8 Juta Pageview Blog BBL!

7:47 PM


Assalamualaikum & salam Jumaat semua..

Ha hari ini BBL extra gembira sikit sebab pageview blog ni dah lebih 8 juta! Yahoo.. sebenarnya dah perasan hujung bulan Febuari tu dah 7,990 something tapi saja buat tak kisah. Tup tup hari ni almost 8 juta 30 ribu view dalam masa seminggu lebih je.

Erm saya sendiri tak sangka cepat betul views naik sebabnya rasa baru je update entri page view 7 juta tahun lepas. Tarikh 16 Julai 2019.. rujuk entri ni. kalu kira cuma 8 bulan sahaja dah boleh cecah 1 juta page view. wow sangat impressive walaupun jarang update blog. Agak sendu jugak tahun lepas tak banyak content saya share tapi entri BBL taip sebenarnya ramai orang google eh. Terima kasih awak semua!

Memandangkan blog ni dah masuk usia 10 tahun, angka 8 million bukan possible. Banyak entri lama-lama masa zaman study diploma, degree orang masih baca hari ini. Ilmu yang baik tu kan bagus share sama-same kan. 

Kadang-kadang entri simple macam cara masak jagung rebus pun 3-4k view tau. Ha nampak tak, sebelum buat apa-apa, kita suka tanya pak cik google dulu. Hahahaha

header blog tahun lepas

Memang trend sekarang rasanya orang tak fokus content blog sebab ramai blogger jadi Youtuber. Ha gituw bila la BBL nak ada semangat buat video ye. huhuhu Alhamdulilah jugak rezeki tak pernah putus sepanjang tahun 2019. Insyallah harap positive vibes kekal untuk tahun baru ni. 

Eh dah lewat nak pergi solat Jumaat ni. Terima kasih ye anda yang pernah singgah blog BBL. Terima kasih sebab kerana awak lah page view kita sebanyak ni.

See you again!

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici