Promosi Istimewa PKNS Sempena Ulang Tahun Ke 55 Tahun
9:17 AM
BBL ada berita baik kepada anda yang tengah planning nak beli rumah sekitar Selangor. Tak kisah la rumah pertama atau kedua. Sekarang ni hingga awal bulan Ogos, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tengah mengadakan Karnival Koleksi Hartanah Siri 2/2019. Peluang keemasan ni. Alah datang tengok-tengok apa PKNS offer khas buat para pengunjung.
Karnival Koleksi Hartanah Siri 2/2019
Tempat : Atria Lagenda, Kompleks PKNS Shah Alam
Tarikh : 26 Julai hingga 4 Ogos
Masa : 10 pagi - 10 malam
Apa hadiah menarik akan anda dapat?
✅ Rebat khas untuk pembeli
✅ Diskaun tambahan RM55,000 kepada 55 pembeli terawal
✅ Diskaun tambahan RM55,000 kepada 55 pembeli terawal
✅ Diskaun hingga 20%
✅ Percuma kos guaman Perjanjian Jual Beli (SPA) & duti setem Memorandum Pertukaran (MOT)
Skim Pembiayaan 100%
Tak cukup tu anda boleh memohon skim bantuan pinjaman yang mana kerajaan Negeri Selangor offer skim pembiayaan 100% iaitu 90% loan dari Maybank & baki 10% oleh PKNS. Malah kadar faedah rendah untuk 8 tahun pertama. Untung betul siapa apply skim ni. Anda boleh membuat permohonan hanya di cawangan Maybank Seksyen 14, Shah Alam sahaja ye.
Oh ya, skim ini hanya terbuka kepada pembeli Rumah Selangorku (RSKU) dibangunkan oleh PKNS & Anak Syarikat PKNS kat beberapa lokasi strategik serta menarik seperti
✅ Selangor Cyber Valley (SCV)
✅ Antara Gapi
✅ Kota Puteri, Klang
✅ Kampung Sri Temenggung Gombak
Skim Smart Selangor First Home Buyer
Maybank pun ada membuka kaunter khas sepanjang siri Koleksi Hartanah ini. Boleh la anda semak kelayakan pinjaman perumahan. Cuma perlu bawa slip gaji 3 bulan & terus pilih beli mana-mana unit rumah di bawah projek PKNS yang offer semasa karnival. Senang, memudahkan & cepat proses terutama golongan B40 serta mereka yang sedang mengintai peluang beli rumah pertama.
Maybank pun ada membuka kaunter khas sepanjang siri Koleksi Hartanah ini. Boleh la anda semak kelayakan pinjaman perumahan. Cuma perlu bawa slip gaji 3 bulan & terus pilih beli mana-mana unit rumah di bawah projek PKNS yang offer semasa karnival. Senang, memudahkan & cepat proses terutama golongan B40 serta mereka yang sedang mengintai peluang beli rumah pertama.
PKNS ada menawarkan projek Rumah Mampu Milik (RMM) bawah jenama Rumah Selangorku Idaman PKNS pada harga bermula dari serendah RM 185, 000. Cukup berbaloi & mampu milik bagi pembeli bujang atau baru berkahwin.
Ulang tahun PKNS Ke 55 tahun
Siapa sangka dah lebih 5 dekad PKNS berdiri megah bersama pelbagai projek pembangunan mampan dalam negeri Selangor. Sebab itu karnival ini salah satu tanda terima kasih atas sokongan pembeli produk-produk hartanah & perumahan bawah kelolaan PKNS dari awal penubuhan hingga hari ini.
Menurut Pengurus Komunikasi Korporat, sepanjang sesi karnival ini PKNS offer 2,500 unit rumah dengan pilihan segmen semi-D, bungalow, township dan 50% darinya adalah rumah kos sederhana sesuai dengan permintaan pembeli sekarang yang mahu rumah kediaman mampu milik dalam kawasan bandar yang berdekatan kemudahan asas seperti sekolah, hospital, universiti, tempat kerja dan mudah diakses melalui jalan atau lebuh raya utama sekitar.
Pasti karnival ini satu peluang anda mendapatkan rumah impian serta buat pelaburan menguntungkan dalam tempoh jangka masa panjang. Apa tunggu lagi..segera lah ke Kompleks PKNS sementara tawaran istimewa ini masih ada.
Detail promosi terkini boleh follow Facebook & PKNS ye
Website : www.pkns-property.com
Facebook : www.facebook.com/pknspropertyofficial
Instagram : www.instagram.com/pkns_property
9 Budak Suka Minum Bandung Laici
Wahhhhh dekat tu lokasi dia dengan umah mak fafa. Boleh la survey kat sana kalau ade rezeki beli rumah nanti. Dekat lah nak ulang alik ke rumah mak hee ..Rumah selangorku pon nak cuba apply jugak.
ReplyDeleteSalah satu kebaikan event sebegini memberi pendedahan yang terbaik kepada masyarakat dan agensi yang berada di sana. Terbaik ...
ReplyDeleteMurah la tu.
ReplyDeleteBagus inisiatif oleh pkns ni. Beri peluang rakyat kurang pendptan miliki rumah.
Almaklum lah. Now, kalau x bebetul dibantu, mana nak dpt beli rumah.
Terbaik lah Selangor.
Melaka pun start dah buat skim rumah mampu milik. Alhamdulillah...
Sentiasa cemburu dengan warga Selangor. Kami di Sabah hanya mampu melihat rumah mampu tengok je...Nak harapkan kerajaan negeri bantu memang tak la...Harga sangatlah firaun..
ReplyDeleteYeay! Best bila dengar ada tawaran sebegini - memudahkan ramai golongan muda untuk membeli aset kan.
ReplyDeleteRawlins teringin gak nak tambah satu lagi, jika ada rezki
Tawaran yang hebat! Ada diskaun, rebat, free lawyer fees. Rugi tak grab seketul kannn...?? PKNS pemaju yang diyakini.
ReplyDeleteTengah pujuk Geng ni..
wah bagus ni.. murah giler kot! mcm2 tawaran plak.. hmm sapa x grab rugi la.... bertuah rakyat selangor ni tau...
ReplyDeleteBeruntung sape dapat beli, murah dn cantik pulak tu rumah dia. Sis walaupun murah still lom mampu lagi..:).
ReplyDeleteJarang2 pkns buat promosi nie. Okay nak kena grab peluang yg tgh ada utk memiliki hartanah sendiri. Jom beli rumah !
ReplyDelete