BUFFET RAMADAN 2019 : "Jom Singgah @ Relish" Berbuka Di Fraser Residence Kuala Lumpur
- BUFFET RAMADAN - 10:01 AM
Ada tak kawan-kawan BBL kerja area KLCC, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, Sentul atau Kg Baru..senang cerita kerja tengah-tengah KL? Atau stay sekitar pusat bandaraya KL tu?
Incase anda tercari-cari lokasi nak berbuka puasa tapi tak nak bersesak dengan trafic jam atau customer ramai boleh datang iftar ramadan di Fraser Residence Kuala Lumpur. Tak jauh dari Berjaya Sentral Park, stesen Monorel Bukit Nenas & stesen LRT Dang Wangi. Ikut je Jalan Sultan Ismail confirm boleh jumpa.
Buffet Ramadan @ Fraser Residence Kuala Lumpur
Dewasa RM 98 nett
Kanak-kanak RM 58 nett
Dari 7 petang - 10 malam
Dari 7 petang - 10 malam
*Bermula 8 Mei hingga 2 Jun 2019
**Promosi voucher Early Bird RM78 nett
***Tempahan boleh hubungi 03-2191 0888 atau email fb.frkl@fraserhospitality.com
Menu Istimewa Bulan Puasa
Ayam Panggang Madu Berbijan
Daging Masak Kayu Manis
Ikan Sembilan Goreng Berlada
Kari Kambing Mangga Muda
Siput Sedut Masak Lemak Cili Api dengan Batang Keladi
Puyuh Goreng Jintan
Kacang Bugis Goreng Hati Ayam
Otak-Otak
Nasi Tomato
Buttered Prawn with Chilli
Loh Hon Chai
Wok Fried Japanese Beancurd with Ginger & Spring Onions
Lamb Tagine
Pan-fried Seabass Black Bean Sauce
Live Station 1
|
Live Station 5
|
Live Station 9
|
Wok
Noodle
|
Traditional Hot Pot Soup
|
Ais Kacang /
Cendol Durian
|
Live Station 2
|
Live Station
6
|
Live Station 10
|
Kambing
Panggang
|
Keropok Lekor &
Goreng-goreng
|
Fresh Baked Tartlet /
Dirty Bun
|
Live Station 3
|
Live Station
7
|
Live Station 11
|
Popiah
Basah & Wraps
|
Roti Canai & Roti John
|
Gelato Ice Cream
|
Live Station 4
|
Live Station
8
|
|
Barbeque
Counter
|
Sharwarma
|
Wok Noodle station
Sharwarma
Popia Basah
Itu bahagian luar, apa kata saya bawa masuk tour bahagian dalam. Lagi meriah sajian makanan. Macam-macam ada. Semua nampak sedap bila perut tengah lapar ni.
aneka pembuka selera - salad, kerabu, ulaman & rojak buah
Siput Sedut Masak Lemak Cili Api dengan Batang Keladi
Puyuh Goreng Jintan
Kari Kambing Mangga Muda
Buttered Prawn with Chili
Bubur Lambuk
Dah kenyang makan menu utama jangan lupa jamah aneka pencuci mulut seperti biskut raya, buah-buahan, kek pastri, kuih muih tradisional, puding dan gelato ice cream pelbagi perisa
Paling BBL tak sangka dapat makan ABCD - Air Batu Campur Durian. Fuh dah lama craving nak makan, dapat akhirnya merasa kat sini. Yummy!
Ruang makan Relish pun luas dan selesa. Boleh muat hingga 166 pax dalam satu masa. Boleh pilih meja tinggi atau meja buluh panjang yang boleh muat 24 orang. Perfect incase anda planning nak buat majlis berbuka puasa berjemaah dengan staff office. Parking pun banyak dan percuma je. Nak jalan kaki pun senang boleh ekses ke stesen lrt/monorel terdekat.
Malah turut tersedia surau lelaki & perempuan untuk menunaikan solat magrib selepas berbuka puasa.
No 10 Jalan Cendana,
Off Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Facebook : Facebook.com/fraserresidencekul
Instagram : Instagram.com/fraserresidencekul