#CadangMakan : Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Murah, Sedap & Berbaloi lah!

8:56 AM


Assalamulaikum gais,

Pernah datang port makan Mainroad di Jalan Ampang tak? Ha ni nak citer. Semalam BBL saja ajak housemate keluar makan menu western sekitar ibu kota. Kemudian terjumpa satu  gems food place betul-betul tepi Jalan Ampang, Tak jauh sangat dari juntion Ampang Point. Apa lagi terus masuk parking la..

Try cuba Naughty Italian 
Boleh tahan besar Mainroad ni. Banyak vendor kiosk makanan. First time dah sampai sini mesti survey dulu apa dorang jual. Tekak BBL terasa nak makan pasta..kebetulan masa otw tu search juga famous lokal shop jual menu western - Naughty Italian. Apa lagi terus order la..


Dari apa BBL tanya staff, Naughty Italian antara kiosk popular kat sini. Walaupun baru 6 bulan beroperasi sejak 1 April 2019 lepas, ramai customer lokal & international datang repeat makan sini. Lagi pun owner sangat passion offer masakan Itali pada harga mesra poket tapi bab kualiti rasa jangan risau. Cheff guna bahan-bahan bermutu & dijamin berkualiti. Ibaratnya korang makan setaraf menu macam restoren atau hotel, harga cukup-cukup berpatutan. 


Perut dah lapar. Ini menu best seller kat Naughty Italian & high commanded sangat anda try bila datang sini. Seleksi pasta ayam, daging, seafood ada boleh anda pilih mengikut citarasa masing-masing. 

- Naughty Carbonara RM 19.50 -

- The Lamb Brasato RM 24.50 -

- Sicilian Aglio Olio RM 16.50 -

- Wild Mushroom Bruschetta RM 14.50 -

- Arrabiata Meatballs RM 19.50 -

- Basil and Almond Pesto -

- Italian Nachos RM 14.50 -

- Mac & Blue Cheese RM 16.50 -


Portion setiap hidangan cukup seorang makan. Dari segi rasa memang kena selera masyarat Malaysia yang so in love makanan western ni. 

Satu konsep BBL suka pasal Naughty Italian ni, dorang amat pentingkan rasa & presentation. Tengoklah setiap hidangan pergh macam serve kat restoren hotel kot. Perfect decoration & ada seni dalam masakan anda order. Salute la.. Sesuai slogan Naughty Italian “Eat with your eyes, taste with your tongue”. Masa first menu sampai, BBL sebut 'wow'... tanya la si housemate, tadi salah order ke?.. lain macam cara hidang.


Walau dengan kualiti bahan yang baik, harga setiap plate hidangan Naughty Italian letakkan lebih rendah dari yang sepatutnya. Supaya ramai orang dapat merasai makanan Italy yang dimasak secara professional. Kudus la Naughty Italian

Di Mainroad Jalan Ampang, tiada masalah untuk Naughty Italian menyediakan makanan untuk jumlah pelanggan yang besar, samada untuk sambutan hari jadi dan sebagainya. No hal.. kerusi, meja & ruang makan cukup luas. 


Info Mainroad Jalan Ampang
Mainroad ni ibarat lubuk makanan sebab ada banyak vendor kiosk yang jual bermacam makanan seperti local food, western food, seafood, coffee & banyak lagi. So far ramai customer suka datang Mainrooad untuk makan, lepak tengok bola, gathering & santai malam minggu. Anda pun harus datang rasai meriahnya kat Mainroad nie. 


Waktu operasi: 5.00pm - 3.00am (buka setiap hari)
Special promo: 15% diskaun setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 5.00pm - 7.00pm
Buskers: Setiap Rabu hingga Ahad
Bonus: big screen (untuk bola)

Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang

AlamatMainroad Jalan Ampang , 50450 Ampang, Kuala Lumpur
WazeMainroad Jalan Ampang



You Might Also Like

22 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Menarik! Tak pernah lagi jejak kat sini. InsyaAllah ada masa dan bersesuaian boleh cuba datang dan makan kat sini..

    ReplyDelete
  2. I pergi rabu lepas lalu depan Naughty Italian sambil telan2 ailio. Tapi dat time tak rasa nak makan western. I tried Thai Padi & orderd roti sangkaya.. tapi mengecewakan. Dia pakai roti gardinea je. Kaya dia pulak masam!

    ReplyDelete
  3. Disebabkan Lisa ni jenis suka makan italy so boleh masukkan restoran ni dalam list. Tengok pinggan dia macam besaq :) puas hati nih

    ReplyDelete
  4. Tak pernah pegi sini lagi. Baru bukak jugakkan? Masa ada meeting kat sana tengah on construction. Depan hotel corrus tu ke?

    ReplyDelete
  5. wowww.. nampak sedap menu tu..

    ReplyDelete
  6. Wah.. dekat Ampang yea .. Nampak besar dan luas je tempat dia.. macam selesa je.. alahai.. menu pun nampak semua sedap2.. TB pun suka food ala2 italian ni.. sedapp

    ReplyDelete
  7. Tak pernah pergi lagi sini. Nama pun kemain catchy lagi. Seleksi makanan yang banyak juga bagus la untuk customer nak buat pilihan. Nampak tempat ni selesa nak lepak dengan kawan2 dan family.

    ReplyDelete
  8. Presentation makanan di walahhhh sangat Nur tengok. Harga pun sgt affordable. In shaa Allah boleh masuk list kalau ada ke sana. Maklumlah, Nur jauh di selatan 😅

    ReplyDelete
  9. wow memang patutlah foreigner pun datang makan dekat sini, menu nampak menarik. Harga dia pun murah, tempat duduk selesa & luas. Siap ada band perform pulak tu.

    ReplyDelete
  10. Nampak kerlass cara makanan dihidangkan. Dah taraf hotel-hotel. Nantilah kalau turun Ampang bolehlah sis cuba. Tempat pun nampak selesa.

    ReplyDelete
  11. BBL, Ruby belum pernah kesini lagi. Tapi pernah lalu jalan ni haritu lepas ronda² KL, memang perasan lah kedai ni.

    Nampak menu² yang BBL tunjuk ni, terliur pula. sedap belaka.

    Presentation hidangan pun cantik.

    Tempat makan pun menarik dan santai.

    ReplyDelete
  12. 1st, tempat nyer menarik. cantik.
    nampak sgt selesa.
    2nd, food yg BBL tayangkan tu, confirm sedap kot kan :)
    mcm2 ada. aida & famili memang suka makan western.
    western eastern semua kami belasah la...
    lama sudah tak ke area ampang, BBL.
    bertahun2 dah. in shaa Allah, ke sana for this notty italian kot :)

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap semua makanan!
    Presentation pun nampak mewah..lagi lah berselera kan. Sekarang ramai pilih tempat makan berkonsepkan mcm ni..bukan sekadar maka tapi santai2 sambil berhibur.

    ReplyDelete
  14. Presentation dia mmg mcm 5 stars hotel kan.. BW dri https://theathra.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. Wah. Suasana tempat makan pon nampak luas, banyak meja.’best makan tempat mcm ni . Banyak pilihan. Tekak rasa nak western, boleh order spagheti naughty . Mcm hotel pulak tgk masakkannya

    ReplyDelete
  16. Sekali sekala makan makanan itali memang best, kalau datang sini kena kosongkan perut.. sebab nampak sedap menu yang ada spegetti... sedapnyer

    ReplyDelete
  17. Haa bolehlah cuba nanti makan kat sini. Nampak menarik gak makanan western dia, harga pun cam berbaloi je. Aeysha anak sis sure suka ni

    ReplyDelete
  18. sis dh rasa tergoda tgk nanchos ngan meatball tu.. yummmy... sesekali layan western gini hmm not bad kan.. ubah selera kata org. yg penting sedap... tempat happening n harga berbaloi.. TQ sudi share

    ReplyDelete
  19. Alamak. Tak pernah tahu ada tempat ni. Baru buka ke? Bella jarang sikit ke area Ampang Point sana. Tapi tengok restoran ni nampak best ni. Tengok gambar carbonara tu and lamb dia macam best. Harga pun berpatutan untuk makanan western kan. Nak gi lah esok!

    ReplyDelete
  20. bestnye tengok makanan kat sini...ruang puas luas dan selesa...tak sabar nak gi try..tq for info:)

    ReplyDelete
  21. Wahhh nampak menarik, bilalah ada rezeki makan kat sini hehe

    ReplyDelete
  22. Besarnya pinggan hehehe rasa takut lak tapi memang betul kalau pergi makan kat restoran Itali memang macam tu besar pinggan dari lauk wakakakak sedap semua pasta kat situ hehehe nanti boleh belanja kita kan...

    ReplyDelete