Petua Orang Lama Elak Kucing Berak/Kencing Merata

4:18 AM


Assalamualaikum,

Aduh stressnya pagi ni bila tengok kucing berak depan rumah. Habis selipar kena air kencing. Nasib baik tahi dah kering. BBL syak ni mesti kucing size kecik. Btw ni kali ke 2 kejadian ni. Tak pasal-pasal kena simbah air bagi hilang bau depan rumah. 

So kalu korang pernah atau sedang alami situasi sama ni ada petua dan cara nak elak kejadian kucing berak kawasan rumah anda. 

1. Letak botol air merah
Isi air paip dalam botol air, masukkan 2 3 titik sirap merah dan goncang. Susun la banyak mana korang nak letak.


Orang lama cakap kucing sangat takut dengan botol warna merah. So dorang akan avoid berak/kencing kat tempat warna merah ni. Tak sure betul atau tak. 

2. Cat Repellent
Cara seterusnya korang boleh beli Cat Repellent kat Daiso harga RM6.80 sepeket. Lepas tu letak kat tempat kucing selalu berak/kencing. Insyallah makhluk berbulus ni takut nak berak kat port tu. 

patahkan lepas tu letak kat port kucing berak

3. Bancuh cuka makanan dengan softener
Ha tips ni BBL jumpa dalam twitter. Mudah je nak buat


1. 7-10 titis cuka makan dalam botol spray (maybe bau masam & busuk so kucing tak berkenan nak berak/kencing kat tempat sembur tu)
2. 1/4 penutup pelembut kain (tak kisah brand apa pun untuk bagi wangi sikit sebab kalu spray cuka makan saje risau jadi busuk)
3. Campur air paip (agak-agak sampai penuh botol spray)
4. Spary sesedap hati kat tempat port kucing berak/kencing tu


Boleh spray setiap 2 hari sekali atau kalu rajin spray je hari-hari.

4. Notis Amaran
Kalu tips kat atas tak jalan jugak dan kucing still berak/kencing tempat sama maybe korang boleh cuba tampal notis ni supaya kucing tu takut nak melepaskan hajat.


hahaha btw BBL gurau je. Jangan marah ye..

Selamat beramal kawan-kawan.. 

You Might Also Like

22 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Hahah notis amaran tu tak boleh blah la BBL. Harap si meow tu paham la. Setakat ni kinah cuma nampak orang guna cara botol merah tu je. Tak tau pulak menjadi ke tidak guna cara tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jadi juga dgn.air merah

      Delete
    2. Hanya dgn Izin Allah juga tu samada sikucing makhluk Allah BerKeHendak utk kencing / berak. Sama juga dgn manusia. Allah Maha BerKeHendak. Sikucing takde akal hdk qada' hajat, jika Allah Izinkan Jadi juga setelah pelbagai usaha , maka nya itu Ujian2 dpd Allah kpd kedua-dua makhluk NYA. Satu berakal , satu lagi tidak. Maka , bersihkan saja lah dgn niat krn Allah suka kebersihan.. Kemudian sebut Terima kasih kpd Allah kerana Memudahkan Ujian2 itu dgn kerana ada air pembersih. Allah BerKeHendak utk memberi Ujian2 beserta pahala nya sekali. In syaa Allah.

      Delete
  2. great tips, wanna tell my sis now. She too experience as the cat always poo here and there. Me too experience as neighbour cats come here as well hehe.. can try this tips if have the time :D

    ReplyDelete
  3. Tergelak besar akak baca notis tu..kalau kucing tu leh baca takpe la jugak kan..banyak tips yg BBL share..tp menjadi x tu? dia dtg berak lagi tak?

    ReplyDelete
  4. Masam kita kat rumah lama Marou kita buat semua petua tu memang tak jalan last yang paling win letak notis tu memang tak boleh bla lah wakakaka harap kucing tu faham lah kan hehehehhee...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas tips ni. Qiss pun ada masalah yang sama. Boleh try tips yang BBL ajar ni. Tapi tak sure yang last tu. Rasanya nak buat kelas ABC kat meow meow ni. Hahahha..

    ReplyDelete
  6. Yang letak botol air merah tu ramai sangat buat dekat kawasan rumah airah ni sebab kucing semua berak merata.bau tu tak sanggup laaa

    ReplyDelete
  7. Notis tu comel je. Kalau kucing tahu dia tak nak der berak / kencing situ. Now I know kenapa orang sebelah letak botol air merah kat tepi grill dia. Nak elak kucing kecing / berak rupanya....

    ReplyDelete
  8. Whoa! bagus petua ni.Next time boleh la try if ada kucing datang rumah. I memang tak suka bela binatang apatah kucing. Sebab I tak tahan bau they all. Allergy sangat.

    ReplyDelete
  9. Haaa...napa xbeli patung harimau gerenti meow akan lari lintang pukang...haaa!anway yg botol ltk air sirap tu pernah gak buat

    ReplyDelete
  10. Oh betol eh yang ltk botol air merah tu. Btw yang last tu memang win. Hahaha

    ReplyDelete
  11. I am not a cat person. Tapi boleh la saya share tips ni kat kawan yang ada kucing.

    ReplyDelete
  12. Haha. Kalau kucing boleh baca mmg berkesan sangat notis tu. Tips botol merah tu mmg buat. Yg repellent dgn bancuhan tak pernah try. Mcm bagus je.

    ReplyDelete
  13. Haha.. Kalau la amaran tu dorang boleh paham, silap silap lagi dia balas dendam je tu. 😅😅
    Selalu tengok org letak botol air merah la. Tapi tak pernah buat lagi cmtu.

    ReplyDelete
  14. Hari tu letak benda Daiso tu kat luar rumah, sekali lalu ngan kereta, penyek habis. Esok tu kucing mai buat port balik plak. Haha. Nnt nak try la letak notis amaran tu. mana tau menjadi. Hahaha

    ReplyDelete
  15. The last one really crack me up! Hahaha! I’ve couple of cats at home but I am glad they choose to go outside for their business. Till date, only kittens litter around but over time they get litter where they supposed to.

    ReplyDelete
  16. Tak pernah lagi gunakan petua2 di atas, alhamdulillah kucing2 dirumah ni tak berak n kencing merata. Sis memang toilet train dari awal diaorg masuk rumah ni..walaupun rescue dh banyak kucing tapi sis tetap gunakan cara yg sama..pekenalkan mereka dahulu dgn toilet yg dikhaskan utk mereka

    ReplyDelete
  17. Letak botol merah tu memang pernah dengar sebelum ni. Tapi letak signboard tu yang paling berkesan sebenarnya hahaha

    ReplyDelete
  18. Actually baru tau pasal petua letak botol air tu wak. Selama ni kat opis dulu2 tabur serbuk belerang je sure tak dtg da kucing berak

    ReplyDelete
  19. Dah letak air sirap kat porch kereta. Kucing datang ne jugak ke dalam lawn rumah, tapi dah takde bau hancing. So I guess ianya menjadi la kot

    ReplyDelete
  20. Kita penah Cuba tips no 1 Yang letak botol air warna merah tu .Setakat ni menjadi lah .

    ReplyDelete