Buffet Nook Aloft KL Sentral Citarasa 3 Negara - Mexico, Itali & Malaysia
7:00 AM
Assalamualaikum korang,
Ogos ini Junior Sous Chef restoren Nook Hotel Aloft KL Sentral membawa selera baru istimewa kepada pelanggan yang mahu menikmati sajian lain lain kebiasaan. Tiga chef Junior Sous iaitu Chef Izmin, Chef Wan & Chef Ahmad masing-masing dengan pengalaman 10 tahun dalam masakan memperkenalkan menu dari 3 negara - Mexico, Itali & Malaysia ke meja hidangan anda.
Pertama, sajian berinpirasi Itali - Polpette Al Formagio e Pomodoro & Salmone Putanesca sentuhan Chef Izmin yang arif dalam masakan Itali. Malah beliau berpeluang menuntut ilmu dari Chef Samuele Alvisi di Prego, The Westin Kuala Lumpur yang sangat terkenal specialty sajian Itali.
Kedua, menu Mexico sentuhan Chef Wan akan menyajikan hidangan Lamb Fajitas & Mexican Chicken Lasagna buat mereka yang craving menu America Latin ni. Bukan calang-calang bakat Chef Wan ada tau.. sembilan tahun menjadi sorang chef hotel
Ketiga semestinya makanan selera Malaysia oleh Chef Ahmad seperti Smoked Beef Brisket with Yellow Sauce & Fried Prawan 'Sambal' style pasti membuatkan anda lupa menu diet.
Tak cukup tu ada lagi menu air tangan Chef Ahmad untuk anda nikmati sepanjang berada di restoren Nook ni. Memang sedap terutama pembuka selera. BBL pun terliur bila tengok semua gambar.
Fried Prawan 'Sambal' style
Smoked Beef Brisket with Yellow Sauce
Tak cukup tu ada lagi menu air tangan Chef Ahmad untuk anda nikmati sepanjang berada di restoren Nook ni. Memang sedap terutama pembuka selera. BBL pun terliur bila tengok semua gambar.
Tidak cukup itu, pelbagai lagi menu sampingan lain yang popular termasuk menu Indian, Chinese, signature Nook - Laksa Sarawak (pes yang dibawa dari Sarawak) serta aneka pilihan pencuci mulut boleh anda nikmati.
Harga Makan Malam Buffet @ Nook
Dewasa RM 118 nett
Kanak-kanak RM 59 nett
Special hari Jumaat & Sabtu ada Nook Sea Meat Buffet pada harga dewasa RM 128 nett & kanak-kanak RM 64 nett. Boleh enjoy fresh seafood macam lobster, ketam, salmon, udang, tiram, kepah, pepahat & beberapa lagi. Sama ada mentah atau dah masak, terpulang kepada citarasa anda. Bon appetit..
Tempahan boleh hubungi 03 2723 1188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com
19 Budak Suka Minum Bandung Laici
bestnya boleh rasa menu baru dari 3 negara dengan selera tiga chef yang ada 10 tahun pengalaman
ReplyDeleteAlamak. Banyaknye choice. Kalau menu buffet macam ni, memang berbaloi-baloi sangatla. Tapi perut marina tong kecik je. Rugi. Haha.tapi teringin makan makanan yg tak pernah dicuba. Kalau sampai sana. Soon boleh join kot buffet ni.
ReplyDeleteTengok makanan pun, Naim dah terliur. Bagaimana dapat merasai semua makanan di atas. Apapun terima kasih berkongsi tempat yang menarik ini
ReplyDeleteRasa dah lama sungguh tak makan dekat hotel/restoran best ni. This month anniversary.. boleh kot start survey ni sekali.. heheh
ReplyDeleteBestnya gabungan tiga negara , Malaysia, mexico dan itali. Sudah pasti hasilnya wallah! Lgpon italy dan mexico mmg terkenal dgn menu mereka. Terbaiklah idea ni
ReplyDeleteape ni semua makanan sesedap.. terliur tengok dia punya laksa sarawak, banyak gila pilihan makanan ni rasa cam nak singgah makan sesedap ni.. lapar la BBL !!!
ReplyDeletenampak sedap2 betul makanan yg ditawarkan. jarang2 sekali ada promosi makanan dari mexico. okay nanti nak cuba lah sementara promosi masih berlangsung
ReplyDeleteTerbaiklah review dari tuan. Nasib baiklah saya bukan food hunter untuk makanan yang high class camni :) Tapi lebih kepada makanan kat susur pejalan kaki dan street food je. Sesekali kena cuba juga kot masakan hotel ni...
ReplyDeleteMenu makanan citraasa Itali ni memang kak liez suka sangat. Tengol lassgna dan pizza tu pun dah terliur. Harga buffet pun boleh tahan tapi bila tengol bariasi menu memang berbaloi
ReplyDeleteMasyaAllah makanan dia... sedap-sedap semuanya. Lapar terus tengok gambar tu. Kalau boleh nak makan semuanya hahaha. Kalau makanan sedap, bab harga boleh pejam mata kan hehe
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Rawlins tak pernah lagi menjamu selera kat sini - agak-agak Marou nak ajak Rawlins bila ek?
ReplyDeleteBila tengok juadah sedia ada, rasanya harga tu memang berpatutan ye tak
part asam pedas tu tak tahan... aduhhhhh sedap sgt dh ni! suka menu menu yang mcam gini.. bila nk belanja sis ni hahahaha
ReplyDeleteKalau macam ni punya menu makan malam aduuhh.. lambat lagi lah nampak nya jarum penimbang I ni nak bergerak ke kiri hahaha.
ReplyDeleteI is kenot tahan lorr!
omg BBL dh lama dh i cari tmpt makan baru, tq so much for the introduction. Mexico, Itali & Malaysian mmg kombinasi yg power skali, cant wait to try them out!
ReplyDeleteGabungan 3 negara yang terbaik sangat. Memang ohsem lah kejadian menu menu dia kan. Kat malaysia pon , makanan mexico dan italy ramai yang minat termasuk yang tengah menulis ni pon hehe
ReplyDeleteAdoi
ReplyDeleteBaca entri tengah lama. Memang
Meminta sungguh. Suka pilihan makanan kat sini semunya sedap dan menarik 🥰
Masakan Malaysia Mexico dan Itali dimana orang kita dan mereka suka makanan ada cili kan hehehehe untung lah dapat makan dari sana tak perlu nak terbang sana pergi kat Aloft Hotel jer hehehe
ReplyDeleteWow...tapi rasanya makanan paling sedap tu masih makanan Malaysia. Dah tekak Asia hehe
ReplyDeleteGabungan 3 chef ni menghasilkan menu yang sedap lah. Pelbagai pilihan ada kat sini lagi western tu memang terliur dah ni. Rasa tak sabar plak nak cuba kat aloft kl sentral ni.
ReplyDelete