Harga Coklat Di Langkawi 2019

6:19 AM

Assalamualaikum,

Wah seronoknya baru balik dari Langkawi. Penuh luggage dengan stok coklat Cadburry, Daim, Popero, Kinder Bueno, Kisses, M&M, Ritter Sport, Toblebrone dan Ferrero Rocher.  Waktu beli bukan main ambil je masuk dalam bakul, bila sampai kaunter bayar tak ingat duit lepas tu ber huhu balik hotel. Masa pergi rasanya luggage ringan je tapi bila balik mak ai berat. Bawa balik pasir Pantai Chenang ke..hahaha


Untuk anda yang tengah planning nak pergi holiday ke pulau mahsuri tu, elok la standby duit untuk borong coklat banyak-banyak. Jangan risau kalu datang naik feri sebab tak kisah banyak lama luggage atau beg cuma yang naik flight tu jaga-jaga jangan lebih 7kg melainkan nak bayar extra weight. 


Ni senarai harga coklat yang dijual sekitar Pulau Langkawi. Tips saya, better beli kat kawasan pekan Kuah sebab harga lagi murah compare kat kedai Pantai Chenang, airport dan jeti feri. Lagi satu harga coklat agak mahal pada musim peak seperti cuti sekolah atau cuti umum berbanding hari biasa atau weekend. Yang paling penting elok survey-survey dulu harga antara kedai. Beza harga sampai RM5 - RM6 tau. 

 - coklat daim 280gram > RM17.90 & 200gram > RM10.90 -

 - Pepero 1 kotak RM23.90 -

 - Milo Nuggets RM11.90 -

 - Kinder Bueno Maxi RM12.90 -

 - Kinder Bueno Schoko-bons crispy RM6.60 -

 - Coklat M&M 145gram RM8.90 -

- Toblerone 200gram RM12.50 -

- Kinder bueno RM9.50 -

Off course ramai orang suka beli kat Haji Ismail Group kerana lebih murah selain pilihan coklat lebih banyak sampai rambang anak mata. Mana-mana kedai Haji Ismail Group sama je harga tak kisah kat kompleks Haji Ismail atau kedai shoplot Haji Ismail dekat Pekan Kuah tu. 

ni harga kat Haji Ismail Group 

Kiranya boleh dah standby berapa bajet nak beli coklat kan. Incase tak muat luggage tu, beli je luggage baru kat Langkawi. Murah je harga depends saiz dan kualiti luggage tu. Alah janji boleh sumbat coklat kan. 

Semoga bermanfaat dan selamat bercuti ke Pulau Langkawi guys..

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Hi, Coklat kat pekan kuah tu... kat kedai mana ye? Tengah kat Langkawi ni 😂

    ReplyDelete
  2. Hai nk tnye,lau luggage 30kg letak cokelat bole tak, tak cair ke atau rosak...ke klia2

    ReplyDelete