Tukar Kad Pengenalan Baru Di UTC Shah Alam

9:02 AM


Assalamualaikum gais..

Al-kisah kad pengenalan BBL dah rosak, mungkin sebab faktor usia. Yelah dah 8 tahun kot.. last tukar tahun 2013 sebab tak boleh baca chip waktu buka akaun Maybank kat Terengganu. Bahagian hujung-hujung IC pun dah terkumpil sebenarnya. Awal bulan 2 hari tu, kena tahan roadblock...bila tunjuk kad pengenalan si abang polis suruh pergi tukar sebab dah daif sangat ic ni. Hahahaha terus BBL ye ye kan je. 

Kadang-kadang cuak jugak bila nak withdraw duit ASB takut card reader tak boleh detect IC tu. Nasib baik setakat ni boleh pakai lagi. So sebab hari tu kebetulan balik kerja awal so saya singgah UTC Shah Alam tukar kad pengenalan baru. 

dah macam kena gigit tikus hehe

Cara Tukar Kad Pengenalan Baru Di UTC
First kena pergi Jabatan Pendaftaran Negara. Masuk dari pintu utama tu terus ke Klinik Kesihatan, ha kaunter JPN sebelah tu je. Pastu terus pergi kaunter no giliran bagitau nak tukar kad pengenalan baru. Nasib baik waktu tu tak samai sangat orang walaupun nak dekat pukul 5 petang. Mungkin orang Shah Alam suka datang lepas Magrib kot. 

Nanti bila sampai no giliran, terus pergi kat kaunter bagitau nak tukar IC baru sebab rosak. Biasanya staff akan suruh buat yang baru je. Nak tahu apa jadi dengan kad IC lama? Staff gunting dua.. aduh sayangnya kad tu.. terima kasih sebab setia duduk dalam dompet T.T

Caj Bayaran Kad Pengenalan Rosak - cuma RM10 sahaja

Kalu boleh make sure korang datang tu pakai baju elok-elok sikit (kalu boleh t-shirt kolar), rambut kemas, tudung elok sebab kena ambil gambar baru. Tak boleh guna gambar lama kat kad IC tu. Tapi jangan risau, kalu pakai t-shirt biasa..ada blazer boleh guna. Siap ada bilik persalinan incase nak setting rambut, tudung, baju sebelum ambil gambar. Rasanya jarang jumpa kad pengenalan gambar helok. Semua muka skema je

Bila dah ready, staf JPN akan ambil gambar lepas tu scan ibu jari kiri & kanan. Bila dah okay, tunggu kad pengenalan baru siap. Kejap je..tak sampai 10 minit dah boleh setel. Lepas tu, staff akan bagi resit pembayaran macam bawah ni. Lagi 1 jam kad pengenalan baru siap. Waktu ni boleh la pergi makan. BBL hari tu duduk kat kerusi je sebab malas nak bergerak..hehe

nak collect IC baru just tunjuk resit nie

Staff bagitau ic akan siap sejam kemudian..btw tak sampai sejam pun. Dalam 45 minit BBL terus pergi kaunter tempat ambik no giliran untuk collect kad pengenalan baru. Pergh memang laju betul tukar kad IC sini. Terbaik la.. so happy la kalu lepas ni kena tahan roadblock boleh show off kad pengenalan baru kan. 

Overall memang BBL suggest korang datang UTC waktu petang sebab tak ramai orang. Paling cepat & mudah nak dapatkan kad pengenalan baru. Bagus JPN sekarang sebab masa tahun 2013 tukar kad IC baru di Terengganu, JPN just bagi kertas ada gambar kad pengenalan sementara. Rasanya macam PATI bawak kertas tu. Dah la kena tunggu 5 hari baru siap kad IC baru. Nak setel urusan guna IC pun susah. Nasib baik dah makin maju JPN sekarang.

Okay tu je BBL nak share pengalaman tukar kad pengenalan kat UTC. Semoga berguna..

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici