a'PATIN EXPRESS - Cara Mudah Masak Ikan Patin Tempoyak Di Rumah

7:55 AM


Assalamulaikum semua..

Siapa sini favorite makan Ikan Patin Tempoyak? Sila angkat tangan tinggi-tinggi sebab anda tak perlu lagi drive kereta ke Pahang semata-mata nak menikmati hidangan ikan patin tempoyak kerana a'PATIN EXPRESS menjual pek ready to cook patin tempoyak semudah 1 2 3 je!

Seperti kita tahu Patin adalah ikan yang selalu dikaitkan dengan negeri Pahang Darul Makmur. Daerah Temerloh sangat sinonim dengan produk ikan patin ni. Masakan ikan patin tempoyak merupakan juadah popular yang mesti cuba tiap kali singgah ke Pahang. Memang tak lengkap kalu datang bercuti ke sini tanpa menikmati keenakkan isi ikan patin tak kisah la waktu makan tengahari atau makan malam. 

a'PATIN EXPRESS menyediakan set ikan patin tempoyak yang hanya memerlukan pengemar atau pembeli memasak produk ini dengan mudah. 


Setiap pek memang dah complete dengan bahan-bahan
1. Ikan Patin sangkar Sungai Pahang (antara tempat sangkat di Chenor, Kuala Triang & Temerloh)
2. Pes tempoyak - tempoyak, kunyit hidup, cili kecil (dah siap di blend)
3. Daun kesum dan bunga kantan


Cara nak masak
1. Didihkan 600ml dalam periuk/kuali
2. Masukkan pes tempoyak, daun kesum & bunga kantan
3. Bila dah naik bau, masukkan ikan patin
4. Masukkan garam secukup rasa
5. Kacau hingga isi ikan masak dalam 10 minit

Boleh t0nton video BBL tunjuk cara-cara nak masak Ikan Patin Tempoyak ni. Serius senang sangat, sesuai la untuk orang bujang macam saya kalu perut mengidam nak makan ikan patin tempoyak lepas ni.. hehe


Lepas dah masak boleh hidang & makan bersama nasi putih panas. Off rekod ye, sebenarnya ini kali pertama BBL makan ikan patin masak tempoyak. Yelah orang Terengganu mana nak cari ikan Patin tepi laut. Tak sangka sedap betul kuah tempoyak..tambah lagi ikan Patin tu sendiri fresh seolah-olah makan kat kedai makan di negeri Pahang. Sebab ikan Patin a'PATIN EXPRESS ni dibela dalam sangkar sungai so rasa hanyir tu kurang kerana air sungai sentiasa mengalir dibandingkan ikan patin dibela dalam kolam. 

Adunan lengkap pes tempoyak memang terbaik. Kuah pun sedap hirup begitu sahaja. Housemate BBL sampai tambah nasi dua kali. Dia memang favorite makan ikan patin..sekali sekala dapat makan tempoyak ikan patin ni memang suka la dia. 

dalam 10 minit macam tu dah masak isi ikan patin tu

tada...dah siap

Harga a'PATIN EXPRESS
Ada 2 variasi set a'PATIN EXPRESS iaitu pek berharga RM25 dan RM40

Pek RM25 mengandungi 3 ketul ikan patin (berat 350gram+-) bersama pes masakan manakala pek RM40 mengandungi 3-4 ketul ikan (kepala belah 2 + 1 badan + 1 ekor = total 4 ketul). Ikan patin dah siap cuci bersih jadi anda boleh terus masukkan isi ikan tersebut ke dalam masakan. Senang bukan? Tempoh nak masak kejap je dalam 8-12 minit sahaja. Lebih mudah kalu pengemar ikan patin tempoyak nak sediakan menu istimewa ini untuk makan bersama seisi keluarga di rumah. 

Pek harga RM 25

Pek harga RM 40

Buat masa sekarang..boleh didapati di

1. Taman Berlian, Greenwood Gombak
Zunaidi 013-660 2097

2. Shah Alam
Azrin 013-362 8840

3. Pasar Mini SoukKita Putrajaya
Amirul 010-299 9128

4. Segamat, Johor
Azmi 011-1753 3981

Rakan Niaga a'PATIN EXPRESS
1. Fatiehah & Fauzi (Bera, Pahang)
2. Zul Azmi & Mazlyda (Segamat Johor)

Bagi anda yang dah lama tak merasai juadah patin tempoyak ni cepat-cepat beli sebelum stok LICIN tau! Sekarang ada tak lagi ada alasan craving..masak sendiri kat rumah kini lebih mudah!


Detail boleh follow platform a'PATIN EXPRESS

You Might Also Like

10 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Pekat likat kuah tu nampak. Anak perempuan saya suka betul patin tempoyok ni. Ntah ikut siapa. Kalau beli mahal jugak

    ReplyDelete
  2. Memang mudah sangat la. Rawlins suka paket begini sebab memudahkan seorang insan Rawlins yang tak pandai masak jadi pakar. Haha

    ReplyDelete
  3. Pon pon...sila pos ke Johor sini...yang Segamat tu agak-agak dia hantar ke ek ke Pasir Gudang, alahaii sedap benauu lerrrr

    ReplyDelete
  4. Bagus sangat ni... memudahkan mereka yg nak masak Ikan Patin.

    Tak payah susah susah dah skrg.

    ReplyDelete
  5. Senang dan sedap.. bila ada pek mcm ni lagilah memudahkan

    ReplyDelete
  6. Senang gilerrr. Kalau teringin, beli be A'Patin pek tu. Masak kat rumah bleh makan bersila sambil hirup kuah. Pastu tonton drama Korea. Hehehe

    ReplyDelete
  7. Jauh plak segamat. Huhu. Sis suka taw makan. Sbb makcik memang dok pahang. Makan air tangan die je. Kuah tu memang buat hirup mcmtu je

    ReplyDelete
  8. Mana yg mkn ikan patin tentu suka bila dah ada pek yg siap utk masak jer

    ReplyDelete
  9. Kak pun suka makan tempoyak ikan patin tapi kak sorang je di runah ni yg suka so bila buat gulai tempoyak makan sorang2 je. Kak buat stail Perak guna cili.

    ReplyDelete
  10. wah senangnya nak masak bila ada pack macam ni. memudahkan kerja. okaylah nnti nak try cuba jugak. :)

    ReplyDelete