PICOMS Fest 2020 Meriah Amat!

3:49 AM


Assalamualaikum & hai korang...

Datang ke PICOMS FEST 2020 di Kampus Batu Muda rasa rindu zaman study. Mana tak nya, bila melangkah masuk institusi pendidikan terasa aura pergi kelas tu. Tambah lagi bila ada aktiviti kampus melibatkan hampir kesemua individu dari mahasiswa, lecture & kaki tangan pentadbir. 

Well festival kampus ni antara kesinambungan persidangan semalam - International Conference on Science, Technology, Education and Management (InSTEM) 2020 di dewan utama PICOMS kampus Batu Muda.


Dengan tema "Management & Education Sharing" banyak aktiviti telah berjalan sejak awal pagi hingga petang. Malah rata-rata slot program full house dengan kedatangan student. Saya sendiri pun sempat duduk sambil dengar perkongsian oleh panel jemputan dengan topik best seperti keusahawan. Offf couse talk disampai oleh mereka yang telah berjaya dalam bidang perniagaan produk mahu pun kewangan. 

Ha tak sangka Dato Sri Mahadi Badrul Zaman (CEO Financial Genius Group) pun ada tau. Turut datang berkongsi ilmu ialah Dr Arif Aizudin (pengasas Klinik Arifdental) bersama Pn Farahanim Razak (personaliti TV). Boleh tahan aktif student PICOMS duk tanya soalan bila sesi Q&A dibuka. Macam tu lah mahasiwsa universiti.. banyak bertanya kan


Pihak Fakulti Sains Bersekutu juga membuka booth pameran berkaitan pendidikan klinikal seperti peralatan makmal, sample ujikaji selain memberi penerangan kepada pengunjung tentang apa jurusan ditawar oleh pihak PICOMS terutama adik-adik yang bercita-cita mahu sambung study di PICOMS. Ha best kan


Pelajar Fakulti Pengurusan Hotel pun ada buka booth dengan juadah hasil air tangan pelajar sendiri. Sedap jugak hasil masakan dorang ni. Sampai BBL request nak 2 sample sebab satu mana cukup! hehehe

Rainbow Ghee Rice accompanied with Chicken Roulade and Vege Pickles served with Percik Sauces

Sesuai dengan tujuan program PICOMS Fest mahu memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar, turut menjadi perhatian booth gerai jualan milik persatuan, kelab, course akademik & food truck. Ada macam-macam produk terjual dari makanan, minuman, pakaian, aksesori, produk kesihatan & banyak lah. BBL pun sempat shopping. Alah support student nak berniaga kan. 

gerai jualan Oden oleh pelajar Fakulti Pengurusan Hotel


Deligasi dari Indonesia pun ada buka booth jualan dengan produk kraf tangan dari negara seberang yang cukup cantik. Tak payah fly ke sana, beli kat PICOMS Fest je. Semua ni dibawa terus oleh pelajar sempena program Program Global Mobility (Inbound) 2020. 

booth jualan kraftangan dari Indonesia

Btw saya sendiri baru tahu sebenarnya PICOMS ada produk kosmetik keluaran fakulti PICOMS. Ha first time tau. Hasil penyelidikan oleh barisan staff PICOMS berjaya menghasilkan produk skincare rambutan PERTAMA DI DUNIA. Yesza..formulasi dari ekstrak rambutan, bunga betik, bunga jambu, bunga strawbery & campuran vitamin-E akhirnya berjaya menghasilkan serum & pencuci muka. Siapa sangka kulit buah rambutan boleh jadi produk cuci muka rupanya. Hebat ya PICOMS ni.


Kelebihan Meriel berasaskan kulit rambutan ni boleh
🌟 Melembapkan kulit
🌟 Menghilangkan parut jerawat
🌟 Menghilangkan kotoran & minyak berlebihan pada kulit muka
🌟 kulit lebih halus & bersih
🌟 Mencerahkan kulit dalam masa 14 HARI
🌟 Merawat masalah kulit dari akar
🌟 Sumber semulajadi seperti rambutan, bunga strawberi, bunga betik & bunga jambu

Siri produk kosmetik Glow Exclusive by Meriel juga adalah buah tangan PICOMS sendiri. Variasi alat kecantikan khas buat wanita ini merangkumi matte lipstik, liquid lipstik, mineral foundation powder, eyeshadow, mineral foundation, blusher, mascara dan juga hand & body lotion. Semua ni boleh anda dapati dari stokis official atau secara online di sini - Facebook.com/merielbeautyhealth.hq


Ada jugak persembahan artis Daqmie, Badhisham (bekas pemain dram kumpulan Headwind) & Kolsultan Terapi Muzik iaitu Dr. Mir Hazil. Hapening habis.. seronok betul belajar di PICOMS ya!

Harap tahun depan boleh lagi datang ke PICOMS Fest 2021 pulak. Bye korang

You Might Also Like

14 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Bagus ada aktivit macam ni. Semua student boleh praktik apa yang di pelajari.

    ReplyDelete
  2. Nyesal tak pergi tahun ni.. Sibuk keje.. Kawan bg tau memang best.. Insyaallah tahun depan nak pastikan dapat pegi..

    ReplyDelete
  3. Ramai gak kawan pegi event PICOM ni.. dorang cakap mmg best2 produk2 kat sana.. nyesal tak ikut :(

    ReplyDelete
  4. Bagis PICOMS buat event mcm ni. Bukan sahja utk pelajar tapi utk org luar tahu tentang PICOMS.. dan mmg bagus la ada venture dgn kolej luar negara

    ReplyDelete
  5. Suka dengan skincare yg duhasilkan..dar rambutan?? Mmg unik sangat

    ReplyDelete
  6. Aaa, too bad! I missed this year's PICOM. Need to mark down the date so I can join next year. It looks like an interesting event!

    ReplyDelete
  7. Kolej PICOM ni kita dan dengar lama dan bertahan sampai sekarang. Kita pun pernah tengok kursus-kursus yang ada kat sini makin maju dan melahirkan ramai anak muda yang bijak dan mampu mendapat pekerjaan di luar sana..

    ReplyDelete
  8. Pelajar Fakulti Pengurusan Hotel tu nampak seronok betul dapat mencuba pengalaman buka booth kan. hehehe... hmm hebatnya PICOMS ada produk kosmetik. Guna kulit buah rambutan pula tu... tak sangka rambutan pun boleh. - Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
  9. alah, tahun ni tak sempat nak pegi. nampak amcam best je. in shaa Allah tahun depan nak datanglah :)

    ReplyDelete
  10. Wah baru tau PICOMS pun ada produk kosmetik. Menarik-menarik. Bestnya pergi macam ni. banyak pulak tu orang berniaga.

    ReplyDelete
  11. Bagus program ni sebab memupuk semangat keusahawanan dari muda lagi. Seronok lak tengok student2 ni buka booth

    ReplyDelete
  12. Alaaa..tak tahu pun ada event ni, kalau tahu dh pergi dah..seronok oo macam2 ado n mcm2 boleh beli😅

    ReplyDelete
  13. wah bestnya. ni sebelum or selepas covid ni? huhu memang risau lah kan.

    ReplyDelete
  14. Menariknya program yg diaturkan di PICOMS nie.. banyak yg boleh dipraktikkan dan boleh tahu respons umum dan memupuk semangat keusahawanan nie.,

    ReplyDelete