BUFFET RAMADAN 2019 : Iftar Warisan Rasa @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

9:02 AM

Assalamualaikum semua,

Tahun 2019 ini Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya membawa selera sajian "Warisan Rasa" kepada pelanggan terutama penduduk Cyberjaya, Sepang, Putrajaya, Bangi, Puchong, Kajang, Bandar Saujana Putra, Nilai dan sekitarnya. Boleh la datang berbuka puasa kat sini dengan keluarga, kawan atau rakan sekerja. 

Buat kali pertama BBL datang ke sini untuk merasai suasana iftar ramadan tidak lama lagi. Cukup meriah view taman tropika & kolam air yang menjadi saksi majlis perkahwinan Elfira Loy awal Januari tahun ni. Lagi-lagi waktu senja bila matahari terbenam boleh nampak warna jingga sekitar langit resort. Wallah boleh bayang susana time tunggu azan berbuka nanti. 

Harga Bufet @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Dewasa RM 138 nett 
Kanak-kanak RM 69 nett
Warga emas diskaun 30%

Bermula 6 Mei - 2 Jun 2019 
*Promosi harga Early Bird RM 110 nett (dewasa) & RM 55 nett (kanak-kanak) dari sekarang hingga 6 Mei 2019
**Promosi Group Booking  
Percuma Sunrise Ride untuk 2 orang bagi tempahan 200pax & ke atas
Percuma penginapan 2H/1M untuk 2 orang setiap tempahan 150 pax ke atas


Tawaran Sajian 30 Gerai Makanan
Masih mengekalkan sajian signature 'seafood live-on-the-wok' iaitu fresh udang harimau & ketam yang akan dimasak live depan tetamu. Besar, gemuk & manis amat rasa udang sampai asyik refill pinggan dengan udang. High recommended peminat seafood cuba makan.


Tak cukup dengan tu, indulge selera anda dengan 30 gerai makanan kat bahagian luar. Ada bermacam pilihan menu favourite masakan Melayu, Chinese, India dan international seperti Jepun, Korea, Itali dan banyak lagi. 


Pastinya hidangan tempatan akan menjadi serbuan - warung masak lemak & gulai kawah. Lebih kurang 350 jenis menu boleh anda cuba. Siapa yang craving Asam Pedas & Masak Tempoyak memang best sebab korang boleh pilih sendiri ikan patin, talipia, ayam, itik atau daging dan akan dimasak live depan anda. Customize sendiri lauk tu..


Menu Mesti Try
Antara hidangan mesti anda cuba kalu datang berbuka di Cyberview - Nasi Ayam Tempayan, Pancake Pisang Thailand, Durian Goreng Ranggup, Horchien, Popiah Kapitan, Lok Ching, Sata, Toko Yaki dan aiskrim perisa - nasi lemak, rendang, cendol, durian & teh tarik


Kebetulan BBL agak mengidam nak makan wajik & kuih lapis. Tut..tut datang ke Cyberview Resort dapat makan. Biasa la tekak orang Terengganu memang tak boleh kalu makan kuih muih kurang gula. Mungkin sebab tu orang pantai timur manis-manis semua. Baru complete berbuka puasa bila ada pelbagai kuih muih. Cuba rasa semua kuih tradisional air tangan chef di sini. Sedap bila masuk mulut.


Incase anda berminat nak buat Majlis Berbuka Puasa / Raya Open House pun boleh kerana ada aneka ruang cukup besar untuk memuatkan tetamu dan sesuai dijadikan lokasi gathering. Tempahan boleh hubungi 03-8312 7042 / 7041

You Might Also Like

18 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Menu mst try yg pancake pisang thai tu is on my list!!!!! Sebab roti canai pisang depa lain sikit rangup nipis2 gitu~~~~ Tapi kan makan2 je awat masih maintain kurus.

    ReplyDelete
  2. masyallah menu2 dia mmg meletop..siap ada 30 gerai makanan tu..sure berpinau nak makan yang mana satu..tp harga dia mmg berbaloi dengna menu2 tu siap menu Asia dan Eropah

    ReplyDelete
  3. Amboi.. kambing golek tu siap terpampang tulisan besar.. memang cerah biji mata tuju ke situ aje.. hehehe.. nampak menyelerakan semua menu..harga untuk dewasa boleh tahan jugak ye.. hehehe

    ReplyDelete
  4. ah I miss the food at Cyberview Resort & Spa . last time always go there while worked at Cyberjaya. nice view and many selection of food available there.

    ReplyDelete
  5. Rindunya nak iftar kat sini .tahun lepas berkesempatan iftar kat sini .macam macam menu ada dan rasanya pun sedap .kira berbaloilah nak beriftar kat sini .tengok menu yang ada pun dah buat selera tergugat

    ReplyDelete
  6. paling tertarik nampak pic udang tadi haha..
    lepas tu pilihan dessert dia, kuih muih, banyak betull.. makanan pun banyak jenis! boleh tahan la dengan harga nya. boleh lah masuk dalam list 30 hari 30 buffet ramadhan nisa hahahaha

    ReplyDelete
  7. terliurnya tengok budak laici post pasal makanan. Sedap betul menu dekat sini ye. Rasa nak bawa kawan-kawan kerja buka puasa dekat sini nanti.

    ReplyDelete
  8. One of the best buffet review kt cyberview ni. Menu die letop2. Memamg puas hati dan tempat pun cantik. Teringin nak kesini lagi. huhuh

    ReplyDelete
  9. Ya ampun....!! Dugaan apakah ini!?
    Kenapa kenapa semuanya menyelerakan? Berapa banyak menu telah buat ku mengigau terutama durian musang king tuh! Belanja kita please... HAhaha

    ReplyDelete
  10. Banyaknya buffet ramadhan nak dekat puasa ni sampai tak tahu nak pilih yang mana. Macam wajib pergi sini je makanan dia semua nampak sedap

    ReplyDelete
  11. Banyaknya kuih muih die. saya ka;au ada uffet ni benda first sekali esti terjah dekat dessert die dulu. dah habis semua baru makan lauk pauk dan makanan lain hehehhe

    ReplyDelete
  12. Ada macam2 hidangan ada dijual disini. Semuanya nampk sedap dan menarik. Tak sabar nak try berbuka puasa kat sini

    ReplyDelete
  13. Menariknyelaaa makanan dekat buffet Ramadhan ni, macam-macam ada, nampak sedap nak pergilah nanti sebab dekat dengan tempat kerja boleh plan dengan kawan-kawan lain.

    ReplyDelete
  14. Sana sini nmpk mknan ye. .Mmg tak sbr nk puasa dh ni..bnyk pilihn mkn yg ada semua nmpk sedap belaka. .Terus jdi lapar gamaknya. .Hehe. .

    ReplyDelete
  15. Ok akak jeles tengok makan sedap tu.. menu dia best2 sangat. Yang penting kambing golek kena ada. Huhu.. dessert pon boleh tahan.. baloi dengan harga

    ReplyDelete
  16. Allah.. Masuk sini terus nampak makanan sedap sedap aihh.. Ada udang, ketam semua.. Terbukak terus selera.. Beruntung la siapa dapat terjah ni. Hehe

    ReplyDelete
  17. Every year station live stations dia memang menjadi tumpuan ramai. Pastu ada plak asam pedas on the spot kan - yakni boleh pilih ikan memasing then dia masak. Paling teruja adalah aiskrim pelbagai perisa tu. Yang tu win!

    ReplyDelete
  18. Omg... so many dishes tak tau nak attack yang mana dulu kan. I always like their seafood live station. Memang best masakan kat situ and fresh also.

    ReplyDelete