BUFFET RAMADAN 2019 : "Jom Singgah @ Relish" Berbuka Di Fraser Residence Kuala Lumpur

10:01 AM


Assalamualaikum & hai korang..

Ada tak kawan-kawan BBL kerja area KLCC, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, Sentul atau Kg Baru..senang cerita kerja tengah-tengah KL? Atau stay sekitar pusat bandaraya KL tu?

Incase anda tercari-cari lokasi nak berbuka puasa tapi tak nak bersesak dengan trafic jam atau customer ramai boleh datang iftar ramadan di Fraser Residence Kuala Lumpur. Tak jauh dari Berjaya Sentral Park, stesen Monorel Bukit Nenas & stesen LRT Dang Wangi. Ikut je Jalan Sultan Ismail confirm boleh jumpa.

Buffet Ramadan @ Fraser Residence Kuala Lumpur 
Dewasa RM 98 nett
Kanak-kanak RM 58 nett
Dari 7 petang - 10 malam

*Bermula 8 Mei hingga 2 Jun 2019
**Promosi voucher Early Bird RM78 nett
***Tempahan boleh hubungi 03-2191 0888 atau email fb.frkl@fraserhospitality.com

Menu Istimewa Bulan Puasa
Ayam Panggang Madu Berbijan
Daging Masak Kayu Manis
Ikan Sembilan Goreng Berlada
Kari Kambing Mangga Muda
Siput Sedut Masak Lemak Cili Api dengan Batang Keladi
Puyuh Goreng Jintan
Kacang Bugis Goreng Hati Ayam
Otak-Otak
Nasi Tomato
Buttered Prawn with Chilli
Loh Hon Chai
Wok Fried Japanese Beancurd with Ginger & Spring Onions
Lamb Tagine
Pan-fried Seabass Black Bean Sauce

Live Station 1
Live Station 5
Live Station 9
Wok Noodle
Traditional Hot Pot Soup
Ais Kacang /
Cendol Durian
Live Station 2
Live Station 6
Live Station 10
Kambing Panggang
Keropok Lekor &
Goreng-goreng
Fresh Baked Tartlet /
 Dirty Bun
Live Station 3
Live Station 7
Live Station 11
Popiah Basah & Wraps
Roti Canai & Roti John
Gelato Ice Cream
Live Station 4
Live Station 8

Barbeque Counter
Sharwarma


 all time craving - kambing golek

 Wok Noodle station

Sharwarma

Popia Basah

Itu bahagian luar, apa kata saya bawa masuk tour bahagian dalam. Lagi meriah sajian makanan. Macam-macam ada. Semua nampak sedap bila perut tengah lapar ni.

aneka pembuka selera - salad, kerabu, ulaman & rojak buah

 Daging Masak Kayu Manis

 Siput Sedut Masak Lemak Cili Api dengan Batang Keladi


 Puyuh Goreng Jintan


 Kari Kambing Mangga Muda


 Buttered Prawn with Chili


Bubur Lambuk

Dah kenyang makan menu utama jangan lupa jamah aneka pencuci mulut seperti biskut raya, buah-buahan, kek pastri, kuih muih tradisional, puding dan gelato ice cream pelbagi perisa 


Paling BBL tak sangka dapat makan ABCD - Air Batu Campur Durian. Fuh dah lama craving nak makan, dapat akhirnya merasa kat sini. Yummy!


Ruang makan Relish pun luas dan selesa. Boleh muat  hingga 166 pax dalam satu masa. Boleh pilih meja tinggi atau meja buluh panjang yang boleh muat 24 orang. Perfect incase anda planning nak buat majlis berbuka puasa berjemaah dengan staff office. Parking pun banyak dan percuma je. Nak jalan kaki pun senang boleh ekses ke stesen lrt/monorel terdekat. 

Malah turut tersedia surau lelaki & perempuan untuk menunaikan solat magrib selepas berbuka puasa.


