BUFFET RAMADAN 2019 : Semarak Rasa Ramadan @ Dorsett Grant Subang

8:39 AM

Assalamaulaikum korang,

Well sambung lagi cerita pasal buffet berbuka puasa untuk ramadan nanti. Destinasi seterusnya ialah Hotel Dorsett Grand Subang dengan tawaran seleksi juadah "Semarak Rasa Ramadan" pada harga cukup berpatutan. 


Harga Buffet Iftar Ramadan @ Dorsett Grand Subang
Dewasa RM 165 nett (Terazza Brasserie) | RM 155 (Melati)
Kanak-kanak & warga emas diskaun 50%

*Promosi Early Bird dari RM 99.00 sahaja
*** Telefon 03 5031 6060 untuk booking dari 6 Mei - 4 Jun 2019

Juadah Citarasa 13 Negari Malaysia
Special tahun nie chef Grand Dorsett Subang membawakan menu khas buat tetamu nikmati saat berbuka iaitu makanan popular setiap negeri seperti : 



🌟 Briyani Gam Johor
🌟 Dalca Sayur & Mangga Muda Penang
🌟 Sotong Goreng Berlada Negeri Sembilan
🌟 Gulai Tempoyak Patin Pahang
🌟 Sotong Sumbat Terengganu
🌟 Gulai Kawah Kelantan
🌟 Rendang Tok Perak
🌟 Ikan Bakar Kuala Perlis
🌟 Tetel Asam Pedas Melaka 
🌟 Gulai Pisang Muda Selangor 
🌟 Laksa Sarawak 
🌟 Sup Campur Kedah 
🌟 Spageti Makanan Laut Sabah 


Aduh terubat rasa rindu masakan kampung bila datang berbuka kat sini..sementara nak tunggu cuti balik raya elok la lepaskan mengidam menu kampung masing-masing.  Off course BBL setiap tahun mesti makan sotong sumbat terengganu bila tiba bulan puasa. Ala orang cakap menu wajib ada atas meja time berbuka gitu..

Antara menu paling ditunggu-tunggu semestinya Sup Tulang Gear Box dan Kambing Golek Berempah yang menjadi menu tradisi hotel Grand Dorsett Subang setiap kali menjelang Ramadan al-Mubarak. 



Dengan lebih 100 masakan serta hidangan dari pembuka selera hingga pencuci mulut rasanya anda pasti berpuas hati dapat berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan di sini. Rebut la promosi sekarang & dapat jimat banyak tu. 


Bahagian luar pun meriah jugak dengan gerai-gerai seperti Ikan Bakar, Sate, Murtabak, Roti Boom & banyak lagi. Malah ikan bakar dibakar secara live depan tetamu, senang cerita anda boleh makan ikan tu panas-panas bukanya dah siap masak display. Fuh craving tetiba bila teringat balik.


The Grand Dorsett Subang pun ada pencuci mulut rare & jarang-jarang boleh jumpa kat lokasi lain iaitu Putu Piring. Ha masak panas-panas terasa macam kat bazar ramadan gituh. Rasanya lemak, manis & totally favorite saya tiap kali bulan puasa datang. Unik betul idea nie..



Oh ya, alang-alang korang nak shopping raya nanti boleh ambil PAKEJ KAREEM - bilik hotel + sahur & iftar untuk 2 orang dari serendah RM370 nett sebilik semalaman.  Boleh start booking dari sekarang sampai 2 Jun 2019 & tempoh menginap bermula 8 Mei hingga 2 Jun 2019. 

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici