Datum Jelatek Ikon Terbaru DatumCorp International

8:24 AM


Assalamualaikum & hello korang,

Siapa antara korang stay sekitar Jelatek? Tak pun selalu naik lrt dari stesen Wangsa Maju menghala ke pusat bandaraya KL. Perasan tak ada projek rumah + mall sebelah LRT Jelatek tu? Ha tahu tak projek ni dah 60% siap tau. Tak lama lagi penduduk Jelatek ada mall tersendiri untuk datang hang out waktu weekend.

Ini adalah buah tangan sulung DatumCorp yang dikenali sebagai Datum Jelatek. Projek terdiri dari 712 unit kediaman plus kompleks membeli belah empat tingkat seluas 317,000 kaki persegi bakal menjadi ikon terbaru ibu kota.


23 April lepas Menteri Besar Selangor YB Tuan Amirudin bin Shari telah menjadi saksi Majlis Menandatangi Rakan Perniagaan Datum Jelatek bersama DatumCorp International Sdn Bhd, salah satu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). 

Projek bernilai RM1.2 billion ni bertambah manis apabila 70% unit kediaman sudah terjual selain sudah mencapai tahap 60% dan bakal siap tidak lama lagi. Pusat membeli belah Datum Jelatek Mall bakal dibuka menjelang suku pertama 2020 nanti. 


Sebanyak 379 unit rumah Datum Jelatek akan ditawarkan menerusi Program Rent To Own (RTO) kepada penjawat awam Negeri Selangor. Menerusi inisiatif ini, ianya membolehkan penjawat awam ditawar membeli kediaman Datum Jelatek yang disewa selepas akhir tahun kelima atau ke-10 pada harga yang ditetapkan kelak.

Ada lebih 40 perniagaan bakal membuka cawangan mereka dalam Datum Jelatek  Mall antaranya:
Penyewa Utama
🔺 Pacific Concept Store
🔺 Market Place by Pacific (supermarket)

Manakala penyewa lain off course jenama popular turut akan berada dibawah bumbung Datum Jelatek seperti
🔺 Evolution Wellness Holdings (Fitness Club)
🔺 Mr.DIY
🔺 NEXT Food Garden
🔺 Event Hall by Tak Tam

Rangkaian Makanan & Minuman
🔺 KFC
🔺 Pizza Hut
🔺 Me'nate Steak Hub
🔺 Nasi Vanggey
🔺 A&W
🔺 San Francisco Coffee
🔺 Old Town White Coffee
🔺 Tuu..Dia Pak Tam
🔺 The Chicken Rice Shop
🔺 Jombali
🔺 Sopoong
🔺 Daily Fresh
🔺 Hot & Roll


Tak cukup dengan tu, ada jugak pelbagai tawaran kedai yang menyediakan aneka produk kegunaan orang ramai termasuk 
🔺 DD Childen Wonderland 
🔺 Daiso
🔺 Guardian
🔺 TH Electronics
🔺 Focus Point
🔺 Dr Specs
🔺 Health Lane Pharmacy
🔺 Glow Boutique
🔺 SoxWorld
🔺 Senses
🔺 Lavinas
🔺 Slash
🔺 MyNews.com
🔺 7-Eleven
🔺 Celcom
🔺 Hotlink 
🔺 U Mobile
🔺 Cuckoo
🔺 Kwik & EZ
🔺 YL Time Gallery
🔺 Britz Auto Spa
🔺 Abdul Rasheed Trading


Lokasi Datum Jelatek tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur yang menjanjikan panorama cukup memukau pencakar langit kebanggan negara iaitu KLCC yang cuma 3.5 km dari rumah serta pemandangan indah matahari terbenam sebelah petang.

Bagi BBL reka bentuk Datum Jelatik sendiri sangat unik terdiri dari 4 blok - Ayaana, Basheera, Careema & Daneeya serta saling berhubung antara blok melalui bulatan tergantung atau "sky-ring" pertama di Malaysia pada tingkat 27 dengan permandangan 360 pusat bandaraya KL. Yang pasti ia mempunyai kemudahan standard unit kediaman seperti kolam renang infinity, gymnasium, kawasan permainan kanak-kanak, perpustakaan, kawasan BBQ serta sky-park. 


Ada 3 jenis unit residence Datum Jelatek - Studios type, one-bedroom, two-bedroom & three-bedroom suites. Setiap rumah bersize dari 557 kaki persesi hingga 1,657 kaki persegi serta mempunyai bakaloni tersendiri. 

Studio type & one-bedroom type
one-bedroom type

salah satu rumah contoh di Datum Galleria

Pastinya ia pelaburan berbaloi memandangkan berdekatan dengan kemudahan & tarikan utama seperti
🔺 KLCC
🔺 Gleneagles Medical Centre
🔺 Prince Court Medical Centre
🔺 Prince Embassy Park
🔺 Royal Selangor Golf Club
🔺 Pavillion KL
🔺 Sekolah anatarabangsa

Bagi penjawat awam yang mahu mencari kediaman baru berdekatan dengan KL, inilah lokasi cukup sesuai untuk anda miliki. Boleh datang ke showroom Datum Jelatek & dapatan promosi diskaun sementara masih ada. 

Datum Galleria
Lot 42 Jalan U-Thant, Taman U-Thant, 55000 Kuala Lumpur
No telefon : 03-42176000
Website : www.datumjelatek.com.my
Facebook : facebook.com/datumjelatek

You Might Also Like

17 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Not bad die punya design rumah. Nampak modern sangat. Fadzi suka jenis rumah yang dekat tengah tengah centre point. Kira dekat dengan banyak kemudahan. Senang kan

    ReplyDelete
  2. Ni kalau ada duit lebih boleh la beli invest buat sewa ni. Banyak facilities dan sangat convenient pulak tu sebab semua dekat.

    ReplyDelete
  3. OHH macam ni rupanya reka bentuk sebenar Darum Jelatek kita pernah nampak bangunan yang masih dalam pembinaan ni sebelah LRT Jelatik jer sangat bagus sebab tengah tu ada 360 panorama memang menarik lah hehehehe kemudahan dekat lak tu...

    ReplyDelete
  4. FuhN hebat betul ya bila Projek bernilai RM1.2 billion ni dah 70% terjualtkediaman dia. Fuh! Terbaiklah! Bila cx tengok video tu, dan gambaran lain, besar sungguh datum datum jelatek ni. Memang bestlah shopim nanti.

    ReplyDelete
  5. Speechless tengok design rumah yang dibina .Projek bernilai Rm1 .2 billiom macam ni memang puas hatilah sebab nampak canyik dan moden .Paling tak sangka banyak juga rumah dah terjual.

    ReplyDelete
  6. Pergh cantik juga rumah dia.. Lagi tengah bandar.. Banyak kemudahan ada.. Terbaikla.. Siapa ade duit lebih nak beli rumah boleh ambil ni kan.. Not bad.. Cantik sangat ni..

    ReplyDelete
  7. bestnya rumah dekat dengan mall dan LRT.. mudah sangat la tu.. nak bergerak senang.. nak shopping pun senang.. kalau la banyak duit dah ku borong sepuluh.. haha

    ReplyDelete
  8. antara kondo yang best untuk diduduki.. lokasipulak memang ditengah-tengah bandar KL. cuma harganya belum mampu nak beli. tapi beruntung org yang beli sebab semua kemudahan macam LRT station,pasar keramat,highway baru yg akan siap tak lama lagi. uisshh memang berbaloi beli

    ReplyDelete
  9. Wahhh nampak mewah betul Datum Jelatek nie ya. Mesti akan menjdi tarikan utama once dah officially launch sebab lokasinya yg strategik di bandaraya KL. Design dia sangat modern dan terkini.

    ReplyDelete
  10. Cantiknya design Datum Jelatek. Bile lah mampu nak beli kondo macam ni. Heheh dekat pulak tu dengan Bandaraya KL, tapi kita kerja shah alam.

    ReplyDelete
  11. waaahhhh buat Mall ke tu??? bestnyaa!! dulu tempat tu takde apa sangat pun, akak dulu stay sana tahun 2002, akak terkejut bila lalu situ tudiaaaa apalah yang dibuat ni, rupanya mall ye. eeiii tak sabarrr!!!

    yanmie
    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  12. Saya memang tengah cari property untuk beli. Yang ini nampak macam strategik. Boleh consider.

    ReplyDelete
  13. Cantiknya tempat ni. Suka sgt konsep residen then kt bawah tu mall. Senang dan mudah kalah nk cari pape kan. Hope one day dpt beli rumah dekat sini. hehehe

    ReplyDelete
  14. fuh.. cantiknya pembinaan dan design dia.. rasa macam wow sangat.. konsep residen dan dalam bangunan yang sama terletak mall dibawahnya.. terbaik gitu.. syokla orang-orang yang dok kat residen ni nanti.. amboi.. jimat minyak.. nak shopping turun bawah je kan.. hehe

    ReplyDelete
  15. masyaAllah lawanya....berkenan sungguh , lengkap semua fasiliti ....seronok kalau dapat stay kat kawasan hotspot dalam KL.... errr sapa beli nanti invitelah ai datang rumah yerrrr

    ReplyDelete
  16. wah gahnya tempat ni..mesti jadi tarikan satu hari nanti...di kawasan ibu kot apulak tu..beli untuk investmentr bagus juga ni..plg best fasiliti yang disediakan semua superb

    ReplyDelete
  17. Memang cantik design dia.. Facilities nampak best sgt.. Sesuai sgt dengan lokasinya.. Kalau ada duit dah beli satu lot juga ni

    ReplyDelete