Weekend Getaway 2 Hari 1 Malam Di Tadom Hill Resort

8:15 AM


Assalamualaikum

Time bulan puasa hari tu, kitorang ada plan nak weekend gateway lepas raya aidil fitri. Kalu boleh lokasi dekat jelah since masing-masing tu risau tak boleh commit join. Then Zharif - blog jejakakaula.com suggest datang Tadom Hill Resort yang tak jauh sangat drive dari KL & jawapan paling win - dia sendiri tak pernah jejak walaupun cuma 20 minit dari rumah dia. Nak gelak je bila teringat balik..

Masa perjalanan dari Bukit Jalil ke Tadom Hill Resort cuma 48 minit. Lebih kurang 27 km je pun. Tak jauh sangat dari Kuala Lumpur International Airport, Putrajaya, Puchong & Negeri Sembilan. Argh feeling macam pergi travel negeri orang lain padahal kejap je dah sampai..hahaha


Then pakat la ajak King Xul - vainzstory.blogspot.com join sekali & dia bagitau Tadom ni memang best place nak mandi. Dalam fikiran BBL okay mesti ada aktiviti berkaitan air je tapi semua tu meleset bila dah sampai Tadom Hill Resort. Ada banyak betul benda best & menyeronokkan boleh kami buat sepanjang 2 hari 1 malam kat sini. Waktu check in pukul 3 petang tau, sementara nak tunggu petang tu kitorang terus start aktiviti. Masing-masing dah tak sabar kot nak berendam!

Harga tiket masuk Tadom Hill Resort
Ada dua pilihan untuk korang enjoy Tadom sama ada menginap dalam resort atau beli Day Pass secara walk in kat pintu masuk resort. 

Day Pass*
Dewasa
Kanak-kanak (3-12 tahun)
Weekday (Isnin – Jumaat)
RM 22
RM 17
Weekend (Sabtu – Ahad)
RM 25
RM 20
Peak Season
RM 28
RM 22
Super Peak Season
RM 30
RM 25
*Extend sampai jam 10 malam - tambah RM10/pax
**Kanak-kanak bawah 3 tahun & warga emas 65 tahun ke atas MASUK PERCUMA
*** Jaket keselamatan PERCUMA untuk aktiviti air

Day Pass cover aktiviti - Tadom Splash, Tadom Groove & Tadom Oasis. Waktu operasi untuk Day pass 9 pagi - 6.45 petang. 

Dah penat main air je sampai lencun, why not cuba benda lain yang menyeronokkan terutama mereka yang suka sukan lasak bersama geng. Baru syok habis!

romantik betul sunset Tadom

Aktiviti Menarik @ Tadom Hill Resort


Flying Fox
Benda ni tiap kali geng kami pergi travel mesti try. Tak pernah bosan sebab boleh menjerit sambil feeling terbang macam burung merentasi laut cina selatan Tasik Tadom. Ha gituh. Dari segi keselamatan usah risau sebab team Tadom memang sangat peka soal safety sebelum anda dibenarkan mencuba aktiviti lasak ini. Dari main point camp ke check point atas bukit Tadom kami naik Hilux beramai-ramai. Jarang dapat pengalaman macam ni..dalam 3 minit macam tu dah sampai. Eh kejap je dari jalan kaki 15 minit weh

oi ingat ni gambar kelas ke.. 


Sebelum start meluncur, staff akan explain sekali lagi cara-cara flying fox dengan betul serta langkah keselamatan sepanjang otw turun ke bawah. Dah ready apa lagi..menjerit la..

Harga flying fox boleh tengok gambar dibawah. Sekarang ada pakej unlimited riding khas kepada pengunjung & mereka yang menginap dalam resort. Main la korang sampai lebam..


ATV Riding
Seterusnya mestilah pusing 2.5km trek mencabar Bukit Tadom dengan jentera ATV beramai-ramai. Sepanjang konvoi tu memang tergelak-gelak je tengok gelagat member bawa ATV sekejap lepas, sekejap tak lepas panjat kawasan berbukit. Ni kalu ramai memang meriah. Btw aktiviti ATV tersedia pada waktu siang & sebelah malam. 


Rate harga boleh refer bawah.

Track
Weekday
Weekend
        A)  2.5KM (Average 20 minit)
RM 48
RM 48
        B)   4.5KM (Average 40 minit)
RM 80
RM 88
NIGHTRIDE (Minimum 5 Pax dari 8PM – 10PM
        A)  2.5KM (Average 20 minit)
RM 73
RM 86
        B)   4.5KM (Average 40 minit)
RM 110
RM 128
*Tambahan penumpang RM 30

Combat Archery
Ha ni benda baru BBL try sejak duduk KL. Sebelum pernah la main sukan memanah tapi setakat shoot target karbus je. Itu pun nasib baik kena hahaha. Menariknya kat Tadom aktiviti Combat Archery paling ramai pengunjung suka sebab boleh acah persis Katniss Everdeen Hunger Games. 

Time
PAKEJ A (*Min 4 pax)
PAKEJ B (*Min 10 pax)
30 Minit
RM 35 / pax
RM 25 / pax
Cara main senang je just devide dua team minima 4 orang kemudian coach Tadom akan explain cara main. Team mana berjaya panah lawan akan menang. Eh jangan risau bukan guna anak panah betul tetapi anak panah dari sponge. Tak sakit pun kalu kena..


Sukan Air Terbaru
Oh ya Tadom Hill Resort ada sukan air baru akan start bulan 7 ni. BBL lupa apa nama benda alah ni. Ada 4 mainan semuanya. Recomanded try kayak transparent..ala yang famous orang snap gambar nampak ikan bawah laut tu. Ha sini pun ada..rasa macam duduk atas air. 

 lupa apa nama benda ni

kayak lutsinar, time waktu tengahari lagi clear nampak bahagian bawah air

acah nak buat macam Dua Lipa tapi tak menjadi..

Bamboo Raft Race
Ni aktiviti paling kami excited nak main. Siapa je tak suka berendam dalam air sejuk time hari tengah panas kan. Sebelum tu WAJIB pakai jaket keselamatan walaupun korang pandai berenang sebagai langkah keselamatan. 

Game ni simple je tapi tough sikit. 


Tak cukup tu je, ada lagi aktiviti menarik lain boleh setiap pengunjung cuba sepanjang berada di dalam resort. Have fun sampai puas!
🌟 JS Float City
🌟 Paintball
🌟 Rock Climbing
🌟 Ping pong
🌟 Bola pantai 
🌟 cantur gergasi
🌟 Jenga gergasi


Harga bilik
Kat Tadom Hill Resort ni ada 8 jenis tempat tidur boleh pilih dari jenis Gendui Challets, Semantan Challets, Bamboo Madu, Hakka Village, Bamboo Garden Tents, Bamboo Lakeside Tents, Eco Tents & Hammock Spheres. 

bilik jenis Bamboo Garden Tents

Bercakap tentang design Hakka Village sangat unik sebab ni satu-satunya bangunan Hakka Village di dunia serta di Malaysia diperbuat dari buluh. Berinspirasikan dari rekaan kota  kaum nomad Hakka kat China yang menjadi rumah kediaman & perlindungan dari serangan musuh. 


Tulisan cina bahagian pintu masuk dorm ini bermaksud Hakka manakala bawah tu bermakna kampung buluh hakka. 

Sebab kami datang 16 orang so decide menginap di Hakka Village yang boleh muat 4 - 6 orang satu bilik. Lebih kurang macam dorm la sebab bilik boleh akses melalui pintu bahagian dalam. BBL sendiri impress tengok hasil kerja Orang Asli buat katil double decker & katil kelamin pun dari buluh. Semestinya kukuh, selamat untuk korang tidur..jangan goyang sangat sudah la 


Hakka Village ni dua tingkat - bilik bahagian bawah ada aircond & bahagian atas berkipas tapi belah malam sejuk betul sampai kena selimut dua lapis. Bilik mandi & toilet pulak off course asing la - level bawah perempuan & level 1 untuk lelaki. Mostly kalu guest datang dalam group besar macam family day, kem motivasi & team building akan menginap kat sini. Senang nak jerit panggil waktu makan. Boleh muat 150 orang dalam satu-satu masa okay. 

Senarai harga penuh boleh rujuk SINI 

Kemudahan yang ada dalam resort termasuklah
🌟 surau
🌟 tandas
🌟 dewan serbaguna
🌟 dewan makan
🌟 gazebo
🌟 tempat BBQ
🌟 kedai mini serbaneka
🌟 bistro
🌟 gerai makanan
🌟 playground kanak-kanak


Oh ya Tadom Hill Resort pun ada sediakan pakej Family Day untuk sehari & 2H 1M mungkin sesuai untuk anda yang tengah survey lokasi program Hari Keluarga tahun ni. 



Tadom Hill Leisure – Pakej Hari Keluarga


Day Trip

Weekday                   : RM 88 / Dewasa | RM 80 / Kanak-kanak
Weekend/P.Holiday : RM 98 / Dewasa | RM 88 / Kanak-kanak


10.00am – 10.30am
10.30am – 10.45am
10.45am – 11.00am
11.00am – 12.30pm
12.30pm – 02.00pm
02.00pm – 03.30pm
03.30pm – 04.00pm
04.00pm – 06.00pm
06.00pm – 06.30pm
06.30pm – 07.00pm

Ketibaan & pendaftaran @ The Bamboo Hall
Taklimat di Tadom / Peraturan & @ The Bamboo Hall
 Ice Breaker / Warm up
Tadolympics 1
Makan tengahari
Tadolympics 2
Minum petang
Aktiviti bebas (Tadom Splash, aktiviti dalaman)
Bersih diri & berkemas
Penutup & berangkat pulang

*Minima 20 pax 
**Upgrade makanan dikena bayaran

Manakala pakej 2Hari 1Malam Hari Keluarga pun ada.



Tadom Hill Leisure – Pakej Hari Keluarga


2H1M

Weekday                   : RM 126 / Dewasa | RM 118 / Kanak-kanak
Weekend/P.Holiday : RM 138 / Dewasa | RM 128 / Kanak-kanak
                                    ( tidak termasuk accommodation)
HARI PERTAMA

10.00am – 10.30am
10.30am – 10.45am
10.45am – 11.00am
11.00am – 12.30pm
12.30pm – 02.00pm
02.00pm – 03.00pm
03.00pm – 03.30pm
03.30pm – 04.00pm
04.00pm – 05.30pm
05.30pm – 07.00pm
07.00pm – 08.30pm
08.30pm


Ketibaan & pendaftaran @ The Bamboo Hall
Taklimat di Tadom / Peraturan & @ The Bamboo Hall
 Ice Breaker / Warm up
Tadolympics 1
Makan tengahari
Tadolympics 2
Check-in
Minum petang
Tadolympics 3
Aktiviti bebas (Tadom Splash, aktiviti dalaman)
Makan malam
Aktiviti bebas (Tadom Groove, aktiviti dalaman)

HARI KEDUA

08.00am – 09.00am
09.00am – 10.30am
10.30am – 11.30am
11.30am – 12.00pm
12.00pm



Sarapan pagi
Aktiviti bebas (Tadom Splash, aktiviti dalaman)
Bersih diri & berkemas
Check –out & Penutup
Berangkat pulang
*Minima 20 pax 
**Kos Accommodation bergantung jenis bilik penginapan
***BBQ dinner, tambahan RM16/pax (standard) ATAU RM26/pax (premium)

Aktivti sebelah malam boleh bakar BBQ, karoke, camp fire ataupun baring tengok bintang kat langit beramai-ramai.


Sebenarnya Bukit Tadom ni kawasan Orang Asli. Tujuan utama pembukaan resort ni nak bagi pendedahan cara hidup masyarakat Orang Asli Temuan kepada rakyat Malaysia & pelancong luar. Sekarang ni dorang tengah tanam banyak spesis pokok buluh sebagai satu signature tumbuhan dalam resort. Kalu korang perasan gambar arang bbq bukan arang biasanya kita guna bakar satay tapi arang buloh. Ha first time tengok live. Even proses arang jenis buluh lebih cepat - 4 jam je compare arang biasa 21 hari sebelum jadi arang betul. 

tempat bakar arang buluh & hasilnya

Pihak resort pun ada keluarkan produk cuka arang buluh menggunakan buluh madu sebagai repellent semut, lalat & nyamuk . Jangan terkejut arang buluh digunakan dalam ubat gigi, roti chaco, water filter & ubat sakit perut. Korang ingat guna arang kayu ke.. bukan tau..

Malah arang buluh sangat berkesan menyerap bau hapak, busuk & basah. Jangan main-main pokok buluh menyerap 30% karbon dioksida serta melepaskan 35% oksigen untuk kita bernafas. Off course panda suka makan buluh. 

cuka arang buluh 

Berminat boleh je terus call staff Tadom Hill Resort untuk book slot, bilik penginapan & tarikh sebelum orang lain tempah. Nanti kepunan nak datang tidur sini. 

Tadom Hill Resort
No 2, Jalan Bukit Tadom, (Kg Orang Asli) Kg Labohan Dagang, 42700 Banting Selangor
No telefon : 012-5225728, 012-5225908, 012-5225883 (9 pagi - 10 malam)
Email : reservation@tadomhillresorts.com

You Might Also Like

16 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. bestnya kat sini..mcm2 aktiviti ada..betul tu tiap kali naik flying fox mmg teruja..boleh jerit sampai terbang..syok woooo..yang kayak transparent tu mcm syok abis boleh tengok kat bawah air tu haha..fun betul kat tadom hill ni

    ReplyDelete
  2. Omg best gila! Mcm ada feel back to nature gitu. Syok! Harga pun berpatutan. Insyallah boleh smpai ke sana satu hari nnti

    ReplyDelete
  3. Bestnya. Dah lama plan nak ke sana. Bukan main bincang dengan kawan nak Reunion kat tandom hill. Setakat hari ni krik krik je. Masing2 tak yakin. Info blog ni lengkap sangat. Gambar menunjukkan keadaan sana lebih jelas. Recommend sangat blog ni sebagai tempat rujukan

    ReplyDelete
  4. Wow banyaknya aktiviti boleh buat kat sana kita hari tu pernah pergi sekali dulu-dulu zaman tu tak banyak dan tak secantik macma sekarang hehehe nak lah bermalam kat sana nak rasa juga keseronokan duduk kat sana cuma bimbang ada nyamuk tak hehehehe...

    ReplyDelete
  5. Selalu dengar orang cakap pasal Tadom Hill ni tapi tak pernah pi lagi. Tak sangka banyak juga aktiviti yang ada. Ingat setakat mandi kat tasik tu je. Ni kalau pergi 2 hari 1 malam pun tak cukup ni. Tapi tu la, kalau takat pi 2-3 orang macam tak best je, lagi best pi reramai

    ReplyDelete
  6. Wah boleh masuk dalam wishlist ni...plan nak buat family day la next year

    ReplyDelete
  7. Best tempat ni. pernah pergi sekali kalau x silap dalam 2 tahun lepas macam tu , masa mula2 viral.

    ReplyDelete
  8. Banayk betul aktiviti dekat sini. Ingatkan hanya ada tempat mandi tu je. Sebab masa viral hari tu, banyak orang share tempat mandi tu je kan

    ReplyDelete
  9. Alah selalu nak pergi tapi takde peluang lagi. suka juga aktiviti macam ni nak try sendiri. dapat bermalam 1 hari pun dah ok.

    ReplyDelete
  10. Dekat je Tandom Hills ni dengan rumah tapi asyik tak dapat je pergi. Lagi-lagi bila ada anak kecil ni lagi rasa payah. Tapi nak jugak pergi, mungkin tunggu anak dah besar sikit, boleh buat aktiviti keluarga dekat situ. Dah lama tak kumpul ramai-ramai ni.

    ReplyDelete
  11. Wah seronoknya tgok aktiviti2 yg ada kat tadom ni.. Meriah je tengok.. Tempat dia unikla.. Pakai buluh gitu... Lepas ni bolehlah plan nk kesini dgn keluarga buat aktiviti outdoor cmni..

    ReplyDelete
  12. Menarik sangat ni. Harga tak adalah mahal
    Mana. Memang sesuai kalau nak gathering keluarga tau kengkawan ke sini

    ReplyDelete
  13. weii seronoknya tengokkk...banyak aktiviti..tempat pun menarik..bolhla ajak family gathering dekat sini kan..ada untuk anak-anak juga..best-best..

    ReplyDelete
  14. Wow best nyer dorm nyer dibina dengan design ala ala cara kaum Hakka di China

    ReplyDelete
  15. Can't believe there are so many activities to be enjoyed here. Those intend to come here can have a whale of time. Indeed a time to get close to nature :D

    ReplyDelete
  16. Pernah dengan Tandom Hill tapi tak pernah pergi lagi. Nampak macam best aje korang buat aktiviti kat sana. Banyak pulak tu aktiviti dia. Ni kalau bawak anak sis Aeysha ni sure suka sangat dia. Dia memang suka buat aktiviti cam gini

    ReplyDelete