Pengalaman Pertama Kali Sertai Kem Ramadan Yoe's 2017

10:53 PM


Alhamdulilah Ramadan tahun ni banyak perkara BBL pelajari. Terbaru Yoe's Malaysia mempelawa saya terlibat dalam Kem Ramadan Yoe's iaitu program corporate social responsibility (CSR) bersama anak-anak Teratak Nur Barakah, Seksyen 24 Shah Alam. Excited betul bila kumpul ramai-ramai dengan blogger lain dan rakan media kat perkarangan kilang air Yoe's. Nasib baik puasa time tu.

Bergambar sebelum bergerak!


Tujuan CRS Kem Ramadan Yoe's 2017 kali ini bertujuan nak menceriakan penghuni rumah Teratak Nur Barakah selain menjalin hubungan sitaturahim antara pihak Yoe's dengan para media. Tugas kitaorang hari tu mudah je. Tolong bersihkan kawasan rumah dan join aktivti bersama adik-adik comel. Selepas sesi taklimat tentang tugas masing-masing, kami terus bergerak ke Teratak Nur Barakah. Trip naik bas 10 minit je pun - tak sempat nak tidur.


Yeay dah sampai ke destinasi! Inilah kediaman adik-adik Teratak Nur Barakah seramai 48 orang. Actually ada 2 buah rumah - boys and girls yang merupakan anak yatim dan dari kalangan asnah. Kebanyakan mereka berumur dari 7 hingga 17 tahun - sekolah agama. Waktu kitaorang sampai di lokasi, mulanya dorang segan malu tapi lama kelamaan baru serasi dengan kami. 

BBL termasuk dalam group no 2 tau. Tugas geng kami bersihkan halaman rumah girls yang terletak 5 rumah dari rumah boys Teratak Nur Barakah. Seramai 12 orang team termasuk staff Yoe's berganding bahu bersatu hati mengemas. Bila buat kerja beramai-ramai memang tak terasa penat walaupun tekak meronta mintak air soya cincau Yoe's. Hahaha


Akhirnya selepas 1 jam setengah jam maka siap bersih halaman rumah girls. Tersenyum budak-budak Teratak Nur Barakah tengok depan rumah bersih dah teratur. Next stop adalah rumah boys. Kat sini group no 1 tolong kemaskan rumah dorang seperti kemas dapur, hias ruang tamu, lipat baju, sapu sampah dan bersihkan halaman rumah.

Geng dapur


Tak kala abang kakak media dan staff Yoe's mengemas rumah, turut diadakan pertandingan mewarna bagi anak-anak penghuni. Bukan kemain seronok tekun mewarna lukisan sampai pening hakim nak pilih pemenang. 

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, kami melakukan aktivti berkumpulan iaitu menyanyi bersama-sama lagu "kalu rasa gembira tepuk tangan". Seronok betul nyanyi berjemaah dengan budak-budak kecil ni. Namun sesi bercerita dari pihak Yoe's sangat menarik. Teruja adik-adik kita dengar cerita "Kisah Si Burung Pipit" dipersembahkan oleh staff Yoe's. Banyak tauladan dan pengajaran dari sesi bercerita tersebut. 


Program CSR Kem Ramadan 2017  berakhir dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai. Sebelum itu pihak Yoe's menyampaikan bantuan cek bernilai RM1.6k kepada Ustazah bagi meringankan perbelanjaan anak-anak serta pemberian duit raya kepada semua penghuni Teratak Nur Barakah. 


Bagi BBL ini satu peluang untuk kita share kegembiraan menyambut bulan ramadan dengan mereka yang kurang bernasib baik selain memupuk semangat kasih sayang dengan golongan memerlukan. 

Jangan lupa follow sosial media Yoe's
Website : www.yeos.com.my

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL