Seronok Habiskan Cuti CNY Kat Sunway Lagoon

7:04 AM

Hola kawan-kawan,

Cuti Tahun Baru Cina korang pergi mana je? Macam BBL, hari kedua cuti CNY pergi bergembira main air kat Sunway Lagoon theme park. Off record ni kali ke dua masuk sini selepas kali pertam waktu Sunway Lagoon Night of Fright Oktober tahun lepas. Walaupun dari rumah ke Sunway City cuma 6 minit je pun, setakat datang Sunway Piramid dah biasa sangat. Disebab cuti CNY agak panjang dan tak plan ke mana-mana pun, so BBL ajak la housemate pergi mandi air. Alang-alang Sunway Lagoon tengah buat promosi Chinese New Year Celebration Best Reunion Ever dari 1 - 19 Febuari ini. 


Harga Tiket Masuk Sunway Lagoon
Istimewa dari 1-19 Febuari ini anda boleh membeli tiket masuk ke Sunway Lagoon pada harga promosi berbaloi seperti kat bawah

Dewasa RM130
Kanak-kanak & warga emas RM106

Pas 2 Hari
Dewasa RM280
Kanak-kanak RM240

Wonder Package
RM180 (1 tiket masuk + express pass line + voucher retail RM10)

Aktiviti Menarik #SLBestReunionEver

Meriahnya CNY kat Sunway Lagoon dengan bermacam aktiviti best boleh korang sertai bersama. Dari pintu masuk utama lagoon sampailah kawasan surf beach tu. Sempat la BBL tengok performance dan cuba aktiviti yang dorang sediakan. 


Kitorang sampai kat Sunway Lagoon lebih kurang jam 9.30 pagi macam tu. Waktu memang dah ramai orang datang que beli tiket masuk. Ha kat sini ada persembahan tarian naga dan welcome dance prosperity for all. Kemudian bila dah masuk jangan lupa bergambar dengan God of Prosperity beramai-ramai kat pentas utama tu. Siap dapat sampul angpow lagi. Seronok bila boleh rasai meriah sambutan Tahun Baru Cina dengan warga Sunway Lagoon. 

Dah alang-alang si housemate - vainzstory first time masuk theme park Sunway Lagoon bersama team budies - Dboy, Along Murni dan Emilinda, kami pakat nak try semua permainan dan game yang ada. Hapening kalu pergi dengan kawan sekepala nie. Riuh setiap permainan kami cuba siap bergelak sakan seronok. First kami main Butch Cassidy Trail dengan Vultures. Mengalahkan budak-budak betul. 


Next stop mesti cuba semestinya Pirate's Revenge, Apache Pots dan juga Grand Canyon River Rapids. Serius best amat sangat dapat menjerit sepuas hati. Rasanya time team kitaorang naik paling bising menjerit. Tengok pengujung lain macam behave menjerit pun malu-malu..hehe

Penat menjerit sampai hilang suara anak tekak, singgah makan isi perut di Marrybrown kejap. Dalam ni jangan risau ada banyak cafe dan kedai makanan boleh korang isi perut selepas penat bermandi manda. Ha main attraction Sunway Lagoon mestilah pantai buatan manusia Surf Beach. Stay back sampai jam 4 petang sebab ada ombak Waves of Fun. Boleh feeling berada kat tepi pantai di tengah-tengah bandar. Well jika datang dengan anak-anak, boleh cuba Sand Art Workshop secara percuma dan saksikan 12 Majestic Drum Show. 


Puas berenang kami semua bergerak pergi Water Park nak cuba African Pythons, Monsson 360 sampai repeat 2 kali sebab best amat sangat. Menjerit sakan sampai serak tekak..haha sebelah tu ada Nickelodeon Lost Lagoon sesuai untuk family bawa anak-anak datang bergembira main air. Untuk CNY ini jangan lepaskan peluang bergambar dengan maskot Spongebob & Patrick. 


Habis tu proceed pergi Wildlife Park tengok persembahan haiwan dan mini zoo. Dapat la bagi arnab, kura, ayam dan itik makan. Seronok dapat usap arnab comel-comel je sambil hulur kangkung. Oh ya please spend masa tengok multi animal show seperti burung kakak tua, tikus, ular, angsa, burung merpati dan ular sawa. Kalu berani boleh bergambar dengan ular sawa berwarna kuning. Serius besar amat sangat. Nice ah ada mini zoo dalam Sunway Lagoon.


Memandangkan masih awal jam 3 petang macam, kami sambung lagi main air area surf beach tu. Yes BBL nak suggest masuk Waterplexx 5D - lebih kurang macam pangung wayang 5D dengan pengalaman seolah-olah berada dalam situasi sebenar meluncur gelonsor air siap pancutan air sebenar. Masuk kering, keluar basah hahaha serius best. Tak lengkap datang Sunway Lagoon tanpa naik Vuvuzela dengan ketinggian 11 tingkat. Menjerit lah sepuas hati korang. Setel tu kami main Congo Challenge berempat, siap beat siapa sampai bawah dulu jadi juara. Best sampai repeat dua kali walaupun gigih mendaki tangga nak sampai atas. Nasib baik menang sekali.


Well sebelum balik sila masuk Ghostbuster Scream Park. Sumpah menyesal masuk sebab terkejut dengan sapaan hantu dalam tu. Bikin terkejut menjerit je dari masuk sampai ke keluar. First korang akan layan video seram di ghost hall sebelum berjalan masuk melalui 6 section termasuk Ghostbuster Adventure. Totally serak anak tekak menjerit tetapi puas hati giler.


Well masih sempat untuk korang enjoy promosi CNY Sunway Lagoon Best Reunion Ever hingga 19 Febuari ini. Apa lagi boleh ajak family atau kawan-kawan datang bersama. Okay BBL dah serak tekak tengah minum air asam jawa. Rasa nak repeat lagi datang sebab tak puas sehari spend kat sini..anyone nak join onboard?

You Might Also Like

20 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. aduhai. byk dah baca review pasal sunway lagoon ni.
    membara nyer nak jejak kaki bwk anak2.
    lom pernah bwk diorang. last time aida singgah sunway lagoon rasa nyer thn 2000 dulu kala tau.
    masih bujang. gi dgn kawan2.

    ReplyDelete
  2. wa that's a nice day at the theme park with friends. look like it was not crowded during your visit. so nice kan. no need to queue at all. I wish to go back there again soon

    ReplyDelete
  3. Seronoknya..akak dah lama teringin nak kesini..takpe akak kumpul duit dulu maybe cuti sekolah hujung tahun ni boleh bawa anak2 kesini..tak sabar pulak rasa nak pergi bila dah baca review ni..

    ReplyDelete
  4. Waaa.. Harga tiket pun boleh tahan. Haha..
    Kalau masuk sana kena berendam puas puas. Dari pagi sampai ke petang la kan. Pastu kena main semua permainan yang ada.

    ReplyDelete
  5. Ala bestnya sunway lagoon ni...dah lama teringin nak kesini..harga pulak berpatutan sebab banyak aktiviti dan permainan yang best2 kan

    ReplyDelete
  6. Hoh! lama betul tak singgah Sunway Lagoon ni. Attraction they all pun dah bertambah menarik ni. Next time boleh la go check this out again.

    ReplyDelete
  7. Bestnya habiskan cuti kat sini.. Teringin nk pi sunway lagoon yg terkini.. Harga tiket tu main sampai pengsan ke atau ada limit waktu dia?

    ReplyDelete
  8. Seronok juga pergi sunway lagoon ini. Saya baru pergi tahun lepas dengan family. Best.

    ReplyDelete
  9. Paling last ke sini masa sibongsu 3 tahun kut, sekarang ni dia dah 16 tahun.. lama tuuu hihi. Harga tiket pun dah melambung tinggi tunggu dia keja lah pulak bawak mama dia kesitu.
    Cara Nak Mulakan Bisnes Homestay

    ReplyDelete
  10. Syok giler berendam & berjimba si Sunway Lagoon. Masa cuti panjang lak tu. Komfem meriah giler kat sana kan

    ReplyDelete
  11. Belom pernah pergi mana-mana taman tema air ye. Btw, CNY haritu kita pulun kerja sebab nak collect PH pay. hahaha. Dah panas2 lit2 tu memang tak kena gaya kenalah sore throat. Ke sebab terjerit2 kene sergah hantu? Haha

    ReplyDelete
  12. Bestla dapat menghabiskan cuti cny di sunway lagoon. Mesti ramai orang kan cuti cny kt sana?

    ReplyDelete
  13. sapa tak suka pergi sunway lagoon mmg rugila kan? antara port paling wajib pergi untuk bawa family atau fun time dgn kawan-kawan. dah lama tak pergi sana..and plan nak bawak anak-anak spend 1day dkt sunway lagoon nnt

    ReplyDelete
  14. Datang sini memng have fun habis. .Takkan puas main sehari. .Ehhehe. .Banyak tempat nak jelajah.. Tempat mandi pun banyak.. Peemaainan pun macam-macam. .

    ReplyDelete
  15. Melenjan ya korang main air kat sini ya heheh. Memang best sunway lagoon ni. Ayi dan famili turun sini mmg akan beria mandi manda heheh

    ReplyDelete
  16. La... best la. Time CNY memang panas giller kan so kalau dapat main air kat Sunway Lagoon memang best. Maybe I will take my family there la.

    ReplyDelete
  17. Heiiiiii! Sempat lagi nak terjah ni awak. Harga pun murah dan berbaloi tu! Mesti ramai manusiakan yang pergi Sunway Lagoon time macam ni. KIta kalau sehari tak cukup nak main di Sunway Lagoon ni,haha

    ReplyDelete
  18. seronoknya ! mek raya cina kedua kat sane jugak. tapi ke KL Tower. Jemput baca.

    http://www.mekyunie.com/2019/02/what-to-do-at-kl-tower-sky-deck.html

    ReplyDelete
  19. Tak penah lagi sampai sana. Haha.. kena jugak cari masa untuk kesana. Haish.

    ReplyDelete
  20. Hot Promo Edenpoker, Bonus NEW MEMBER Rp.10.000,- + Bonus DEPOSIT 5%
    Nikmati promo menarik Edenpoker .co
    -Bonus TurnOver 0,3% - 0,5%
    -Bonus new member Rp.10.000,-
    -Bonus Referral 10%
    -Sistem Bonus paling besar
    -Proses Deposit & Withdraw yang sangat cepat
    -100% Player vs Player
    -Sistem keamanan yang sangat di unggulkan
    -Server yang ringan dan mudah untuk di akses
    -Support Android & IOS
    -Minimal Deposit Rp.15.000,-
    -Minimal Withdraw Rp.15.000,-
    -Live chat 24 jam nonstop

    EDENPOKER juga menyediakan 4 bank lokal yang sangat mudah di temukan di seluruh Indonesia, ke 4 bank tersebut berfungsi untuk memudahkan para membernya dalam melakukan transaksi penarikan dan penyetoran uang, berikut ke 4 bank tersebut

    -BCA
    -BNI
    -BRI
    -MANDIRI

    TUNGGU APA LAGI ? BURUAN BERGABUNG DI EDENPOKER.XYZ , AGEN JUDI POKER TERPERCAYA DAN AGEN RESMI POKER IDN , SIAP MELAYAN ANDA PECINTA POKER !

    EDENPOKER.XYZ !! RAIH KEMENANGANMU SEKARANG JUGA !!

    Nikmati juga JACKPOT hingga Ratusan Juta Rupiah.
    Ajak temanmu sebanyak mungkin untuk bermain di Edenpoker, dan dapatkan 10% BONUS REFERRAL...
    Jadi Tunggu Apa lagi... Ayo Daftar Sekarang Juga, Ajak Teman-teman Kalian Dapat Bonus Juga. Poker Pelayanan Cepat dan Baik. Untuk informasi lebih lanjut, silahkan menghubungi Customer Service kami di :

    WA : +855 7863 3569

    LINK : edenpoker.co
    LINK ALTERNATIF : edenpoker.bet
    LINK ALTERNATIF : edenpoker.xyz

    ReplyDelete