VersiSyabas Sdn Bhd Kontraktor Pakar Membaiki Jalan Raya & Pembinaan

8:35 AM


Assalamualaikum semua,

Bila tengok kerja-kerja turap jalan, kadang kala tertanya macam mana dorang buat kerja ye. Terasa curious siapa syarikat handle proses repair atau bina jalan raya. Ingatkan orang Jabatan Kerja Raya (JKR). Kini baru BBL tahu tulang belakang sebalik kerja membaiki jalan raya terutamanya bila lepas musim hujan. 

VersiSyabas Sdn Bhd Pakar Membaiki Jalan Raya & Pembinaan Bangunan
Diasaskan oleh sepasang suami isteri berpengkalan di Ipoh Perak ni memang menarik perhatian BBL. En. Shasindren A/L Jagaswaren sememangnya ada background berkaitan construction & bertahun bekerja bawah Sunway Construction sebelum bertekad menubuhkan syarikat sendiri. 

Sejak bertubuh tahun 2013 VersiSyabas banyak mengendalikan beberapa projek berkaitan jalan raya, bangunan, rumah, ruang pejabat, keselamatan serta membekal pekerja bertauliah dalam bidang pembinaan. Dari sekecil tugas hingga melibatkan projek ribuan ringgit. Sesuai dengan visi syarikat - Kami Membina Hubungan Yang Berkembang Dengan Berkualiti dan misi - Menjadi Peneraju Kontraktor Bidang Pembinaan Dari Segi Prestasi, Cekap & Kepuasan Pelanggan dan Menjaga Hubungan Baik Antara Syarikat & Pelanggan

Dengan pengalaman lebih 6 tahun, tak hairan la VersiSyabas selaku pemegang lesen kontraktor G5 sangat arif dalam industri ini. Malah cukup dikenali dalam kalangan syarikat pembinaan lain.

Perkhidamatan VersiSyabas Sdn Bhd Tawar
▪️ Kerja penyelengaraan bangunan
▪️ Kerja menurapan jalan
▪️ Scaffolding bersama inspection
▪️ Formwork bersama inspection
▪️ Kerja-kerja RC
▪️ Konsultant keselamatan
▪️ Perkhidmatan ERT
▪️ Hacking secara manual
▪️ Coring
▪️ Drill hole
▪️ Planting rebar
▪️ Hacking menggunakan mesin/robot
▪️ Membekal pekerja berpengalaman


Tak complete syarikat pembinaan kalu tak ada equitment sendiri kan. BBL kagum dengan 41 buah pelbagai aset VersiSyabas termasuk kerenderaan & mesin untuk memudahkan urusan kerja melibatkan hal berkaitan penurapan jalan, pembinaan, keselamatan & lain-lain.
Malah syarikat kelolaan En. Shasindren turut menjadi pilihan beberapa syarikat ternama dalam Malaysia untuk membekal pekerja mahir bagi projek pembinaan mereka seperti Sunway Construction, MRCB, MMC Gamuda, Pakatan Trafik & beberapa lagi. Sejak 2016 hingga sekarang masih ada beberapa projek sedang berjalan mengikut jadual kelolaan VersiSyabas Sdn Bhd. 
Boleh dikatakan syarikat VersiSyabas ini telah berjaya melaksana beberapa tugas kerja dengan tender projek terbesar bernilai RM180,000 yang di anugerahkan kepadanya. Ha bukan calang-calang tugas ye. 

Ni antara hasil kerja kendalian pihak VersiSyabas bersama team pekerja mereka. Ada banyak lagi cuma BBL tunjuk 2 3 contoh je dulu terkini ye. Kan panjang entri ni jadinya.

Penyurapan Jalan Raya
3 Julai 2019

1 Julai 2019
Keselamatan Jalan Raya


Kerja Berkaitan Pembinaan MRT Jajaran Sg Buloh - Serdang - Putrajaya


Sijil pengesahan & pengiktifan oleh badan berkuasa CIDB Malaysia serta turut mempunyai Polisi Keselamatan syarikat tersendiri demi memastikan pihak terlibat lebih yakin memilih VersiSyabas dalam menjalankan tugas ditetapkan. 

Bagi syarikat atau pihak berkenaan yang mungkin ingin mendapatkan perkhidmatan dari syarikat VersiSyabas Sdn Bhd boleh hubungi mereka


Syarikat VersiSyabas Sdn Bhd (1085961-v)
No 134, Jalan Sultan Yusof
P.O Box 243, 30000 Ipoh, Perak
Num telefon : 014-768 9209
Email : admin@versisyabas.com
Website : www.versisyabas.com 

You Might Also Like

13 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Bagus lah ada syarikat tenoatan yang pro dan bole dipercayai dalam kerja pembinaan.

    ReplyDelete
  2. kalau kontraktor yang mahir kita pun tak takut nak hire buat projek..

    ReplyDelete
  3. Pakar tempatan memang sangat membantu dalam memperbaiki kerosakan. Dah ada pakar nie, better gunakan khidmat tempatan kan. Mudahan rezki Versi Syabas makin murah

    ReplyDelete
  4. Nak pilih kontraktor kena hati-hati. Bila dapat pakar, tak perlu ragu-ragu dah :) insyaAllah..

    ReplyDelete
  5. Mantaplah contractor dari Ipoh ni. Bangga jadi orang Perak walaupun kini menetap diluar Perak. Moga Versi Syabas terus maju jaya.

    ReplyDelete
  6. bestnya untungla orang Perak. Semoga terus berjaya

    ReplyDelete
  7. tak reti plak nak komen byk. entri ni teknikal sgt hi hi hi hi...
    moga semua kontraktor bertanggungjawab lah begini.
    jalan raya ni amat penting. lubang perlu ditutup dgn baik.
    mostly nyer, ari ni tutup, minggu depan berlubang semula.
    tampal balik, lubang balik. contoh nyer tu hah depan taman aida tu.
    bosan nyer lah!

    ReplyDelete
  8. Mula-mula baca td ingat syarikat air. Hihi. Banyak jenis juga ye aervis yg Versi Syabas sediakan.Client-client dorang pun gah-gah tu.

    ReplyDelete
  9. Samalah dengan akak. Sebelum ni fikir kalau kerja kerja turap jalan ni kerja JKR. Rupanya bukan JKR sekali VS Sdn Bhd yang buat. Baca entry ni baru tahu.

    ReplyDelete
  10. Hah dh tau siapa buat kerja turap jalan nimmsupport company tempatan gitu.. Banyak dh kerja diaorg buat. Bgus ni.. Lepas ni dh tau boleh cari siapa kalau jalan rosak

    ReplyDelete
  11. Mula-mula ingat Syabas ni untuk air rupanya buat jalan dan juga construction wakakaka kita baru tahu sekarang dah ada company macam ni yang memudahkan kerja nak turap jalan kat rumah wakakaka...

    ReplyDelete
  12. Banyak benda baru belajar lepas baca artikel ni. Tak sngka bnyk process rupanya kalau nk buat jalan ni. Seronok baca pasal behind the scene ni. Hehe

    ReplyDelete
  13. Prosedurnya agak rumit sebenarnya. Tapi itulah kalau nak buat jln mmg kena libatkan byk pihak

    ReplyDelete