Kat Mana Nak Beli Tiket Masuk Tempat Menarik Di Malaysia

5:05 AM


Assalamualaikum & hye korang..

BBL baru je lepas submit borang annual leave kat human resource untuk pergi bercuti time cuti sekolah nanti. Lega boss approve je tarikh tu..bukan sehari dua tapi sampai empat hari straight dari weekend. So total jadi enam hari tak masuk office. Amboi bercuti sakan nampaknya. Yelah kan setahun dapat 14 hari leave. Bila cuti dah lulus baru senang nak planning pergi bercuti ke mana kan.

Tabiat BBL sebelum pergi bercuti memang akan survey dan book tiket masuk tempat menarik lokasi nak pergi tu secara online. Contohnya, nak pergi Pulau Langkawi. Saya beli siap-siap tiket masuk ke Cable Car Langkawi, Underwater World Langkawi, Upsidow Langkawi, island hopping dan lain-lain. Alasannya senang tak payah beratur panjang atau bersesak dengan pengunjung lain terutama waktu peak season cuti sekolah, cuti umun dan hujung minggu. Tak perlu nak risau kalu tiket sold out. Baru tenang nak bercuti bila semua dah prepare awal-awal dari rumah.


Tripcarte.asia – Website Semua Tiket Masuk Tempat Menarik Dalam Malaysia & Luar Negara

Biasanya BBL akan beli tiket masuk ke mana-mana theme park, pakej tour, aktiviti indoor atau outdoor, watersport dan tempat tarikan utama melalui https://tripcarte.asia/. Semua tiket korang nak, ada dijual dalam website ni. Senang nak susun internary dan planning aktiviti dalam sehari time bercuti. Cuma pilih ke mana korang nak pergi, then beli terus. Yang bestnya boleh terus print tiket siap kat rumah atau tunjuk je tiket masuk (kod QR Tripcarte.asia) guna smartphone kat pintu masuk tempat korang nak pergi tu. Lagi senang..


Tiket yang anda beli sah untuk tempoh 6 bulan dari tarikh beli dalam website. Bulan depan nak pergi Langkawi, hari ni dah boleh beli siap-siap tak perlu tunggu hari kejadian baru nak cari tiket. Simple kan. Tiket yang dah beli akan dihantar melalui email, tak payah risau incase tertinggal tiket fizikal tu.

Tripcate.asia ada jual pelbagai tiket masuk tempat tarikan utama dalam Malaysia seperti kat Langkawi, Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Perak, Pahang, Port Dickson termasuk Singapura. Akan datang ada banyak lagi tiket boleh anda dapat terus dari Tripcarte.asia. Lagi pun hampir semua tiket/pakej ada diskaun. Fuh jimat duit eh. Cara pembayaran pun senang sama ada dengan kad kredit atau online banking. Sangat mudah.


Malah setiap bulan akan ada promosi kod diskaun untuk anda redeem. Dah la harga tiket murah, tambah lagi additional diskaun promosi bertambah murah. Best betul. Sekarang hingga 10 Febuari ni Tripcarte Asia ada diskaun 50% pembelian tiket sempena Tahun Baru Cina. Beli je sekarang dan tiket valid untuk tempoh 6 bulan akan datang. 


Apa yang BBL sangat suka beli dari Tripcarte Asia semestinya polisi jaminan 100% refund jika tak guna tiket yang dah beli tu. Manalah kalu tetiba terpaksa cancel trip last minute sebab ada emergency atau hal yang tak dijangka. At least kalu tak dapat pergi, boleh dapat balik duit tiket yang dah beli. Ni kalu beli kat kaunter, sah-sah tiket tu burn macam tu je kan.

Oh ya selain tiket masuk tempat tarikan utama dalam negara, anda boleh book terus kereta sewa di Pulau Langkawi dengan kadar berpatutan dan pelbagai jenis kerenderaan dari kereta, mpv, suv dan van. Boleh pick up kat Jeti Pekan Kuah, airport Langkawi atau dihantar ke hotel penginapan anda.


Malah Tripcarte Asia ada tips dan cadangan untuk anda yang buntu nak pilih aktiviti menarik sekitar tempat nak melancong tu. Bukan terhad untuk anak muda explore tempat tarikan terbaru dengan aktiviti best dan hapening, siap ada guide tempat menarik bagi family bersama anak-anak. BBL sendiri rujuk jugak idea yang Tripcarte Asia syorkan. Lepas terus beli tiket. Senang kerja. Tak payah pening kepala sangat.


Ha dah datang idea nak pergi melancong ke mana dengan keluarga atau kawan-kawan? Apa tunggu lagi..terus beli tiket di Tripcarte Asia yang pastinya mudah, senang, jimat dan terjamin. Okaylah, BBL nak sambung scroll tempat best nak pergi untuk habiskan cuti annual leave ni.


You Might Also Like

4 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. makin mudah skarng kan platform nak beli tiket ada dah. tayah susah2 takut tiket habis ke kena bratur ke. online je =D

    ReplyDelete
  2. Semakin mudah lah sekarang ni... Macam-macam platform ada.. Senang la semuanya di hujung jari kan... Dah tu siap ada promosi lagi.Memang terbaikk

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Ini adalah tawaran hebat untuk membeli kereta. Adakah zalora memberikan tawaran ini dalam talian kerana kita telah kehilangan zalora voucher untuk mendapatkan barangan murah dalam talian

    ReplyDelete