Fraser Residence Kuala Lumpur
No 10 Jalan Cendana,
Off Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur 

Facebook : Facebook.com/fraserresidencekul
Instagram : Instagram.com/fraserresidencekul

You Might Also Like

16 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Wah banyaknya action stall sampai 11. Memang tak tahu nak pilih Yang mana. Sesuai dengan harga dia kan. Kalau gi kl Ramadan ni boleh lah Cuba.

    ReplyDelete
  2. Suka tengok tempat dia. Nampak macam mewah dan eksklusif sangat. Menu makanan die pun boleh tahan banyak pilihan. Dessert pun siap ade kuij raya kan tu

    ReplyDelete
  3. Banyak jugak diskaun utk early bird tu. Sampai bila eh utk dapat harga early bird tu? Tgk tempat ni macam menarik nak gath ni.

    ReplyDelete
  4. Buka puasa yang sangat banyak makanan dan harga murah best giler tapi tu lah c kat KL Ni banyak sangat tempat nak buka puasa tak tahu mana nak pergi harga semua murah2 wakakakakak..

    ReplyDelete
  5. Lama kita tak menapak ke Fraser ni wak. Seronok kalau dapat buka dekat sini, view memalam dia cantik ya rabbi. Makanan dan harga pun memang best ! Takde la mahal sangatkan.

    ReplyDelete
  6. Wow all the food here looks really good with seafood galore and desserts to be enjoyed. I would love to try the puyuh masak jintan. Looks delicious.

    ReplyDelete
  7. nampak best betul berbuka puasa dekat sini. hidangan yang ditawarkan nampak lazat dan sedap. jadi terliur pulak bila tengok gambar2 nie. harga pon berpatutan, nanti bolehlah abwa family berbuka puasa di sini

    ReplyDelete
  8. Cantik mewah nampam tempatnya... Menu siput sedut masak lemak tuu favorite nina! Aduyai.. Terliur nengoknya. Bubur lambuk tu pun nampak menyelerakan. Harga below RM100 cun!

    ReplyDelete
  9. Kalau bulan ramadhankan memang fav kuih popia basah, nampak kuih tu buat kita terliur..Menarik pakej Buffet Ramadhan dekat sini... tak sabar nak berbuka puasa nanti...

    ReplyDelete
  10. Semua makanan nampak sedap dan menyelerakan. Kalau macam nilah menu yang ada untuk iftar memang puas hati dan berbaloi harga yang dibayar untuk kita makan

    ReplyDelete
  11. i sukalah tengok interior design dlm cafe residence ni npk cozy n cantik..selesa nak berbuka nanti..harga early bird tu pun murah..nti nak grablah kalau turun ke kl

    ReplyDelete
  12. Pergh mengancam la menu dia BBL. Macam-macam jenis makan ada kat sini. Kalau turun sini nanti insyaAllah boleh cuba dengan harga yang berbaloi dengan citarasa dan jenis makanan yang pelbagai

    ReplyDelete
  13. Amboii bnyak nya buffet dia p.. Hehehe.. Bgusla.. Share dengan orang ramai.. Nad pun boleh tgk mana yang best. Ni pun mcm menarik je.. Maknan pun semua nampak sedap je.. Buffet mana yag tak sedp kan.. Hehehw

    ReplyDelete
  14. oh Fraser residence pun ada buat buffet berbuka ya? pernah sekali stay sini beberapa bulan yang lalu. Alahai teringin nya nak berbuka puasa kat sini. bawak kita please.

    ReplyDelete
  15. Sedap2 betul tengok buffet ramadan sekarang ni. Nasib baik tak tgok siang hari Ramadan...tergugat iman..hehehe. Tak pernah lagi berbuka kat sini..teringin gak..sapelah yg nak bawak kita ya

    ReplyDelete
  16. Harga yang berpatutan. Sekarang susah nak dapat buffet Ramadan bawah rm100

    ReplyDelete