Rapid Test HIV Positive! Apa Perlu Saya Buat?

9:06 AM


Mesej ini dibawakan khas oleh badan NGO Kuala Lumpur Aids Support Services Society (KLASS)

Memang tak dinafikan ada antara kita terdedah dengan risiko jangkitan virus HIV terutama mereka yang pernah melakukan akvitivi berisiko tinggi seperti

🔴 Hubungan seksual tanpa kondom (lelaki/perempuan) & bertukar-tukar pasangan
🔴 Berkongsi jarum suntikan

Jika ya, mungkin risiko jangkitan HIV itu ada. Cuma SATU cara nak tahu status seorang HIV negative atau positive iaitu ujian rapid test HIV. Nak buat test HIV tapi tak tahu kat mana? Boleh rujuk entri ini ya > BUAT SARINGAN HIV TEST RM1 SAHAJA

Tapi ada juga yang beli HIV test kit & buat ujian tersebut di rumah tanpa pengawasan mereka bertauliah. Memang tak salah, kalu result negative - its okay. Anda bebas dari jangkitan HIV & sila amalkan seks selamat/pengunaan jarum baru. Tapi macam mana kalu result rapid test menunjukkan 2 line atau REACTIVE?


PERTAMA SILA BAWA BERTENANG. Jangan terburu-buru lakukan perkara luar jangkaan. Virus HIV tidak menyebabkan anda mati tetapi penyakit lain disebabkan imune sistem lemah boleh datang menyerang seperti TIBI, cryptococcal meningitis, toxoplasmosis, PCP (salah satu pneumonia), esophageal candidiasis atau kanser termasuk kaposi sarcoma.


Ambil langkah berikut untuk dapatkan rawatan secepat mungkin

Anda boleh hubungi badan NGO dibawah bagi membantu anda dapatkan rawatan HAART di klinik kesihatan/hospital berdekatan tempat tinggal. Jangan risau, hampir setiap negeri ada badan NGO yang boleh tolong PLHIV terutama mereka yang baru diagnos HIV. 

Kota Kinabalu : +6012-8693445 (Yazid)
Kuching: +60142091153 (Ishak)
Miri: +60105244512 (Andrew)
Kuala Lumpur: +60173070059 (Leela)
Selangor (Shah Alam & Kelana Jaya) : +60143874042 (Mizi)
Penang: +60164192144 (Shamel)
Ipoh: +60125462075 (Khairul)
Johor Bharu: +60177314882 (Izwan)
Alor Setar : +60134155056 (Fitri)
Kuantan: +60199806923 (Marina)
Kuala Terengganu: +60129857645 (Azman)

Semua maklumat anda akan dirahsiakan oleh badan NGO. Mereka semua ni terlatih untuk tolong. 

Memandangkan buat ujian HIV test di rumah, biasanya pekerja ngo akan refer ke klinik kesihatan berdekatan. Kat klinik, anda akan melalui proses bawah ni sebelum boleh start treatment.

PERTAMA : Perlu berjumpa doktor, dapatkan kaunseling & lakukan HIV rapid test.
Jika keputusan rapid test memang positive, doktor akan buat ujian pengesahan (confirmatory test) dengan ambil darah & hantar ke makmal. Biasanya ambil masa 2 minggu atau sebulan bergantung prosedure klinik. Nanti doktor akan bagi appointment seterusnya untuk follow up

KEDUA : Hari appointment pun tiba, anda bakal berjumpa Pakar Perubatan Keluarga - Family Medicine Specialist (FMS) bagi sesi breaking news keputusan darah confirmatory test. Jika result dari makmal menunjukkan keputusan positive. Biasanya doktor akan start vitamin training selama 2 minggu / sebulan sebagai latihan untuk make sure anda makan ubat on time sebelum ubat HAART diberikan. 

Biasanya doktor akan suggest makan vitamin training jam 10/11 malam bergantung waktu tidur anda. Contoh kalu selalu tidur jam 11 atau 12 malam, mungkin boleh start practise makan vitamin jam 11 malam. Incase anda kerja shift tak tentu waktu kerja - siang, malam seperti kerja Mcd, kaunter tol, call center yang shift sampai subuh, cuba rujuk doktor untuk nasihat. 

KETIGA : Sebulan kemudian akan jumpa doktor lagi. Kebiasanya bila patient sudah bersedia & patuh amal makan vitamin tepat setiap malam & tak pernah miss.. doktor akan start rawatan HAART.

bekalan ubat Anti-Retroviral Therapy (ARV)

PENTING : Waktu ini anda perlu bersedia untuk komitment kerana ubat HAART perlu dimakan seumur hidup untuk make sure virus HIV 'tidur' & tidak aktif. Jangan risau, anggap je ubat tu sama seperti vitamin kerana percayalah dengan rawatan HAART anda boleh kekal sihat, produktif seperti rakyat Malaysia lain. Sebagai contoh, tengok gambar PLHIV sebelum & selepas ambil rawatan HAART. 


Jangan risau, tunggu part seterusnya pasal rawatan HAART & side effect ubat

KEEMPAT : Depends procedure, ada klinik akan ambik darah CD4 & Viral Load sebelum start rawatan HAART. Kenapa penting, sebabnya doktor nak tahu keadaan badan & jumlah virus sebelum anda maakn ubat HAART. 

Ni penting sebab 
CD4 - jika CD4 tinggi (tahap pertahanan masih baik) & jika CD4 rendah (mungkin doktor perlu monitor lebih teliti kerana risiko jangkitan peyakit opportunities injection tu tinggi)
Viral Load - jika viral load tinggi (jumlah virus dalam darah banyak & akan ambil masa untuk capai tahap UVL - undetectable)

Soalan : Berapa lama ambil masa nak capai tahap undetectable?
Ubat HAART sekarang sangat berkesan untuk kurangkan jumlah virus dalam badan. Hampir semua klinik/hospital kerajaan beri rawatan ubat HAART jenis Tenof-Em 200mg bersama Evavirenz 600mg. Paling penting ubat HAART diberikan secara PERCUMA sahaja. Tak perlu bayar pun. Terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Biasanya kalu patuh makan ubat on time setiap hari & konsisten, dalam tempoh 6-7 bulan dah boleh capai tahap viral load undetectable. Yesza..percaya anda mampu buat!

Soalan : Kenapa perlu capai viral load undetectable?
Bila result makmal terbaru menunjukan status viral load - undetectable atau not detected maksudnya virus HIV dalam darah 'sudah tidur' tapi bukan sembuh dari HIV. Cuma kebanyakkan virus dah mati. Jadi risiko untuk anda menjangkiti orang lain dah tak ada. Yes betul ibaratnya 'negative reborn' TETAPI JANGAN STOP makan ubat HAART kerana hanya ubat HAART je boleh make sure virus HIV tidur dengan lena.. So nak kahwin pun tak jadi masalah. Bincang dengan doktor jika anda mahu berkahwin & mempunyai anak.


Ha itu sahaja langkah-langkah anda perlu ambil untuk make sure terus sihat, kurang risiko jangkitan penyakit opportunities infection. Jangan takut untuk start rawatan, percayalah hanya ubat HAART boleh mengelakkan anda dari terus jatuh sakit akibat virus HIV. 

Dalam kes kendalian pekerja kes NGO KLASS, ramai klien telah berjaya capai viral load ULV secepat 6 bulan dalam rawatan malah boleh terus bekerja, belajar seperti biasa. HIV cuma virus, orang tidak akan tahu status anda melainkan anda sendiri beritahu kepada orang lain. 

Jika anda ingin bantuan sokongan moral, pihak KLASS setiap bulan ada buat support group khas buat PLHIV terutama mereka yang baru diagnoss HIV atau start rawatan. Amat penting dalam frasa ni anda dapatkan motivasi untuk terus maintain dalam treatment. Jangan bimbang, group support ni private & confidentional. 


Terima kasih, satu pesanan dari NGO KLASS - Ketahui Status Anda, Dapatkan Rawatan secepat mungkin.

Jika anda ingin menderma kepada NGO KLASS, boleh klik link ini. Seringgit atau sepuluh ringgit anda berikan cukup bermakna untuk KLASS terus membantu komuniti terutama PLHIV. 


Mesej ini dibawa khas oleh badan NGO Kuala Lumpur Aids Support Services Society (KLASS)

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici