BUFFET RAMADAN 2019 : Selera Ramadan @ Silka Maytower Kuala Lumpur Hanya RM85 Nett

8:07 AM


Assalamulaikum semua..

Rasanya time bulan puasa nanti mesti ramai antara anda akan ke Jakel Mall & kedai sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman/Masjid India tuk shopping baju raya kan. Ha al maklumlah kan ramai orang datang situ mesti pening nak pikir berbuka kat mana.. Kalu boleh nak tempat selesa terutama yang datang satu family. Well BBL nak suggest datang iftar kat Silka Maytower Kuala Lumpur yang betul-betul depan Jakel Mall KL tu.


Harga Buffet Ramadan @ Silka Maytower Kuala Lumpur
Dewasa RM 85 nett
Kanak-kanak RM 45 nett 
Warga emas RM 60 nett

* Buffet bermula 7 Mei - 4 Jun 2019 | La Maison Restaurant
** Masa bermula 6 petang - 10 malam 
*** Promosi voucher Early Bird RM 65 nett untuk dewasa 

Incase datang shopping belah petang nak dekat magrib tu memang sesuai sangat singgah berbuka kat sini. Lepas habis makan boleh terus jalan kaki ke Jakel Mall atau jalan TAR tu.  


Menu Juadah Istimewa
🔥 Telur Itik Masak Cili Padi
🔥 Ekor Asam Pedas
🔥 Rendang Daging
🔥 Kambing Golek
🔥 Nasi Briyani
🔥 Ayam Masam Manis
🔥 Lala Masak Halia
🔥 Nasi Ayam klasik
🔥 Aiskrim Malaysia

Membawa selera masakan kampung sebagai tarikan utama pelanggan untuk datang berbuka puasa di Silka Maytower Kuala Lumpur. Pastinya setiap hidangan mampu membuatkan diri teringat kampung halaman tak kala berada di ibu kota. Sementara tunggu cuti balik raya, lepaskan rindu masakan bonda dengan berbuka kat sini. 

 stall Nasi Briyani

daging golek istimewa

 kepah lala

 telur itik masak cili padi 

favorite BBL setiap kali masuk bulan puasa - siput sedut

 ayam & daging bakar 

 tauhu sumbat

ikan bakar

Untuk pencuci mulut chef sediakan aiskrim malaysia - very the klasik perisa jagung, milo, asam merah & bandung untuk anda nikmati selepas berbuka. Teringin waktu keci selalu mintak duit seposen dengan mak pastu pergi beli aiskrim ni. 

Kuih-muih tradisional pun turut tersedia. Air Batu Campur (ABC), Air Cendol, aneka perisa aiskrim dan rojak buah jangan lupa cuba sekali. 


Alhamdulilah kami dah cuba makanan menu kampung. Bulan puasa ni jemput la datang dengan family berbuka kat sini. Jangan cakap BBL tak bagitau ada tempat best nak iftar ramadan. 


Nak tempah boleh call +603 2692 9298 / whatsapp +6016 2011 655 atau e-mail ke sales.maytower@silkahotels.com

Silka Maytower Kuala Lumpur (depan Jakel Mall KL)
7, Jalan Mushi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur
Facebook : facebook.com/silkamaytower

You Might Also Like

10 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. lamanya tak makan tahu sumbat , rasanya dalam banyak2 buffet ramadhan yang saya pergi ni baru nampak ada menu tauhu sumbat ..syoknya kalau iftar tahun ni ada orang nak belanja makan kat sini sebab saya nak makan tahu sumbat jerrr...

    ReplyDelete
  2. Seriouslah 85 je ? Wahhh ini satu tawaran buffet ramadhan yg berbaloi dan menjimatkan. Nanti noleh datang sini bawa satu family berbuka. Mesti dorang suka. Pilihan makanan pon sangat pelbagai.

    ReplyDelete
  3. boleh dah survey tempat untuk iftar, banyaknya pilihan menu!! berbaloi dengan harga tu kan. Macam ni habis je shopping kat sana, boleh terus singgah berbuka, early bird lagi berbaloi2

    ReplyDelete
  4. suka makan buffet, banyak menu pilihan yang ada..harga pun not bad..pergh dekat dengan jakel ke..boleh singgah shopping sekali

    ReplyDelete
  5. Banyaknya pilihan nak makan apa.. mau berpinau mata taktau nak pilih mana.. semua sedap je tengok..

    ReplyDelete
  6. Banyaknya menu pilihan untuk bugget ramadhan. Rambang mata macam ji nak pilih yang mana sat . Berbaloilah dengan harga kan .Tapi sayanglah jauh lah plak. Kalau dekat dah terjah dah

    ReplyDelete
  7. apooo ni makanan sedap2 semuanya kat sini..tapi suka dengan cara dia hidang makanan agak teratur dan praktikal...kalau bawa famili datang berbuka kat sini mesti depa excited..

    ReplyDelete
  8. Ala bestnye dapat rasa pelbagai menu. Ok siput sedut tu sedap jarang ada. Murah jugak untuk early bird. N strategik dkt tmpt shopping kan. Jimat masa dan tempat

    ReplyDelete
  9. Seronok klu pegi buffet ramadan ni byk menu dia yg kita dpt rasai.

    ReplyDelete
  10. Banyak juga jaudah yang sangat menyelerakan and i have spotted a few dishes yang i memang teringin nak try, especially the siput sedut masak lemak cili api.

    ReplyDelete