Promosi Air Boba JLD Dragon RM1.00 Kat Intermark Mall, Kuala Lumpur

9:56 AM


Hello boba lovers & peminat milk tea, 

Ni ada berita baik especially anda yang tinggal atau kerja sekitar ibu kota KL. JLD Dragon kini dah buka cawangan baru dalam Intermark Mall hujung bulan November lepas. Ha seronok tak? Balik kerja boleh singgah beli boba sambil jalan kaki pergi station LRT kan.

Tak silap BBL branch Intermark KL ni dah start beroperasi 15 November lagi cuma baru last week ada grand opening. Saya sendiri antara 150 pelanggan pertama dapat beli air boba harga RM1.00 je. Bukan selalu dapat beli air JLD harga murah amat nie. 


Majlis Grand Store Opening memang meriah, waktu sampai tu memang dah ramai orang beratur. Ada Dragon Wheel, pelanggan bertuah boleh beli air boba atau milk tea favorite pada diskaun 20%, 50% & secara PERCUMA!

Antara 5 seleksi minuman signature JLD Dragon - Brown Sugar Boba Thick Milk, Brown Sugar Boba Milk with Cheese, Brown Sugar Boba Milk Taro, Brown Sugar Boba Milk Matcha & Passion Fruit Lemon Black Tea. Sumpah sedap sebab ada cheese bakar atas tu. Boleh pilih nak normal atau less sugar. Nak tahu rahsia kenapa orang suka beli air boba JLD Dragon? Off course la boba atau pearls tu dibuat fresh dalam kedai secara live depan customer. So boleh tengok sendiri behind the scene bagaimana air boba dibuat. Menarik weh..


JLD Dragon mostly guna bahan-bahan high quality dari Taiwan & Jepun. Mungkin sebab itu ramai rakyat Malaysia jatuh cinta selepas sedutan pertama air boba dorang. Termasuk BBL sendiri okay! mengaku dengan ikhlas ye

Cawangan JLD Dragon 
1. SS15, Subang Jaya
2. C180, Cheras Trade Square, Balakong
3. Bandar Puchong Jaya, Selangor
4. Sutera Mall, JB
5. Eko Botani, Johor
6. Mount Austin, JB
7. The Landmark, Bandar Bukit Tinggi, Klang
8. Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka
9. Bandar Sri Manjalara, Kepong
10. Indahpura Kulai, Johor
11. Setia Tropika, Johor
12. Taman Desa Botani, Batu Pahat
13. Arena Simee, Ipoh
14. KSL City, JB
15. Sunsuria Forum, Setia Alam, Shah Alam
16. Damansara Uptown, PJ
17. Bandar Puteri Puchong, Selangor
18. Sunway Nexis, Kota Damansara
19. Intermark Mall, KL City Centre
20. Vivacity Mall, Kuching, Sarawak


Oh ya, anda yang stay di Miri jangan risau kerana JLD Dragon akan mendarat tidak lama lagi. Tunggu opening cawangan terbaru pada bulan Disember 2019 nanti. Stay tune update promosi & lokasi baharu. Silalah follow social media JLD Dragon tau

JLD Dragon
Facebook : JLD Dragon
Instagram : JLD_Dragon

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici