Restoren Sisik Ikan Bakar - Kedai Makan Wajib Try Di Klang
7:04 AM
Tahu tak area bandar Klang ada satu restoren sangat unik sebab menyediakan Masakan Melayu Asli selain tawaran menu makanan laut bakar & steamboat. Ha paling penting lokasi kedai sangat strategik, terkenal dan paling mudah nak jumpa iaitu betul-betul berhadapan pusat borong terbesar di Malaysia, Plaza GM Klang. Mesti anda semua familiar tempat ni kan. Nak tahu sila baca sampai habis..
Sisik Restoren Ikan Bakar
Dahulunya lebih dikenali sebagai Resepi Warisan Tok sering menjadi buah mulut pencinta masakan melayu dan asam pedas. Tampil lain dari yang lain dengan sajian masakan melayu asli yang mengiurkan mulut terutama diri BBL sendiri seperti ikan bakar berempah, sotong bakar, kerang bakar, ikan masak stim, pari asam pedas, pepahat masak berlada, ketam masak cili, udang goreng berempah, udang masak petai & banyak lagi la. Jenuh nak list semua sebab banyak yang sedap. Semua ini boleh customize mengikut citarasa pelanggan yang datang.
Hanya makanan laut segar dibawa terus ke ruang 'display' berhampiran dapur tukang masak. Kat sini korang boleh pilih jenis seafood apa nak makan dari pilihan ikan laut atau darat seperti siakap, bawal, jenahak, patin, talapia, pari, ketam, sotong, udang, kerang, pepahat, kupang, lala & termasuk ketam nipah yang masih hidup. Fuh fresh betul. Siapa mengidam nak makan Telur Ikan Mayong pun ada setiap hari tau.
ha pilih nak makan seafood apa..baru je tangkap tadi
Ada juga aneka ulaman kampung popular antaranya ulam raja, petai, daun pegaga, daum selom, timun, kacang, tomato, terung dan beberapa jenis lagi. Yang dah siap potong untuk buat masak sayur pun ada. Mana tahu nak campur dalam ikan masak sup ke.
Dah pilih seafood & cara masakan sama ada bakar, goreng, celup tepung, masak stim atau masak asam pedas, chef akan terus masak. Sambil tu boleh tengok staff Restoren Sisik Ikan Bakar menyediakan juadah anda. BBL sendiri kecur air liur tengok sotong bakar madu tengah panggang atas grill. Siapa ye boleh tahan tengok sotong dah siap masak lepas tu tuang air asam dan sambal. Terus ber'konsert' perut..hehe
Tak complete kalu air asam tak ada kan. Ha pilih nak cicah ikan bakar dengan air asam, budu, cili kicap & beberapa lagi choice. Baru ngam nak start makan.
Lauk Istimewa Buat Perut Lapar
Pengasas dan juga pemilik restoren difahamkan berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka. Tak hairan la banyak menu tempatan popular setiap tempat dalam Malaysia boleh anda nikmati. Jom kita tengok apa BBL makan dengan kawan-kawan. Mohon terliur ye..
Pengasas dan juga pemilik restoren difahamkan berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka. Tak hairan la banyak menu tempatan popular setiap tempat dalam Malaysia boleh anda nikmati. Jom kita tengok apa BBL makan dengan kawan-kawan. Mohon terliur ye..
Ikan Bakar Berempah
Ikan Siakap Masak Stim
Kupang Masak Berlada
Tomyam Seafood
Pari Masak Asam Pedas
Asam Pedas
Sayur campur & Kailan Ikan Masin
Hot selling Restoren Sisik Ikan Bakar ialah Nasi Lemak Buluh Perindu, ianya nasi lemak yang dikukus dalam buluh yang perfect macth terbaik bagi hidangan ikan bakar. Salah satu sajian boleh anda cuba rasai sendiri jika datang ke sini. Rasa nasi lemak unik dan cukup menyelerakan makan bersama ikan bakar berempah yang tengah panas-panas lagi.
Malah Restoren Sisik Ikan Bakar ada set steamboat tomyam. Complete dari ayam, seafood, cendawan, sayur-sayuran dan bebola ikan. Sup tomyam boleh tahan pedas sikit. Sebelum tunggu menu utama siap masak boleh alas perut makan steamboat. Betul tak geng?
Menu utama (8 pagi - 4.30 petang)
i. Asam Pedas : menu pilihan Telor Ikan Mayong, Telor Sotong & Siakap
ii. Pelbagai jenis lauk pauk tradisional Melayu Asli
Menu utama (5 petang - 12.30 tengahmalam)
i. Asam Pedas : menu pilihan Telor Ikan Mayong, Telor Sotong & Siakap
ii. Ikan Bakar : Ikan Bakar Tempoyak (pais) & Bakar Berempah
iii. Sotong Bakar Madu
iv. Daging Bakar
Nak senang order je set makan berjemaah siap percuma steamboat & grill lagi. Boleh la buat majlis makan besar, hari jadi, ulang tahun atau hujung bulan bawa ahli keluarga datang makan bersama. Boleh la si isteri berehat sekali sekala kan.
i. Asam Pedas : menu pilihan Telor Ikan Mayong, Telor Sotong & Siakap
ii. Pelbagai jenis lauk pauk tradisional Melayu Asli
Menu utama (5 petang - 12.30 tengahmalam)
i. Asam Pedas : menu pilihan Telor Ikan Mayong, Telor Sotong & Siakap
ii. Ikan Bakar : Ikan Bakar Tempoyak (pais) & Bakar Berempah
iii. Sotong Bakar Madu
iv. Daging Bakar
Nak senang order je set makan berjemaah siap percuma steamboat & grill lagi. Boleh la buat majlis makan besar, hari jadi, ulang tahun atau hujung bulan bawa ahli keluarga datang makan bersama. Boleh la si isteri berehat sekali sekala kan.
Waktu operasi
8 pagi - 4.30 petang > Masakan Asli Melayu
5 petang - 12.30 tengahmalam > Menu makanan laut seperti ikan bakar, sotong bakar, Nasi Lemak Buluh Perindu, Steamboat & sebagainya
Okay BBL pun dah kenyang ni, sekarang giliran anda datang ke sini nikmati apa juadah saya makan malam ni. Kalu sedap, viralkan ke whatsapp group supaya orang lain tahu Restoren Sisik Ikan Bakar memang padu!
Restoren Sisik Ikan Bakar
(betul-betul depan Plaza GM Klang)
No 32 Jalan Kasuarina 1/KS7
Bandar Botanic, 41200 Klang Selangor
Nak tempah boleh whatsapp terus
Facebook : www.facebook.com/restoransisik
Instagram : www.instagram.com/restoransisik
19 Budak Suka Minum Bandung Laici
NI mmg saja buat org lapar ni. Dah la tak lunch lagi. Huhu. Best nya kalau gi makan ramai-ramai ni. Nasi Lemak Buloh Perindu tu teringin nak tengok sgt.
ReplyDeleteSerious la menu ni nampak sesedap gambarnya. Memang nampak sangat sedap dengan ikan bakar dan sotong tu memang nampak mengiurkan. Dah la dengan Klang je ye? InsyaAllah nanti 1 day nak datang.
ReplyDeleteBudu pun disediakan. Wallah, penambah selera tu 😋
ReplyDeleteMenu-menunya sedap belaka. Ngencess!
Lepas penat shopping di GM, bolehlah jamu selera di sini pula. 😊
arggghhh lapar terus. dah la memang tengah cari kedai makan best best area klang ni. susah gak la nak cari kedai makan yang kena dgn citarasa. gambar makanan sume lawo eh rasa nak ikan bakar sekarang ni juga.mbetul2 mengundang ni.
ReplyDeleteNasib baik baru ke lepas lunch. Kalau tak memang terliur la tgok semua gambar dalam ni. Haha teringin nak pegi Restoran ni. Sbb semuanya nampak sedap. In Shaa Allah jika ada rezeki.
ReplyDeleteI love sisik.
ReplyDeleteGlamer sisik 3-4 ari ni.
Pelbagai menu disediakan. Bahan2 nyer pon nampak segar. Ada stimbot.
Lauk pauk nyer tu. Tgk dlm senarai pakej tu, wow, ohsem. Harga nyer terbeliak jugak mata :) ha ha ha...
Sure sedap yg amat ni ekk. Dari gambar tgk hidangan nyer terasa nak ambik jer dgn jari ni ha ha ha...
Ehhh mesti pegi test makan kt sini ni...BC mmg suka lauk pauknya tu...belum makan lagi dh terluar tengok gambar2 tu...
ReplyDeleteDia punya makanan laut tu banyaknya dan semua nampak segar belaka bestnya lama tak makan seafood bakar-bakar ni tambah yang bakat tu segar dan juga mesti rasa manis original dari makanan tu...
ReplyDeleteSotong bakar madu tu sis tak pernah rasa. Nampak meriah betul restoren Sisik ni. Semua nampak menarik, sedap segar. Mata sis pun segar bila tengok harga set dia. Terus tak jadi shopping kat GM Klang. Hehe. Datang ramai2 order set tu berbaloi lahkan. Seafood mahal kot!
ReplyDeleteAdoi dik.. Terliur akak tengok seafood dia tu dik oiii.. Geram tengok sotong bakaq tu😂😂😂
ReplyDeleteSegar segar ikan dia ek. Nice lah bila kita dapat pick sendiri lauk fresh untuk di bakar di situ jugak. Macam konsep ikan bakar tepi laut kuala perlis ni
ReplyDeleteSegar2 seafood dia. Bila masak apa pun nampak sgt sedap.nanti shopping dekat GM boleh lah singgah sini.
ReplyDeleteBaru tengok gambar dah terliur, belum rasa lagi tu.
ReplyDeletelagi2 bila nampak udang bakar tu, kupang masak berlada tu.. dahla fresh2 belaka, huhuhu
kalau ada rezeki nanti, boleh la pergi restoran ni.
Oh. Baru tahu kedai ni ada di klang. Syaza rajin ke klang almost every weekend sebab rumah mertua di sana hehehe. Bolehlah ajak nanti sefamily ke sini inshaAllah.
ReplyDeleteSeriously suka gila dengan nama Sisik tu. Sesuai sangat nama dengan konsep dan jenis makanan yang dihidangkan.
ReplyDeleteWah spotted many dishes yang i suka, especially the seafood tomyam and ikan 3 rasa. Semua sedap sedap.
ReplyDeletelapa pulak tengok. Macam macam eh ada situ. Bukan takat ikan bakar je . Memang kenyang makan makanan sini. Gonna try here
ReplyDeletewah.. nampak semua makanan ni sudah lapar. apatah lagi i tengok masa dinner huhuhuhuhu
ReplyDeleteOMG! Banyak makanan laut yang segar ni! Inilah steamboat yang patutnya kan. Nnt mouse mommy boleh ajak famili pergi sekali!
ReplyDelete