Rambut Maintain Sihat, Lebat, Mudah Terurus Dengan LAB 11 Full-Lift

5:03 AM

Assalamualaikum & hello there,

Apa asset paling korang sayang selain dari muka handsome/cantik? Of course la rambut kan. Setuju tak dengan BBL? Rambut ni ibarat mahkota diri & rasa lebih confident bila hang-out atau berjumpa orang dengan rambut lebat, sihat, cantik & in style. Bagi orang lelaki khususnya, rambut memang jadi perhatian utama. Kalu muka dah setting kacak, pakai baju nice tapi rambut serabai tak manis bila mata tengok kan. Lagi pun rambut pun boleh jadi daya tarikan sang hawa. Time muda ni lah kena jaga kesihatan rambut sebaiknya untuk make sure rambut kekal sihat walaupun umur makin dewasa.


Well ada satu produk penjagaan rambut BBL tengah guna sekarang. Nak syorkan anda guna untuk mencuci & menjaga rambut. Nah kenalkan LAB 11 Full-Lift jenama LAB 11 International. Setakat hari ini saya guna memang sesuai dengan rambut. 

Oh ya jika adakah anda menghadapi masalah ini?

💔 rambut rata (flat hair)                💔 kulit kepala gatal dan kering
💔 rambut keriting                            💔 rambut tak anjal
💔 keguguran rambut                       💔 rambut mudah rosak
💔 rambut bercabang                       💔 susah nak gayakan rambut
💔  kelemumur

Produk LAB 11 Full-Lift memang sesuai anda cuba untuk mengatasi masalah diatas. Lagi satu dalam setiap botol LAB 11 Full-Lift mengandungi bahan-bahan  yang baik bagi rambut seperti :
🌟 Watercress
- berkesan menguatkan akar rambut, mengekalkan rambut yang sihat, elastik dan lebat
🌟 Castor Oil
- melembap, menghitamkan & menebalkan rambut serta mengurangkan keadaan rambut rata & keguguran rambut
🌟 Eucalyptus Essential Oil
- mengurangkan radang kulit kepala & beri kelegaan dari kulit kepala gatal
🌟 Peppermint Essential Oil
meningkatkan peredaran darah sekitar kulit kepala & mengelakkan kulit kepala kering
🌟 Argan Oil
- memberi nutrisi, membaiki kerosakan, mengembalikan keserian rambut & membaiki hujung rambut bercabang
🌟 Sweet Orange Essential Oil
- menjadikan rambut anda berkilat & lembut malah mengurangkan kelemumur
🌟 Lime Essential Oil
- menyinkirkan minyak pada rambut, mengimbangi kelembapan kulit kepala dari dalam

Paling penting ia tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya malah hanya mengunakan sumber semulajadi untuk kebaikan rambut.
Sebelum tu tonton dulu video BBL unboxing apa isi dalam setiap pembelian kotak LAB 11 Full-Lift. Jangan gelak sudah :)


Cara Penggunaan


Time waktu mandi memang guna shampoo LAB 11 Full-Lift lepas sabun body. Ada bau orange sikit. Cuma picit sikit atas tapak tangan yang basah, then gosok bagi berbuih baru shampoo rambut korang. Boleh jugak massage sikit kulit kepala dan bilas dengan air secukupnya. Perasan jugak boleh tahan banyak buih time shampoo tu.


Kemudian guna soft mask untuk rawat dan memelihara rambut. Yang best ada bau limau dan mudah nak sapu kat rambut. Cara nak guna pun senang. texture lembut cuma berminyak awalnya tapi cepat meresap.

Langkah 1Keringkan rambut dengan tuala selepas syampu
Langkah 2Ambil sedikit FULL-Lift soft mask bergantung panjang rambut anda & sapu dari tengah rambut hingga hujung. (Bukan dari kawasan kepala tau)
Langkah 3 : Gunakan sikit jenis jarang untuk meluruskan dan merapikan rambut  sepenuhnya dari akar ke hujung
Langkah 4Biarkan selama 2-4 minit sebelum dibilas dengan bersih

Sebenarnya ramai antara kita yang shampoo rambut dengan cara yang salah. Sebab tu rambut senang rosak, mudah gugur, rapuh, berkelimumur dan sebagainya. Jujur saya sendiri kadang-kadang biasa buat kesalahan no 7. 

Kesilapan biasa kita lakukan ketika mencuci rambut
1. Mencuci rambut terlalu kerap atau jarang cuci rambut
2. Sekejap sangat apply pelembab rambut  (mask hair)
3. Tidur dengan rambut basah
4. Menyikat rambut selepas syampu / dalam keadaan basah
5. Guna syampu rambut yang tak sesuai
6. Guna suhu air yang salah
7. Guna kuku menggosok kulit kepala
8. Kerap menukar produk penjagaan rambut


Dah setel cuci rambut mesti nak keringkan rambut supaya senang nak styling rambut. Contoh macam BBL rambut agak panjang memang terguna juga hair-dryer bagi bagi rambut cepat kering. Kes lambat pergi kerja atau rushing attend event kan. Baru tahu selama ni saya guna hair dryer dengan cara yang salah. Nasib baik sempat belajar tips nak keringkan rambut guna hair-dryer ni time event LAB 11.

Tips cara betul keringkan rambut dengan hair-dryer
1. jangan keringkan rambut atas bawah 
2. gunakan mixed temperature untuk keringkan rambut (cold/hot)
3. periksa hasil rambut selepas keringkan rambut
4. jangan terus dryer rambut selepas syampu (tunggu 5-10 minit dulu)
5. gunakan fungsi cold air pengering rambut

Yeay dah siap cuci rambut. Baru senang nak styling rambut dengan pomade atau wax. Nampak tak perbezaan rambut BBL sebelum & selepas guna LAB 11 Full-Lift. Rambut jadi lembut, lebih rapi, berbau harum dan senang nak urus. Malah LAB 11 Full-Lift berkesan untuk kawalan minyak, anti keguguran rambut serta baik untuk pilihkan rambut rosak. Saya yang lelaki pun boleh dapat hasil rambut yang nice, apatah lagi korang wanita yang free-hair atau berhijab lagi cantik lepas pakai rangkaian LAB 11 ni.


Harga LAB 11 Full-Lift
Cuma RM 158 untuk shampoo dan soft mask. Sebotol boleh tahan sebulan bergantung jumlah penggunaan korang. Dapatkan satu set hari ini okay. 


Maklumat lanjut boleh follow LAB 11 International
Website : http://www.lab11international.com/
Facebook : Facebook.com/Lab11international
Instagram : @lab11_international

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici