Itineraray 2 Hari 1 Malam & Tempat Menarik Di Pulau Langkawi

5:59 AM

Assalamulaikum & hai korang..

Dah baca entri BBL pasal first time naik flight tu? Boleh rujuk link sini. Saya datang Langkawi pun sebab nak habiskan cuti weekend je. So stay kat sana 2 hari 1 malam je kat Pantai Chenang. Tak perlu ambil cuti sampai 3 4 hari kalu nak datang holiday. Nak berehat cukup je datang hujung minggu. 


Tempat Menarik Di Pulau Langkawi
🌟 3D Art Gallery
🌟 Ayer Hangat Village
🌟 Beras Terbakar
🌟 Cable Car Langkawi
🌟 Dataran Lang
🌟 Galeria Perdana
🌟 Gunung Raya
🌟 Kilim Geoforest Park
🌟 Langkawi Nature Park
🌟 Langkawi Wildlife Park
🌟 Muzium Laman Padi
🌟 Pantai Cenang
🌟 Pantai Pasir Hitam
🌟 Pulau Beras Basah
🌟 Pulau Payar
🌟 Rumah Mahsuri Langkawi
🌟 Seven Wells Waterfall
🌟 Skatepark Taman Lagenda
🌟 Skybridge Langkawi
🌟 Taman Buaya Langkawi
🌟 Tanjung Rhu
🌟 Tasik Dayang Bunting & Island Hopping
🌟 Time Travel Imaginarium
🌟 Underwater World Langkawi
🌟 Upsidown Langkawi


Hari 1
6.00 am : Dari TBS naik bas Jetbus ke KLIA2 - RM11
8.40 am : Naik kapal terbang AirAsia ke Pulau Langkawi - RM49 
9.44 am : Sampai airport Langkawi. Tunggu kawan pickup
11 am : Cable Car Langkawi - Beli tiket melalui Tripcarte.asia RM53 (termasuk cable car, SkyRex, SkyDome & 3R Art Gallery)
2 pm : Lunch di Oriental Village
3.30 pm : Check in Delta Motel Pantai Cenang - RM95 satu malam termasuk breakfast 2 orang
5 pm : Mandi laut & tengok sunset Pantai Cenang
8 pm : Makan malam di Telaga Seafood
10 pm : Balik hotel


Hari 2
7 am : Breakfast di hotel
8 am : Mandi laut & bergambar sekitar Pantai Cenang
9 am : Check out, menuju Pekan Kuah
10 am : Dataran Helang & shopping coklat
11 am : Beras Terbakar Kg Padang Mat Sirat - beli souvenir & kain sarong
1.30 pm : Lunch Laksa Ikan Sekoq Jalan Lapangan Terbang
3.30 pm : Flight balik ke KLIA2 - RM45 
4.45 pm : KLIA2 ke TBS - bas Jetbus RM11


Total Perbelanjaan
♦️ tiket bas RM11 x 2 hala = RM22
♦️ tiket flight RM49 + RM45 = RM100 campur caj airport apa tah
♦️ hotel = FREE sebab member claim under company dia
♦️ coklat = RM50
♦️ fridge magnet = RM10
♦️ makan minum = RM50 
TOTAL RM 232

Tips
✔️ Naik flight AirAsia je dapat free luggage 7kg - bawa luggage kosong isi 2 helai baju, seluar pendek & barang keperluan diri
✔️ Tiket beli 2 minggu sebelum flight - bukan waktu musim cuti sekolah atau cuti umum
✔️  Kereta sewa boleh dapat kat airport Langkawi, Perodua Viva dah memadai incase datang berdua
✔️ Souvenir sangat murah di Beras Terbakar Kg Padang Mat Sirat. Kain sarong survey-survey dulu sebab boleh dapat murah
✔️ Minyak gamat beli 12 botol RM10. Kalu jumlah botol kurang dari tu, mahai no...
✔️ Beli coklat di kedai Haji Ismail Group kerana lebih murah berbanding kedai lain

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Bagaimanakah saya boleh menempah hotel dalam talian menggunakan kos murah wonderfly promo code?

    ReplyDelete