playback video melompat katak depan Lot 10 tu.


Jadi anda dah boleh bersiap-siap pakai baju, start enjin kereta dan drive ke hypermarket berdekatan untuk dapatkan pek Anlene baharu yang 50% lebih nutrien untuk tulang. Tak pun beli sahaja online kat LAZADA . Baru bahagia nanti.

Lupa nak bagitau susu Anlene #BukanSekadarSusuBiasa


You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici