Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019

4:38 AM


Assalamualaikum gais..

Teringat lagi zaman sekolah menengah tahun 2003, habis je waktu sekolah pukul 2 petang macam tu mesti pergi cyber cafe (CC) main game Counter Strike, Maple Story, Warcraft 3 & GTA online. Siap ajak member kelas join sekali, baru syok ada geng sekepala. Meriah pusat cc bila ada mini tournament antara group sekolah lain. Tapi setakat jaguh kampung jelah. 

Aduh kenangan remaja dulu memang lain dengan teknologi sekarang..setuju tak kalu anda pernah membesar sekitar tahun awal 2000'an


Compare lately sekarang esport kat Malaysia dah satu step ke depan. Dulu siapa yang main games komputer orang kata buang masa & membazir. Sekarang BBL tengok dunia esport boleh jadi satu hobi atau pekerjaan boleh beri pulangan duit. Sebagai contoh, kalu anda fans Dota mesti kenal pemain 343, nama sebenar Adam Shah yang menjana pendapatan RM1.4 juta sebagai pemain professional Dota sejak 2 tahun lalu. 

Impressive kan Malaysia kini ada team esport seperti Fnatic dalam permainan Dota. Itu baru satu game, belum campur lagi beberapa permainan popular seperti Counter-Strike : Global Offensive, Fortnite, League of Legends, StarCraf II, Heroes of the Storm, Overwatch & banyak lagi. Ramai je remaja tempatan kita ada bakat untuk jadi pemain esport namun sebab kurang pendedahan, tidak digilap & peluang terhad menjadi halangan semua ini.

Sebab itulah Taiwan Excellence membawakan Taiwan Excellence Esports Cup (TEEC) 2019 untuk mencungkil bakat & memberi peluang anak muda dalam dunia esports. Siang tadi BBL pergi Battle Arena tengok preminary tournament ni. 


Boleh tahan ramai fans e-games datang tengok preliminary team. Mostly masih sekolah menengah & student universiti. Lagi super excited bila mereka yang datang boleh menang hadiah gaming stuff dari Taiwan Excellence macam keyboard, mouse, headset & mouse pad. Untung biasa datang boleh dapat hadiah ni kan..


Oh ya, TEEC turut disokong oleh jenama Taiwan popular seperti Acer, Asus, MSI, ADATA, Gigabyte, InWin, TeamGroup, Thermaltake, Transcend & ZADAK untuk memberi jaminan pengalaman terbaik semasa bermain game. At least anak muda tempatan kita boleh feel perasaan sebenar seperti player international.

Lebih 10, 000 penyertaan TEEC terima untuk tournament ni. Ada yang datang dengan team masing-masing & secara individu. Pemilihan telah dibuat seluruh Malaysia sejak awal tahun ni. Mereka akan berentap pada pertandingan Grand Finale di Berjaya Time Square KL bermula 11-13 Oktober depan. Ganjaran hadiah RM 113,000 menanti tau. Siapa akan menang nanti ye?


Pemain akan beraksi menentang kumpulan lain dalam beberapa game termasuk Dota2, League of Legends, CS:GO, PES 2019, Super Smash Bros, Mobile Legends, and Tekken 7. Masing-masing akan bersaing dalam ketegori mobile, pc & console. Fuh excited BBL tak sabar tunggu bulan 10 nanti.

Okay BBL belanja sikit suasana dalam Battle Arena sewaktu preliminary. Jangan terkejut ada supporters dari kalangan lelaki & jugak perempuan. Baru syok!


Sementara tu BBL sempat ushar produk gaming dari Taiwang seperti komputer, keyboard gaming, headphone, kad grahic, telefon & berapa lagi. Pastinya boleh beri kepuasan & satu pengalaman menyeronokkan semasa bermain game. Gaming stuff paling menarik pada BBL semestinya dari Republic Of Gamers (ROG)

ROG Strix Scar III - Paparan 240Hz 3ms pertama di dunia dengan teknologi ROG Keystone


Mampu beri kepuasan sejati dengan ROG Strix Scar III, direka untuk bersaing bersama Window 10 Pro. Lengkap penyejuk pintar berkuasa Intel 9 Int Core CPU & grafik GeForce RTX. Paling menarik pastinya paparan laptop 240Hz / 3ms terpantas di dunia supaya anda boleh bermain pada kelajuan pro. 

Semestinya Wi-Fi RangeBoost yang kukuh mudah bagi korang switch multiple game dengan senang. Malah keyboard bat cahaya teknologi Aura Sync wraparound. Laptop ni mampu melindungi privasi data dengan ROG Keystone baru khas bagi setiap pemilik. 

ROG Phone - Game Changer


Telefon pintar ROG memang satu next level special penggemar games. Rekaan telefon sangat dinamik, paparan skrin AMOLED, chip 2.96GHz Qualcomm Snapdragon 845 Mobile Platform & Adreno 630 GPU serta mempunyai AeroActive Cooler terbina bersama. Tak payah risau kalu telefon cepat panas bila bermain game. Perfect untuk mobile gamer sejati

ROG Strix Helios 


ROG Strix Helios ni  premium mid-tower gaming case dengan tiga panel kaca, cover aluminium bahagian luar & lengkap pencahayaan RGB. Mesti lagi seronok & excited main game favorite korang dengan smooth

ROG Strix XG32VQR - the Sweet Sport For Gaming

ROG Strix XG32VQR ni desktop melengkung dengan paparan WQHD 32-inci, tambahan 144Hz refresh rate, teknologi Radeon™ FreeSync 2 HDR  & teknologi High Dynamic Range (HDR). Malah turut ada teknologi Shadow Boost untuk meningkatkan detail dalam adegan dalam kawasan gelap tanpa terlalu mendedahkan kawasan terang - memberikan kelebihan tambahan yang diperlukan untuk menang! Setuju kan

ROG Strix Scope - Built For Action


Rasanya tak complete aksesori tanpa keyboard ROG Strix Scope.  Rekaan Xccurate - kunci Ctrl yang lebih luas untuk ketepatan FPS. Tambah lagi feature lampu warna RGB Aura Sync yang berwarna-warni menyerlahkan identiti sorang pemain gamer sejati.

Siapa yang kaki gamer memang haruslah ada salah satu eksesori atas ni kan

Jangan lupa bookmark tarikh Grand Finale Taiwan Excellence Esports Cup (TEEC) 2019 dalam kalender korang. Detail boleh klik - http://taiwanexcellence.com.my/teec2019   

You Might Also Like

15 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Memang syok layan game ni. Kadang LeYa layan bila Otomen tengah bermain PUBG.. Hehe..

    ReplyDelete
  2. Wah!!.. Makin Best n canggih ye.. Mmg gamer makin teruja. Last AM main pun CC.. tue addict sampai dua hari non stop dok dlm bilik..lupa nak makan.. Just bangun pegi Toilet.. 🤭 🤭 🤭

    ReplyDelete
  3. Kalau zaman dulu, masa game online belum international cmni, memang kenal CS je.asal masuk CC je penuh dgn budak laki dok main CS. meriah!

    ~Linda Sabri~ https://anakperak.com

    ReplyDelete
  4. Dulu main game sbg hobi jer.. kalau mak2 bising asyik main game jer.. haha tp zaman skrg main game pun boleh buat duit kan.. siap ada competition lagi.. so kena la ada set komputer yg canggih kan.. baru la mantapp!!

    ReplyDelete
  5. hebat ya zaman sekarang, main game je dah boleh jana income jutaan ringgit. akak pun tak pasti nak galak ke tidak bebudak ni main game, semestinya Tak!! hahaha. apapun minat anak biarlah yang bermanfaat untuk mereka kan

    ReplyDelete
  6. Boleh tahan ramai fans egames sekarang. Dah terbukti sukan ni dh lahirkan ramai jutawan. So budak2 makin semangat kejar impian masing2. Zaman dulu2, bila ckp mcm ni. Kau jgn nak mimpi la. Haha adoi

    ReplyDelete
  7. Tahu game counter strike je, haha tapi syok tengok diorang main game, kadang layan gak di siaran egg

    ReplyDelete
  8. Mmg beza lah main game dulu n skarang..dulu mana ada esport, paling2 mak ckp kitorang buang masa layan game .. Haha...
    Keyboard tu cantik , kalerful bah.. Screen pun menarik..

    ReplyDelete
  9. Skrg ni mmg berbaloi kalau main esport ni. Kawan2 saya ramai juga yg berkecimpung dalam bidang ni. Mmg masyukk.

    ReplyDelete
  10. Kan. Dulu tengok orang main game dekat cc je.. Nah sekrag siap ade pertandingan lagi.. Hebat.. Memng tak sia2 siapa yangvsuka main game tu.. Join ni, dapat hadiah

    ReplyDelete
  11. Macam berkenan plak dengan monitor dan keyboard yang berlampu lip lap tu.
    Yang suka main games adalah adalah Rawlins - Rawlins sejenis suka menyibuk kat tepi telinga dia time dia main game hahah

    ReplyDelete
  12. Sekarang ni dengan computer game pun orang boleh buat duit. Betapa canggihnya dunia skarang. Iza tak pandai main tapi iza suka tgk orang main.

    ReplyDelete
  13. Beza dlu dgn skrg. Dulu main game dikata buang masa, skrg main game blh buat duit berjuta. Tp nur tak arif sgt bab game. Sbb tak reti hahahaha. Paling2 pun dulu tahu counter strike tu je. Itu pun sbb ikut abg pergi cc hahahahaha

    ReplyDelete
  14. dasyat aihhh , ni kalau anak bujang akak tengok atau tahu mesti dia yang over ...sebab dia pun sejenis suka main game macam nih..startegik katanya...mak main candy crush sudah

    ReplyDelete
  15. kalau gamers tegar ni memang berjam jam lah duk sini. untuk mek yang menyokong ni tengok dari belakang je lah.

    ReplyDelete