Repeat Sekali Lagi The Music Run 2018

6:43 AM


Assalamualaikum & hai semua,

Lupa nak update aktiviti run yang BBL join 20 Oktober lepas. Memang teruja habis dapat participate kali ke 2 selepas tahun 2017. Sebab utama masuk run mestilah nak collect medal acah-acah menang larian padahal semua participant dapat. Haha off-course la after party The Music Run memang hapening. 

Pintu gate buka pukul 3 petang. Nak tahu pukul berapa BBL dah terpacak depan Stadium Bukit Jalil tu? Pukul 2.30 petang dah ada kat sana okay. Lokasi pertama kena singgah mestilah semua khemah sponser seperti AIA, Petron, AirAsia, kopi Costa dan food truck. Bila dah datang awal sempatlah try semua aktiviti yang ada. Siap collect freebies lagi.


Tak lupa bergambar kat tengah-tengah padang stadium bukit jalil ni. Throwback kenangan masa sukan sea Kuala Lumpur 2017 gituh. Kat pentas utama seperti biasa dah ada warm up music untuk participant panaskan badan sebelum start berlari. Pukul 6 petang baru BBL & peserta yang masuk larian 5km mula berlari. Tak lama sangat kitorang berlari, lebih kurang 1 jam untuk habiskan trek sepanjang 5km melalui jalan sekitar KLS Sport City. Siapa tak bersemangat berlari berjemaah sambil dengar lagu hit. 

Akhirnya berjaya habiskan walaupun dah jalan anak ayam pulang ke reban nak sampai finish line tu. Dapatlah seketul medal tanda BBL antara pemenang trek 5km tu. Weh bangga dengan diri sendiri kejap. Dulu time zaman sekolah menengah selalu bagi alasan kalu ada rentas desa. 


Sebelah malam selepas semua peserta dah sampai baru start after party. Tambah lagi excited bila bola besar yang BBL sign tu DJ Sam baling kat crowded. Boleh tahan penat nak berdiri sampai jam 9.30 malam macam tu. So far ni run paling favorite BBL setiap tahun. Ha siapa yang pergi The Music Run 2018 macam perasan korang lepas after party? Best tak? Btw BBL ada rekod video time event. Jom tengok dulu.


Wah tak sabar nak attend lagi tahun depan The Music Run 2019. See you guys next year! 

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici