Yeay Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh kini offcially dibuka kepada public bermula 26 Jun 2017 lalu. Kini orang utara dah ada tempat baru & best nak bawa anak-anak berjalan hujung minggu.
Harga Tiket Masuk Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh
Pas Harian
Dewasa (13 tahun ke atas) RM 144.00 RM 190
Kanak-Kanak (3 - 12 tahun) / Warga Emas RM 114.00 RM 150
Tiket boleh beli beli melalui LINK INI DIGALAKKAN untuk beli tiket pas masuk online dan print e-pass untuk mempercepatkan proses nak masuk ke theme park ni. Kalu tak beratur panjang ler. Pas ni valid just single entery dan sah hingga 30 September 2017
*Untuk Annual pass nanti BBL akan update ye
So a few tips untuk anda:
1) Bawa topi atau payung jika ada anak kecik sebab cuaca memang sangat panas (baca: jangan korang bayang sejuk mcm indoor theme park Genting okeh), bawa la towel kecik untuk tutup kepala anak pun ok jugak.. yg ada kipas letrik Lopa pun disarankan bawak okeh, habis make up hangpa cayaq nanti.
2) Makan minum dilarang bawa masuk sama sekali (baca: kita akan lalu 1 kaunter uuntuk scan apa brg dalam handbag / backpack korang nanti), manual scan je la.. but no worries sebab kat dalam tu ada BANYAK cafe, tolong sedia credit card or cash saja la nak bayaq hihi, so tips kami adalah bagi anak sarapan kenyang2 sebelum masuk MAPS ni..
3) Datang awal pagi (baca: theme park buka pada jam 10 pagi), supaya dapat menjelajahi ke semua section dalam theme park ni
4) Parking lot ada banyak (baca: masa kami sampai around 10.30am) ada lagi beberapa section parking yang belum dibuka. Parking masa kami masuk aritu FREE le, tapi nampak ada autopay entrance (baca: macam kena ambik tiket), so bab tu tak pasti..
5) TOLONG la masuk BoboiBoy 4D Adventure Theatre!! BEST gilakkk, well for me, husband and the kids la hihi.. kitorang masuk 3 kali kot haha.. cuma for those yang ada BABIES, tak dibenarkan masuk (baca: seat dia nanti gerak2, gegar2, ada kena spray air & ada angin keluar dari seat terkejut2 gituuu) so kena la gilir2 untuk masuk bagi yang bawa baby ya
6) untuk yang ada anak2 below 5 tahu elok la ke Fantasy Forest sbb kat situ banyak mainan kanak-kanak.. ada Fantasy Carousel, ada Coral Kingdom, ada Whirling Wizard dan lain-lain yang memang kurang adventure (baca: adventure la untuk budak2 kecik)..
7) Ada LIVE stunts show untukkereta & motorsikal at 1.30pm & 3.30pm oleh professional stuntman, BEST & wajib tonton.
8) Surau ada kat sana, luas & selesa (untuk wanita ada disediakan tempat wudhuk di dalam surau), kain telekung juga disediakan, tapi tak banyak.. better bawa telekung sendiri untuk lebih khusyuk dan keselesaan korang
9) Harga makanan memang standard la utk mana-man theme park, kami beli tortilla wrap RM15 and air mineral pun RM3.50 sebotol yg 600ml. Hot choc TOK ABA sedappp RM9 (mngkin sbb lapar & dahaga) haha.
10) Section Dream Zone belum buka, so tak dapat nak review yang tu, insyaAllah will come over again sabab kitorang dpt complimentary tix for FREE.
11) Pendapat saya, biarlah bawa anak2 yang umurnya 5 tahun ke atas supaya mereka enjoy & boleh naik banyak ride yg disediakan di sana. Most of the ride akan ukur ikut ketinggian kanak2 (120cm ke atas) baru lepas untuk dinaiki, atau 100cm (must be accompanied).. kalo tidak nnti frust pula semua tak dapat main, yang confirm di Fantasy Forest tu memang untuk kanak2 ribena la..
12) Bagi mereka yang jauh, pendapat saya tunggulah sehingga semua section buka baru terjah ke sana, takut rasa tak berbaloi pulak pi jauh2. Tapiiii nnti tix back to harga normal la selepas 2 Julai 2017. Kecuali ada annual / Perak pass ok je la nak terjah bila2 sebab boleh masuk berkali-kali sampai lebam.
12) Last but not least, REVIEW ni adalah berdasarkan kami yg tak pernah masuk ke USS atau mana2 theme park besar yg lain (pernah masuk yang Berjaya Times Square & Genting Indoor Park je pun).. so takde la dapat nak compare dengan mana-mana theme park lain okeh.
Waktu Operasi Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh
ISNIN hingga JUMAAT
10:00 pagi - 6:00 petang
SABTU, AHAD , CUTI UMUM & CUTI SEKOLAH
10:00 pagi - 10:00 malam
Cara Pergi Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh
Dengan kereta
- 2 jam memandu dari Kuala Lumpur atau Pulau Pinang, kemudian exit di Tol Jelang PLUS highway
Dengan bas
- Turun di Terminal Bas Amanjaya Ipoh. 2 minit perjalanan kereta naik Grabcar atau Uber
Dengan keretaapi
- Turun di Stesen Kereta api Ipoh dengan menaiki ETS. 15 minit perjalanan kereta naik Grabcar atau Uber
Dengan kapal terbang
- Penerbangan terus dari Singapura ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh melalui Tigerair dan Firefly Airlines.
Penerbangan terus dari Johor ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh melalui Malindo Air. 20 minit perjalanan kereta naik Grabcar atau Uber
Dengan kereta
- 2 jam memandu dari Kuala Lumpur atau Pulau Pinang, kemudian exit di Tol Jelang PLUS highway
Dengan bas
- Turun di Terminal Bas Amanjaya Ipoh. 2 minit perjalanan kereta naik Grabcar atau Uber
Dengan keretaapi
- Turun di Stesen Kereta api Ipoh dengan menaiki ETS. 15 minit perjalanan kereta naik Grabcar atau Uber
Dengan kapal terbang
- Penerbangan terus dari Singapura ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh melalui Tigerair dan Firefly Airlines.
Penerbangan terus dari Johor ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh melalui Malindo Air. 20 minit perjalanan kereta naik Grabcar atau Uber
Nak lagi detail promo terkini boleh rujuk sendiri laman sosial MAPS Ipoh
Website : www.mapsperak.com
Facebook : Facebook.com/mapsperak
Instagram : Instagram.com/maps_perak
Twitter : Twitter.com/maps_perak
YouTube : Youtube.com/channe/MAPS