Review Samsung Galaxy Note 3 : Edisi Tengok Sahaja

9:22 PM

HANGAT! Makan GCB McD paling lawak
HANGAT! Teringin nak kawin tapi bajet pulak masalah
HANGAT! Boleh percaya ke ada internet 24/7 untuk pengguna





Samsung Note 3 dah sebulan kat kedai tapi baru semalam BBL sempat pergi Samsung Store.
Dapat jugak merasa pegang Note 3 & totally sangat cun.
Hari ni BBL akan review sikit tentang Note 3 ini.

Spesifikasi Note 3



Premiun Body Design
Mengambil inspirasi dari Note 1, rangka body seperti candybar compare Note 2.
Dengan penggunaan kulit sebagai cover case belakang memang rasa kelainan
dibandingkan cover plastik untuk semua model Samsung. 
Rasa sangat kemas dengan jahitan kat tepi tapi untuk warna putih,
beware takut cepat kotor & pilihan warna hitam agak elegen.



Sebatang S pen
Air command dengan S pen sangat syok. Umpama macam mouse lappy,
senang nak copy, paste, bulat, buka multi window & mestinya Note sahaja ada S pen ni.
Ada 5 fungi pada Air Command iaitu 
Action Memo : boleh ambil nota segala 
Scrapbook : boleh organise apa saja even boleh draf blog 
S Finder : shortcut tak payah buka Google ikon
Pen Window : lebih kurang macam multiwindow jugak tapi lebih advance
contoh boleh buka kalkulator sambil check harga diskaun online
Screen White : copy & paste gambar



Kamera 13 MP
Dengan paparan skrin SUPER AMOLED menjadikan hasil gambar lebih cantik & terang.
Tonton video pun seronok sebab Note 3 menyokong video Full HD.
 Memang berair je mata tengok video full hd 1080p kat youtube.
Sayang tak boleh nak snap contoh gambar di ambil dengan Note 3.

Ambil nota & lukis sepuas hati
Bagi BBL, keistimewaan Note mestilah fungsi boleh ambil nota, conteng gambar,
 lukis dinasor time dalam train & edit video. Kalu korang cari dalam youtube,
banyak video matsalleh berkarya dengan note sahaja & hasil lukisan macam real kat kertas.
Memang 3 4 hari pertama pakai note terasa janggal guna s pen tapi bila dah sebulan guna,
memang master of S pen la korang. Kadang-kadang BBL terpaku tengok kawan guna S pen
macam pen biasa je. Ohsem dude.

Jam Tangan Galaxy Gear
Sayang sekali semalam jam Gear dah habis stok & tak display untuk BBL main.
Memang teringin jugak nak try pakai Gear ni. Kira memang saja je Samsung buat teknik
Galaxy Gear hanya untuk Note 3 sahaja, kalu tak boleh pakai dengan Mega BBL ni.
Nampak tak permainan Samsung?

- UPDATE -
Galaxy Gear boleh digunakan bersama peranti Samsung Note tab 10.1 2, Note 2,
Galaxy S4, Galaxy S4 Mini, S4 Active, Galaxy S3, Galaxy Mega 6,3, Galaxy Mega 5.8
& Galaxy S4 Zoom selepas di kemaskini ke Jelly Bean 4.3 bermula hujung bulan Oktober ini.

Harga
Buat masa sekarang harga masih sekitar RM2 300 & Galaxy Gear RM999.

Antara gambar Note 3



Dengar cerita Samsung S5 akan keluar Januari 2014 dengan design terbaru.
Ai cepat je keluar S5 atau prestasi sale S4 tak segagah S3 hari tu?

BBL ~ tunggu tahun depan la
[-.-]>>

HANGAT! Makan GCB McD paling lawak
HANGAT! Teringin nak kawin tapi bajet pulak masalah
HANGAT! Boleh percaya ke ada internet 24/7 untuk pengguna


Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di...

You Might Also Like

21 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. MMG CANTIK! tp sally minat Sony..hehehe

    ReplyDelete
  2. uisss,,
    xkan tengok jer..
    angkut ler bawa balik umah,
    dh perfect tu :)

    ReplyDelete
  3. macam best. :) tapi xmnt la hp besar2 sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita ... minat yang kecik je senang nak masuk pocket ;) nway, memang cantik note 3 ni

      Delete
  4. wah beznye bbl
    rasa nak satu je
    yumida isi tabung Nuffnang sini - churp2 - selamat menabung :)

    ReplyDelete
  5. As salam. Tqvm datang ziarah. Jemput juga ke Besut aku datang...http://nolizawatimohdsaad.blogspot.com/
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Cantik tu.. BBL ni buat sy geram jelah hehee.. klik tabung sini, mudah2an brtambah murah rezeki.. :)

    ReplyDelete
  7. cantik..tp belum ada rezeki nak beli

    ReplyDelete
  8. salam singgah....best ada gear2 gitu

    ReplyDelete
  9. terliur tengok.. hehe.. salam kenal ^_^

    ReplyDelete
  10. minat jugak note ni.. since awal2 lagi.. tapi belinya tak jugak.. hehe

    ReplyDelete
  11. Teringin nak beli tapi cukuplah sekadar note 1, rosak baru beli..

    ReplyDelete
  12. x terkejo kalo bab gadjet ni.. mampu nengok jer

    ReplyDelete
  13. gempak..review yang sangat baik sekali

    ReplyDelete
  14. mampu nengok kt skrin pc jer.. huhuu..

    ReplyDelete
  15. hanya mampu tengoks saja... samsung ni cepat sangat la keluarkan yang terbaru

    ReplyDelete
  16. tengok jer....nak beli mahal ler.....tapi memang menarik....

    ReplyDelete
  17. kalau ada duit, dah lama dah beli.. hehe

    ReplyDelete