Tips Mengatasi Masalah Susah Tidur
7:06 PMkesian kat BBL..
semenjak dua minggu ni, selalu susah nak tidur malam.
mungkin stress buat kija? ( urm..bole caya ker? )
kalu dah tidur lambat, maka esok nya mesti mengantuk duk
dalam kelas. hahaha .sebenarnya Insomia atau susah tidur
sering dialami oleh ramai orang terutama di kalangan
orang dewasa.
sering dialami oleh ramai orang terutama di kalangan
orang dewasa.
korang pun BBL rasa ada masalah nak tidur kan?
ni doktor BBL nak kasi nasihat.. hahaha
PETUA NAK SENANG TIDUR MALAM
1. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum tidur.
sebelum titor jangan makan banyak cam burger, pizza, nasi lemak,
roti canai & etc sebab menganggu perut time tidur.
kesian perut anda nak kena proses makanan yang korang
makan sebelum tidur tadi.
2. tidur dalam bilik yang tenang.
korang kena kemas2 bilik kalu bersepah cam store!
di syorkan tidur dalam keadaan gelap tapi ada sinaran lampu
malap, tutup suara2 radio dan tv sebab itu akan
membantu tubuh mudah terlena.
3. minum segelas susu suam.
sebelum masuk tidur, minum segelas susu suam.
lepas tu mesti rasa kenyang dan korang sure cepat tidur.
4. mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
mandi air suam boleh merangsang tidur selain dapat mengurangkan
keletihan badan.
5. hentikan menonton tv, online dan membaca buku.
hentikan melakukan aktiviti kat atas 30 minit
sebelum masuk tidur.
6. gunakan bilik tidur hanya khas untuk tempat tidur.
sebolehnya jangan jadikan tempat tidur sebagai "office"
atau "stor". elakkan meletakkan terlalu banyak perabot sehingga
menganggu ruang tidur anda.
7. kalu tak boleh tidur jugak.. cari gambar ladang penuh dengan
biri-biri, lepas tu kira..kira sampai habis.. kalu tak mengantok jugak,
korang kira ikut warna biri2 cam warna putih, hitam, coklat,
campur2 sampai korang rasa lebam dan mengantuk..
gud luck!!
huhu.. sekarang ni BBL dah rasa mengantok nak tidur..
nak mandi air suam pastu minum susu...
gud nite dan selamat berpetua ...
terima kasih : google
Ingin Jadikan Facebook Dan Twitter Sebagai Sumber Pendapatan Sampingan Anda? Daftar Segera Dan Ia Percuma!!
0 Budak Suka Minum Bandung Laici