Cara Mudah Ke KLIA/KLIA2 & Tambang RM10 Je

7:08 AM


Assalamualaikum guys..

Hari ni BBL pergi KLIA2 hantar si housemate balik Kedah. Flight pukul 8 malam tapi jam 5 petang kami dah sampai KLIA2. Lama juga tak datang airport ni. Last travel waktu bulan 6 pergi Osaka Jepun tempoh hari. 

Dari KL ke KLIA2 tu BBL naik ERL RM55 sehala, seorang sebab awalnya plan naik bas Jetbus dari TBS tapi tiket bas habis. Sob sob terpaksa berlari kejar ERL. Nasib baik la bayar guna Boost so dapat la coin untuk redeem duit cash back. 

tambang ERL transit

Naik ERL transit cuma ambil masa 40 minit dari stesen Bandar Tasik Selatan nak reach stesen KLIA2. Boleh la feeling tren laju nak sampai destinasi tu. Hahaha. Sampai je airport terus gerak naik atas. Sementara nak tunggu boarding time jam 6.45 petang, BBL & housemate lepak kat Starbucks dulu. Tetiba nampak changing color cold cups, sukanya dalam hati sebab ada stok. Sbux lain sold laku keras. Satu kotak harga RM62 ada 2 cups. Paling best staff bagi pilih nak warna apa. Double the fun!


Then dekat-dekat time boarding saya hantar la housemate sampai gate K untuk domestic departure. Balai berlepas flight domestik ni biasanya gate K, dari entrance KLIA2 tu belok kiri terus sampai nampak KFC, lepas tu terus nampak. Make sure standby kad pengenalan & boarding pass untuk pemeriksaan pegawai bertugas.

So terpikir macam mana nak balik KL sama ada naik ERL atau naik bas Jetbus ke TBS. Then BBL terpandang iklan bas airport shuttle Rapid KL ke Stesen LRT Putra Height harga RM10 sahaja. Wow murah!


Naik Bas Airport Shuttle Rapid KL RM10 - All in Tambang LRT + Tiket Bas
Sesuai sangat kalu korang tak rushing kejar flight. At least spend masa 3 jam awal sebelum boarding time. Paling best harga RM10 termasuk tambang LRT/MRT/BRT/Monorel & tiket bas airport shuttle terus ke KLIA/KLIA2. Contoh korang dari Ampang atau Gombak memang berbaloi sangat harga RM10 ni, kalu tak naik bas Jetbus contoh kena beli tiket RM11 ringgit dari TBS ke airport. Campur tambang LRT ke TBS munkin RM4.00++ bergantung dari stesen mana korang naik. 

tiket bas ni simpan elok-elok tuk claim token tren

Macam Mana Nak Beli?
Dari KL ke airport KLIA/KLIA2
1. Pergi kaunter customer services stesen LRT/MRT/BRT/Monorel bagitau nak beli tiket ke KLIA
2. Bayar RM10 
3. Anda akan dapat token tren ke stesen Putra Height & resit pembelian
4. Turun di stesen Putra Height & pergi ke Putra Height Bus Hub (level Ground) - boleh tanya staff kalu tak tahu
5. Cari bas airport shuttle Rapid KL warna merah & tunjuk resit kat driver bas
6. Enjoy your journey ke airport!

cari bas ni.. jangan salah naik bas ye

Masa perjalanan cuma 40 minit depends trafik jugak. Dari KLIA2 ke Putra Height time saya naik cuma 30 minit je sebab jalan clear tak banyak kereta.


Dari airport KLIA/KLIA2 ke KL
1. Pergi airport bus hub
✈️ KLIA > Platfrom 1, Main terminal building
✈️ KLIA2 > Pintu 2, Level 1, Transportation Hub
Cari bas airport shuttle Rapid KL warna merah & tunjuk bayar RM10 kat driver, simpan resit
2. Dah sampai Putra Height, pergi ke kaunter customer services, tunjuk resit tambang bas tadi & bagitau nak ke stesen LRT/MRT/BRT/Monorel mana
3. Naik tren macam biasa ke destinasi anda


Ha lepas boleh la guna services airport bus shuttle Rapid KL ni, jimat sikit duit sebab dah sekali tambang tren & bas ke KLIA. Cuma kena keluar awal dari rumah incase jalan nak ke airport tu jem.


Dalam bas ada ruang letak bagasi & tempat duduk raw standard bas biasa bukan macam bas Rapid KL tu. At lease tak perlu berdiri bagai kan. 

Bagi BBL ni pilihan terbaik kalu dari KLIA nak balik rumah. Semua dah all in tak payah pening nak cari tiket bas & beli tiket tren lagi. Nasib baik Rapid KL ada. Tak gituw..


Sebelum gerak balik elok kita lepak tengok sunset sambil hirup kopi fresh brew. Okay la, bye korang

You Might Also Like

4 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Dah lama juga tak naik pengangkutan awam ni. Dah tak ingat jugak caranya. Okay.. Boleh jadikan rujukan la Entry BBL ni. Tq

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni ada lagi tak bas ni?

    ReplyDelete