Balik Raya Haji Ke Terengganu
7:53 AM
Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya Aidil Adha walaupun dah habis raya haji. Sorry baru update entri.
Tahun ni BBL balik raya haji ke Terengganu. Se dua tiga, Terengganu memang comel! Dah la tak balik kampung. Last time raya puasa bulan 6 hari tu. Tak excited sangat balik tapi apply cuti sampai 4 hari. Hehehe. Cadang nak balik hari Jumaat malam tapi tiket dah sold out. Yang ada cuma pagi Jumaat je, apa lagi minta cuti jelah. Nasib baik boss approve je.
Alhamdulilah tak jem sangat pagi tu. Cuma sesak sikit kat Tol Gombak & Tol Karak. Boleh jadi sebab ramai warga pantai timur balik awal sebab Hari Raya Haji jatuh hari Ahad. Kebetulan 10 Ogos, sehari sebelum tu hari lahir saya. Alang-alang tu celebrate dengan family.
Bila dah balik rumah family, kena kemas sikit. Time hari jadi sendiri pun kena jadi Cinderella kena rumah. Sempat la mengadu durian kat KL mahal. Pastu mak bagitau, rugi tak duduk kampung, adik-adik setiap hari makan durian sampai tak lalu dah. Aduh cravingnya. Petang tu ayah balik kerja siap hon motor kuat-kuat. Ingat suruh angkat barang ke apa.. dia beli durian 2 plastik besar. Lebih kurang 12 biji rasanya. Apa lagi terus mengulupur la BBL cari parang nak kopek durian. Manis, kuning, lemak & besar isi durian kampung ni. Aum!
Juadah pagi raya saja request mak masak nasi himpit dengan kuah kacang ayam. Anak perantauan kata kan. Susah nak jumpa nasi himpit kuah kacang sedap area KL. Selalu mengidam. Balik ganu baru boleh makan menu eksotik ni. Betul tak.. Dapat la rasa kuih Cara berlauk daging, kek coklat kukus dan nasi himpit.
No wonder BBL tergerak hati nak balik kampung. Rupanya mak buat korban lembu tahun ni dengan 2 orang mak cik sedara. Amboi terkejut jugak bila mak bagitau suruh siap cepat nak tengok orang sembelih lembu. Oh ya, biasa la.. raya haji belah pantai timur ni meriah sikit macam hari raya puasa gitu.
So BBL la jadi tukang potong daging lembu. Berkicap jugak nak lapah daging sebelum bahagi-bahagi kepada fakir miskin. Nampak kecik je size tapi daging padu. Mak korban satu bahagian. Last family korban lembu tak silap 2 tahun lepas, itu pun buat akikah.
Amboi BBL gigih sorong kereta labi untuk angkut daging. Kadang-kadang bila teringat balik rasa seronok dapat sama-sama gotong royong lapah lembu. Petang tu mak cik buat makan sikit daging lembu korban bahagian dia. Menu sup daging lembu & nasi minyak. Fuh sedap.
Tahun ni raya haji cukup bermakna sebab mak long naik haji. Setiap hari ada je hantar gambar update suasana haji kat sana. Seronok dia dapat tunai haji lepas bertahun menyimpan duit dalam Tabung Haji. Bila eh turn BBL nak kerjakan haji jugak. Jap nak check baki duit ada berapa dulu.. hehehe
Tak silap minggu depan mak long jadi batch ke 2 rombongan jemaah haji balik ke Malaysia. Mesti rindu pengalaman pertama kali ke Tanah Suci Mekah. Cuti merdeka nanti cadang nak balik kampung, boleh la dengar cerita tunai haji. Biasa la orang lama-lama ni kalu bercerita seronok dengar. Lagi-lagi bila sepupu kumpul berjemaah.
Tahun ni korang beraya haji kat mana? Ce komen sikit.. nak tahu ni.
0 Budak Suka Minum Bandung Laici