Jimat Duit Shopping Barang Dapur Kat Segi Fresh Balakong
9:18 AM
Kalu tanya saya apa aktiviti best boleh buat time hujung minggu selain layan movie marathon kat rumah?
Me : SHOPPING BARANG DAPUR!
Oh yes, BBL ada habit suka shopping walaupun benda simple macam barang dapur. Bila duduk bujang pastu jauh pulak dari mak...memang kena la pandai berdikari sendiri. Eh jangan ingat dapur orang bujang boleh masak meggi je okay. Silap besar kalu datang rumah kita. Pantry penuh barang makanan..cuma mood nak masak tu je kadang hilang macam chipsmore.. HAHAHA
Sejak duduk area Bukit Jalil kerap juga turun kawasan Balakong sebab tak pernah jumpa pasar pagi sekitar sini. Bila bab barang basah & kering BBL lebih prefer beli fresh tuk make sure boleh tahan lama at least 2 3 hari. Bila masak pun maintain sedap. Betul tak.. One of my favorite is Segi Fresh Balakong.
First sebab dekat gile dengan rumah. Tak sampai 15 minit kalu drive ikut google map. Memang 2x sebulan kami tiga orang geng rumah datang sini beli apa yang patut.
No dua, harga barang mentah murah amat. Yes mostly harga barang keperluan dapur dari sayur, ikan, ayam, daging, buah sangat murah. Bukan setakat tu je, barang kering cili, bawang, cili, ikan bilis, rempah ratus dan barang macam sudu garfu, plastik, bekas makanan serta item dapur murah jugak. BBL perasan certain produk tu lagi murah compare kedai borong.
Ketiga barang-barang basah yang Segi Fresh jual ni fresh. Geram tengok sayur sayur, buah-buahan, ikan, udang, sotong, ayam, daging semua banyak pilihan. Seronok weh pilih barang ikut list..
Segi Fresh Balakong ni pukul 8 pagi dah buka kedai tau. Tu cawangan Segi Fresh kat Batu Berendam Melaka pukul 6 pagi dah buka pintu untuk orang datang shopping. Untung la orang Selayang boleh datang Segi Fresh bila-bila masa sebab buka 24 jam. Kan kalu nak beli sayur sawi pukul 4 pagi pun tak jadi masalah. Segi Fresh ada total 33 cawangan seluruh semenanjung Malaysia.
Nie kalu anda yang nak niaga kat bazaar ramadan time bulan puasa nanti, business katering, hotel, nak buat open house raya atau kenduri majlis kahwin, tunang, sambut menantu, cukur jambul cucu ke elok sangat datang Segi Fresh beli bahan-bahan keperluan nak masak. Beli banyak pun tak jadi masalah sebab murah kan.
Orang bujang dan housewife elok juga datang sini shopping barang dapur. Yang penting boleh berjimat duit untuk barang nak masak. Bab kata iklan tv tu..kenapa bayar lebih untuk barang sama kan..tak gituh
Tengoklah sendiri hasil sejam lebih kat Segi Fresh, penuh satu troli. Ada ikan, kepah, udang, sotong, sayur banyak, bawang, cili, mee kuning dan buah sikit untuk kudap lepas makan. Cuba teka berapa harga semua sekali?
BBL cuma spend RM150..ni kira banyak sangat untuk 3 orang makan. Silap hari hari, bulan depan boleh guna lagi macam bawang, cili, ikan bilis tu.
Balik rumah terus masak sebab lapar. Siap la lauk kepah rebus, daging masak kunyit & ayam masak merah. Simple je menu tapi kalu masak penuh kasih sayang confirm sedap. Fuh kenyang makan bersila dengan housemate. Lega perut & puas hati tengok barang dapur penuh. Tengah bulan ni kenalah jimat sikit sementara nak tunggu gaji hujung bulan kan.
Rajin-rajin la follow social media Segi Fresh untuk update promosi terkini
Facebook : facebook.com/segifresh
Instagram : instagram.com/segifreshmarket
11 Budak Suka Minum Bandung Laici
Yeahhhhh! Terima kasih atas perkongsian ni awk. Sebab kita biasa lalu je. Nanti next time nak bawak mak ke sini.'mesti dia happy gila.
ReplyDeletekat johor takde kan?
ReplyDeleteeh murahnya harga barang dekat sini. Barang semua fresh pulak tu.
ReplyDeleteTeratur betul susunan barang basah & barang dapur kat sini.
amboiii shopping barang dapur nampak. nak masak apa tuuu ? mnie mesti borong untuk satu bulan puasa terus kan. tahu dah. kes tak nak berasak2asak lah nie. tp mmg segi selalu tawarkan barang basah yg fresh
ReplyDeleteKalau murah memamg kene pergi ni. .Hahaha. .Geram pulak tengok banyak likihan barg dapur basah dekt situ. .Nanti nak pergi, nak beli barang keperluan utk puasa. .Tq sharing. .Kalau betul murah boleh ambil banyak sikit
ReplyDeleteBestnya dapat shopping barang dapo, pastu barang barangnya semua nampak fresh..
ReplyDeleteKalau a segi ni ada kat mersing jugak kan syok.
Sini sayur selalu layu2..
Bila org bujang masuk dapur memang meriah. Lagi2 bab belanja barang dapur lagi terrors. Kagum tengok. Ingat nak repeat datang sini lagi
ReplyDeleteSayur Bayam RM0.35 je? Berbaloi ni! Slps shopping, terus masak kat rumah ya. Pandainya kamu masak ni! yum..yum... nampak sedap. Boleh habis ke? Bolehlah ajak makan sekali bila masak lagi tau.
ReplyDeleteUntunglah kalau sapa dapat BBL ni hehehe pandai nak cari barang dapur pandai nak beli semua keperluan isteri senang sangat kalau dapat suami macam ni hehehehehe... Kita pun suka shopping sini murah gilerrr....
ReplyDeleteSerious memang jimat sesangat shopping kat Segi Fresh ni. Dahlah murah..barangan yg dijual pun fresh2. Bakal menjadi tempat shopping barang2 basah nanti..:)
ReplyDeleteIt's an amazing post you have published . So much thanks for your well published post . Clipping Path | Remove White Background | Product Photo Editing
ReplyDelete