20 Menu Wajib Try Makan Kat Campur Campur kitchen Dpulze Cyberjaya

9:19 AM


Assalamulaikum semua..
#Makan-makan!

Eh dah lama betul tak lepak gathering dengan kawan-kawan sejak PKP bulan Mac tahun ni. Hari ni tak sangka boleh jumpa ramai the gang kat restoren Campur Campur Kitchen. Lepas setel kerja half day tadi, terus BBL shoot pergi Dpulze Cyberjaya. Gigih kan..nasib baik la hujan masa tengah on the way ke sana.


Campur Campur Kitchen ni best sebab offer bermacam-macam menu masakan popular dari Indonesian, Chines & Thai. So kena lah dengan tekak orang macam BBL ni bila sampai kedai tak tahu nak makan apa.. datang Campur Campur Kitchen senang, ada semua menu dari local & western ada dalam list. Tunggu order siap pastu makan je! Tadi pun rambang mata jugak nak pilih apa. Semua nampak sedap, kebetulan perut dah start bunyi-bunyi lagu kior sebab dari tengahari tak makan..

Appetizer

Salted Egg Yolk Chicken Boxing RM 13.90

Crispy Baby Crab RM 12.90

Main Dish
Biasa la tekak orang Malaysia ni tak boleh lari dari menu makanan dengan nasi. Variasi hidangan nasi putih yang dihidang bersama Kari Kentang & Chicken Wing memang terbaik. Satu portion ni perfect bagi perut kenyang.. ada banyak pilihan sama ada ayam, daging, ikan atau seafood antaranya

Salted Egg Yolk Baby Octopos Rice RM 16.90

Ayam Bakar Rice RM 15.90

Sambal Bamboo Clam Rice RM 16.90

Butter Chicken Rice RM 16.90

Chicken with Salted Egg Yolk Rice RM 16.90

Indonesia Flying Fish Rice RM 17.90

Indonesia Ikan Bakar Rice RM 17.90

Fried Prawn with Salted Egg Yolk Rice RM 19.90

Black Pepper Beef Rice RM 17.90

Tidak setakat tu je, menu nasi goreng sangat recommended cuba makan terutama bagi peminat butter chicken. Tadi pun sempat rasa sikit Campur Belacan Chicken Fried Rice..boleh tahan sedap. Yelah hidang panas-panas dari dapur kan..

Campur Belacan Chicken Fried Rice RM 13.90

Thai Pineapple Fried Rice with Butter Chicken RM 17.90

Bagi anda yang craving kuey teow jangan bimbang, chef Campur Campur Kicthen turut sediakan beberapa hidangan berasakan kuey teow yang mampu membuatkan korang terliur. BBL nak suggest cuba order menu Pan Fried Beef Kuey Teow atau Cantonese Kuey Teow with Seafood. Serius weh portion sangat banyak sampai tengok si Syafiera makan..siap tanya dalam hati, bila nak habis makan..macam tak bergerak je ko makan.. hehe

Pan Fried Beef Kuey Teow RM 13.90

Cantonese Kuey Teow with Seafood RM 16.90

Menu barat pun ada. Off course all time favorite chicken chop! next time datang nak cuba makan ciken chop pulak. Tadi dah aim amik western menu tapi perut kata dia nak nasi jugak..

Butter Chicken Chop RM 16.90

Chicken Chop with Salted Egg Sauce RM 16.90

Desert
Eh mana boleh balik sebelum makan desert kan. Lepas ohsom & majoriti vote toast as staff commanded cuba. Serius melting dalam mulut bila makan panas-panas. Ha nak order boleh, lepas korang habis makan..kan dah sejuk tak berapa best 

French Toast with Honey RM 6.90
Banana Toast with Chocolate RM 7.90

BBL paling suka seleksi air kat Campur Campur Kitchen sebab portion air besar amat. Tadi saya order Tea in Hong Kong style harga RM 6.90. Berbaloi teruk air hidang dalam big cup besar jug. Puas hati dapat sedut air sampai bawa balik rumah lagi. Mula-mula ingat serve dalam gelas biasa je rupanya dalam cup besar tu. Terbaik ah


Sementara tunggu chef prepare order tu, boleh makan salad & pop corn secara PERCUMA! ha PERCUMA ya.. sambil borak tu makan dulu salad segar. Kan sihat gitu.. Budak-budak pun suka makan pop corn meanwhile tengok video YouTube kat telefon. 

Ruang makan pun luas, selesa & boleh muat 70 hingga 80 pax dalam satu masa. Sekarang ni PKPP kena lah ada social distancing kan. Waktu BBL datang makan, nampak 2 3 family bawa anak-anak enjoy food kat sini. Since level LG ada grocery market tak hairan parents hang out spend masa together makan bersama. Siap ada free wifi lagi tu..


Sekarang ni Campur Campur Kitchen tengah ada promosi diskaun 20% pada setiap hari Isnin - Jumaat dari jam 3 - 6 petang tau. Jimat sikit dari harga total bil tu, ajak officemate atau family datang makan sini ye


So warga Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, Puchong atau anda yang suka mencuba sesuatu yang baru boleh singgah nikmati hidangan best di restoren Campur Campur Kitchen Cyberjaya ni. Sesuai sangat datang makan waktu lunch atau dinner dengan keluarga, kawan-kawan atau orang tersayang. Dah kenyang boleh pergi tengok wayang tingkat atas..


Campur-Campur Kitchen 
UG18, Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya Selangor

You Might Also Like

16 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Best best... Sedap sedap!
    Puashati makan sini sebab portion dia banyak. Nanti nak datang makan lagi...

    ReplyDelete
  2. selain thai food, makanan dari indonesia juga one of my fav! ruginya restoran best ni takde di kota bharu.

    ReplyDelete
  3. Aduh. Teringin nak makan anything salted egg la lepas baca your review. Dah la lunch tadi makan sikit je hahaha

    ReplyDelete
  4. Alahai semua gambar gambar makanan tu nampak sedap dan menyelerakan dan membangkitkan rasa nak g makan jugak laaa ..

    ReplyDelete
  5. Memang yummy betul semua menu di Campur Campur kitchen nie yeh. I really wanna try the crabs. Nanti nak ajak bestie lepak sinie lah. Thank you for your recommendation bro.

    ReplyDelete
  6. Lari topik sikit. Cantik gambar gambar ambil. Gambar ni main peranan nampak sedap.

    ReplyDelete
  7. uish makanan dia semua mengundang ya nampak sedap ya amat memalam cmni haha

    ReplyDelete
  8. Tak pernh makan dekat cyberjaya. Nampak ni sedp pulak gabungan tiga negara tu.. Boleh cuba

    ReplyDelete
  9. Tak pernah makan lagi di Cyberjaya ni tapi bila ada Campur Campur Kitchen ni rasanya wajib terjah dan cuba makanan yang ada. Semua nampak sedap belaka.

    ReplyDelete
  10. nak lah makan2 kat sini ..nampak hidangan semua sedap dan meriah...nanti nak cubalah..

    ReplyDelete
  11. Alaaa sedapnya menu dia. Nampak menyelerakan. Semua nmpak sedap. Iza tak pernah lagi makan sini. Nanti boleh la try.

    ReplyDelete
  12. Rinfulah nk gi mkn2 and lepak2 dgn kekawan, mesti byk benda utk membawang kan?

    ReplyDelete
  13. Bestnya tengok presentation menu dia... meriah setalammmm! .. boleh try nanti kalau ada ke sana ..

    ReplyDelete
  14. Banyak juga menu nasi. Portion pon besar. Memang puas hati nk makan kekenyangan. Hehe

    ReplyDelete
  15. Sedapnya tengok semua menu dia. Terliur kita. Nanti memang nak masukkan dalam list food hunt

    ReplyDelete
  16. semua menu nampak sedap. memang kena cuba ni, seafood2 tu menyelerakan sungguh.

    ReplyDelete