JUMPA @ Sungei Wang : Tempat Mesti Pergi Dalam Kuala Lumpur

6:57 AM


Assalamualaikum guys..

Siapa tak pernah pergi Sungei Wang Plaza? Weh sini banyak sangat memori waktu zaman sekolah. Sebelum ni mana ada tempat best nak lepak selain Bukit Bintang. Lepas 16 bulan ditutup untuk proses refurbish, kini JUMPA @ Sungei Wang sekali tempat mesti anda pergi dalam KL ni. 

Tak silap dulu ni kawasan department Parkson. So sangat lain berbeza dengan waktu last BBL datang sini. JUMPA @ Sungei Wang menampilkan hampir 100 kedai meliputi 6 tingkat. Setiap floor ada attraction tersendiri.. ha nak tahu kena baca entri ni sampai habis. 

1. The Little Asia marketplace 
Kat sini ada lokal store yang jual produk tempatan macam baju batik, kraftangan & barang-barang milik usahawan muda. Even sport ni banyak elemen peranakan. Feeling kat Melaka gituh


2. The Main Creative Hub
Ni must-try lah. Ada bengkel yang korang boleh cuba belajar macam painting. Tak silap ada kedai jual bermacam barang cantik, fashionable. Mostly ni pun idea bakat-bakat muda. 


3. Urban Street
Kalu nak cari item limited edition fashion & aksesori..sini lah tempatnya. Dari kasut, baju, seluar, beg, cap, & banyak lagi boleh jumpa. Silap hari bulan mesti beli something. Singgah la TAKA ORIGINAL, VLONE, Outcast Store, RevengeXStorm, UMAMIISM, Team Satan 666, Skateboarding, Frequent Flyer, Sicko, Futura Laboratories, BAPE & 4pklabs. 


4. MinNature
Ha ni rugi kalu tak masuk. Percayalah bila masuk sini tak terasa dah lama pusing MinNature sebab korang akan rasa khusyuk tengok "bandar mini" Malaysia. Cuba tengok-tengok bangunan yang anda sendiri tak tahu memang wujud dalam negara. Cantik siap ada keretapi, lampu, orang awan, kereta.. sumpah rasa bandar tu betul hidup. Cuma versi mini la


5. Beast Park
Nak adventure sikit boleh datang explorace aktiviti lasak. Ni pun first time BBL try climbing. Acah daki tebing batu. Banyak games, sukan lasak boleh cuba. Well saya suggest datang pakai seluar sukan. Kan pakai jeans tak syok nak play on. Beast Park menampilkan Camp5 climbing gym, ada Beast Junior playground macam parkour & ninja. Malah ada Best Academy pada harga cukup berpatutan boleh anda cuba.



6.  Emperor Cinemas
Bakal buka pada pertengahan tahun 2020. Ni lokasi pertama panggung wayang dalam Malaysia. Tak silap Emperor Cinemas sangat famous di Hong Kong & China. Tak sabar nak tunggu dah siap buka nanti. 

Dah puas tengok apa yang baru, BBL & si housemate pakat tengok kedai apa best nak beli barang. Mulanya nak beli 1 2 barang je, amik ko sekali keluar penuh tangan kiri kanan. Kedai Love, Bonito pun cantik design baju, dress & outwear. Memang khas untuk perempuan & wanita yang sentiasa mahu nampak fashionable. 


Incase nak cari barang outdoor, BBL suggest pergi Outside. Kedai ni amat famous di Singapura. Mostly barang sangat berkualiti sepadan harga. Alah kalu boleh beli barang tahan bertahun, kenapa nak bazir beli barang pakai buang kan. 

Butik Puma, All To Gather dan Anta pun ada. Terbeli la sling bag harga RM30 macam tu. Cantik design..boleh la pakai pergi jalan-jalan isi power bank, wallet & earphone. 


Sebut pasal makan jangan risau, dalam JUMPA @ Sungei Wang ni ada beberapa outlet F&B sedap. Variasi restoren sajian Jepun, Vietnam, Thailand, Timur Tengah, Barat termasuklah cafe. Kalu nak makan nasi, sila pergi Dodo Dim Sum & Bowls. Tengok la kami makan berjemaah sampai penuh meja. Salah satu favorite BBL kalu makanan Thailand. 


Sejak berwajah baru ni, rasa vibes instagram sport sangat. Boleh kata setiap levek ada port nak ber ootd gituh. Datang sini jangan lupa tag IG & FB @JUMPA.SungeiWang tau. Opss follow sekali okay.



Weekend jom kita JUMPA @ Sungei Wang nak?

You Might Also Like

17 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. best-best la kedai dalam ni.. saya tak pernah sampai lagi.. boleh masuk dalam plan kalau ke sana..

    ReplyDelete
  2. Cantiknya Sungai Wang terkini. Lama giler Sis tak jejak kaki ke sana. Serius...lepas baca perkongsian ni, terus rasa nak singgah.

    ReplyDelete
  3. dah bertahun rasanya tak pergi sungei wang sana.. dulu pegi tmpat game kat belakang tu je.. hahaha.. situ mmg heaven kalau soping!

    ReplyDelete
  4. Best la Sg Wang sekarang! Dah lama tak pergi, last pergi time2 student je, cari baju memurah :p

    ReplyDelete
  5. bestnya kedai-kedai dalam ni tak pernah tahu pun ada tempat ni hahaha

    ReplyDelete
  6. Bestkannn.. akk suka giler shopping kat sini. Banyak benda menarik boleh dibeli

    ReplyDelete
  7. Memang port ye Sg Wang ni cari barang2. Dulu kalo takut sesat tengok lantai dia. Marble dia beza. Hehe. Emperor Cinemas tu sis looking forward nak pi.

    ReplyDelete
  8. Lama betul x g sg wang. Rindu la zaman2 suka ke sana tu. Menarik sekarng ni dia buat.

    ReplyDelete
  9. Lain mcm sungei wang sekarsng. Betul2 ikot peredaran zaman. Nicee weh

    ReplyDelete
  10. Ohh JUMPA ni dah macam satu tempat yang mengunpulkan semua di bawah satu bumbunglah yang Maha paling suka tengok MinNature sebab dapat tengok bandar yang dihasilkan berupa mini macam kita ni raksaksa lak hehehe.. Nanti sampai Sungei Wang nak pergi sini lah...

    ReplyDelete
  11. Menariknye, Kalau pergi KL lepas nih, tau dah nak jalan mana. Saya nak jalan-jalan survey dekat jumpa nampak banyak keperluan boleh cari dekat situ

    ReplyDelete
  12. frankly speaking, dulu 6 thn dok KL, tak pernah jejak sg wang ni.
    now, dah berwajah baru, wow!
    minnature tu menarik perhatian aida la, bbl.
    minat tgk benda unik dan kreatif sebegitu.
    bab shopping, aida so so jer lah :)

    ReplyDelete
  13. bestnya semua org shopping! lama giler tak gi sg wang. mesti best cam dulu2 juga

    ReplyDelete
  14. tak pernah lagi saya pergi sungei wang. in shaa Allah lepas ni bolehlah pergi lepas adanya JUMPA ni

    ReplyDelete
  15. Wah menariknya..dah baru ye..nad bukan orang kl dulu tapi pernh dgrnar la sungai wang ni..sekarang jumpa @sungai wang..banyak pulak pilihan kedai ye

    ReplyDelete
  16. Tempat shopping yang best, banyak benda boleh buat kat sini, budak2 pun sure suka dtg sini sb ada minnature n ada beast park

    ReplyDelete
  17. Indeed!! When I was in KL for sure will plan to go sg. Wang... lolz
    Now inside really change alot d...

    ReplyDelete