Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!

8:24 AM


Assalamualaikum semua...

Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lagi tahun ni. Ni kali ke dua BBL join shopping explorace selepas 2 tahun lepas. Boleh rujuk entri ini. Team kami nama Shopaholic, Caption Ruby (ruby.my) & 3 blogger lain Dboy Studio (dboystudiomy.com), Zharif (jejakakaula.com) & termasuk BBL sendiri. Excited, nervous & tak sabar sebenarnya geng kami nak start explorace terjah mall sekitar KL & PJ ni. 

So pada 15 September 2019, kami berkumpul kat Kompleks Kraf Malaysia untuk Miss SHOPhia Shopping Hunt edisi 2019. Kali ini ada 400 orang peserta dengan beberapa kategori - Media, Media International, International & Public. Ada dari Indonesia, Brunei, Japun. Total semua group 100 team. Ramai betul participant kali ni. First, dengar briefing tentang task yang perlu buat setiap check point. Off course task Miss SHOPhia 3.0 ada markah, team paling tinggi markah akan jadi juara. 


Ada 10 station iaitu pusat beli belah sekitar ibu kota kami kena terjah - Pavilion Kuala Lumpur, Lot 10, Sungei Wang Plaza, Plaza Low Yat, Suria KLCC, Quill City Mall, Sogo, Sunway Putra Mall, Central Market & berakhir kat One Utama. Ni semua main sponser Miss SHOPhia tau. 

Nak tahu apa task kena buat? First kena pergi mall, bergambar kat check point (main entrance, kat logo mall), lepas tu kena cari patung Miss SHOPhia & banner Visit Malaysia 2020 untuk bergambar. Ni part paling stress mencabar kaki sebab lokasi 2 item ni bersembunyi. Kat Pavi pun hampir-hampir satu pavi kami pusing cari.. hehehe 


Oh ya, ada special task jugak. Sekarang kan dah cashless...dengan guna Boost je dah boleh shopping tak payah bawa duit cash. Senang kan. So salah satu task beli barang kat selected store, kemudian bayar guna ewallet Boost. Yang penting dapat cash back setiap kali spend duit.. seronok weh. Boleh rujuk entri ni cara nak guna Boost. 

salah satu outlet korang boleh guna BOOST ewallet

Pukul 10 pagi semua peserta dilepaskan oleh Datuk Musa B. Yusof - Director General Tourism Malaysia. Since ada 10 mall kena pergi & mesti setel sebelum jam 4 petang, benda paling penting team Shopaholic buat mestilah planning. Destinasi pertama kami jejak ialah Suria KLCC sebab paling terdekat. Fuh dalam 20 minit dah setel semua task, pastu submit kat mashal Miss SHOPhia & chow gerak pergi next stop. 

antara task kena buat untuk collect point

Dari KLCC tu kami shoot pergi Pavilion KL, Lot 10, Sungei Wang & Plaza Low Yat. Nasib baik lokasi mall ni memang dekat so tak susah sangat nak bergerak. Dari jauh macam semut merah peserta Miss SHOPhia 'tawan' Bukit Bintang tu. Kelakar pun ada..

Setel punya setel dah dekat pukul 2 lebih, ada balance 5 mall lagi balance. Masa ni memang rasa nak give up je sebab kaki dah cramp & penat. Bila tanya Kak Ruby, dia deside second last station pergi Central Market sebab check point banyak extra point boleh collect. Btw ni first time BBL masuk CM..meriah amat tengok macam-macam jenis produk lokal boleh beli dari batik, songket, cenderahati, lukisan & banyak lagi. No wonder tourist suka datang sini.


Done tugasan sini, kami teru gerak pergi final station One Utama naik MRT. Senang betul sekarang mostly malls dalam KL, PJ, Bandar Utama boleh akses dengan public transport. Kan..kan.. Nak tahu tak pukul bape kami sampai kat OU? Sharp 4 petang.. tren sampai je kat platform semua berlari keluar nak submit final form risau disqualified je. Dah la OU ni besar amat kalah bangunan sekolah. Apa lagi ikut jelah team lain.. Fuh berjaya sampai  khemah marshal & submit form..

Tiba lah masa ditunggu-tunggu pengumuman pemenang setiap kategori. Waktu ni memang redho jelah sebab team lain ada yang complete 10 mall. Compare Shopaholic cuma 6 mall sahaja. Kategori pertama di umumnkan ialah media.. then emcee announce tempat ketiga ialah SHOPAHOLIC!! menjerit BBL, Zharif, Dboy & kapten Kak Ruby.. tak sangka menang weh..  


Alhamdulilah kami memang tempat ketiga kategori Media. Dapat hadiah RM400 dari Tourism Malaysia & voucher RM200 setiap orang Levi's Store Jaya Jeans dari Sungei Wang Plaza. Boleh la beli seluar jeans baru kan. Tahniah juga pada peserta kategori public dengan hadiah juara RM4,000.. masyuk habis. Tak cukup tu je, lucky draw best-best dari sponser seperti Malaysia Airlines, Umobile, Sogo, KL Hop-On Hop-Off & banyak lagi. Untung semua yang join Miss SHOPhia Hunt 2019 ni.


Well BBL nak bagitau anda, Year End Sales 2019 (YES) akan start 1 Oktober hingga 31 Disember 2019.. ni la masa shopping sakan. Kiranya pre-celebration Tahun Melawat Malaysia 2020 la

Well berbaloi planning sebulan awal, paling awesome kaptem Shopaholic call kejut ahli kumpulan 6 pagi semata-mata tak nak kami terlajak tidur hehe.. Terima kasih Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 & Tourism Malaysia. Kita jumpa lagi edisi 4.0 nanti ye

tambah lagi satu koleksi medal

You Might Also Like

19 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Wahh best gila treasure hunt pegi shopping mall. geng kaki shopping mesti untung sbb tau tiap pelusuk mall kan. Paling cun medal tu love sgt!

    ReplyDelete
  2. berbaloi la penat2 lpastu 1st prize wehooo. tahniah yaa semua

    ReplyDelete
  3. Menangis tersengih-sengih akak baca. Terima kasih Marou sudi join team akak. Hahaha. Kenangan paling best. Sebab kali ni kita lebih bersedia. Next time akak kena jaga lg stamina dan plan lagi padat destinasi. hehehe

    ReplyDelete
  4. syoknya BBL ! and thniah korang sebab at least dapat jugak nombor 3. walaupun hadiah nilainya agak kecil dengan yg utama tapi pengalaman and keseronokkan tu memang tak dapat dibeli.

    ReplyDelete
  5. Tahniah team BBL. Amboi pandai pilih heh team mate ye?. Syok la kalau dapat join event macam ni. Berbaloi baloi menang pulak tu.

    ReplyDelete
  6. tahniah buat BBL dan team! terbaik lah team player u all tu penuh stamina dan yang penting kerjasama pun sama penting

    ReplyDelete
  7. Wahhh bestnya lahai dapat sertai event cam ni. Tapi kalau sis join sure tak larat sb terkejar sana sini.
    Apa2 pun tahniah buat team uoll

    ReplyDelete
  8. Tahniah korang. Walaupun tempat ke3. Next time bagi dapat juara pulak. Kerjasama dan stamina memang penting untuk event macam ni.

    ReplyDelete
  9. Jauhnye berjalan merantau KL. Tahniah BBL n team menang treasure hunt!

    ReplyDelete
  10. Tahniah BBL and team. Bukan mudah ni..10 mall nk kena tawaf..hadiah tunai untuk media penganjur kena up lagi utk next time. Baru bertambah semangat kan.

    ReplyDelete
  11. Wah! Tahniah BBL and team! macam best je join ni. ala-ala macam explorace gitu. yang penting team work. ni blogger je eh boleh join?

    ReplyDelete
  12. First time ni dengar main explorace dekat shopping mall. Seronok gila walaupun penat. Mesti pengalaman yg takleh lupa kan? Btw tahniah team korang menang tempat ketiga :)

    ReplyDelete
  13. Bestnya event macam ni. Pusing2 shopping mall. Tahniah sbb menang. Teringin pulak nk join hehe. 😊

    ReplyDelete
  14. Tahniah u olsss..memang nampak menarik sangat korang punya aktiviti ni hahah nampak cam penat la tp best la kan

    ReplyDelete
  15. First time dengar event macam ni. Sebagai kaki shopping (window shopping sebenarnya) rasa excited baca entri BBL kali ni. Ya Allah, kalau ada lagi nak join. Haha.

    ReplyDelete
  16. Fuhhh bestnya beriadah sambil have fun macam ni. Medal dia cantik sangat tau. Tahniah BBL and the team sebab berjaya dapat tempat ketiga.

    ReplyDelete
  17. Tahniah team BBL hahaha enjoyyy the momentt

    ReplyDelete
  18. wah bestnye,tahniah team BBL,enjoy your life.

    ReplyDelete