Tips Nak Pakai Lens
7:27 AMal-kisah nya pada satu pagi hari isnin...
"eh! cantik nya mata ko,akak nak tengok sikit bole?"
kata akak anak tiga sebelah rumah BBL..
" mana ada cantik, memang original akak"
jawab BBL dengan bangga nya
"cantik lah..macam mata anak kucing parsi
kat umah akak ni" balas akak jiran BBL
yg macam teruja tengok mata BBL..
"hehehe gurau je akak, saya pakai lens, bukan original"
jawab BBL sambil terbeliak kan mata besar2
"kalau akak nak try pakai lens mata anak kucing parsi
macam kamu bole?"
"akak cakap je nak lens bentuk macam mana?..
semua ada.. mata anak harimau? mata beruang?
mata sesumpah pun ada.." taktik nak tarik customer kan..
apa guna pergi kelas marketing kalu tak reti nak guna..
korang sendiri mesti pernah pakai lens a.k.a contact lens
untuk bergaya atau rabun.. bukan rabun warna erk..
sesapa teringin nak pakai lens..
meh ikut petua BBL ni.
1. kalau nak beli lens, beli kat kedai optik &
jangan main beli online atau time sale kat mana2 yg
jual harga nya murah dan
yang belum tentu selamat nak pakai.
nanti kalu jadi apa masalah kat mata cam ne?
2. pastikan tangan tu bersih. basuh biar bersih
tapi jangan sampai basuh guna sabun banyak2,
nanti bahan kimia sabun masuk dalam mata pulak.
jangan main pakai je dengan tangan lepas makan sambal belacan ke,
tangan lepas basuh kereta ke.. paham..
3. kemudian letakkan lens di hujung jari telunjuk
dan makesure bentuknya betul2 macam huruf 'u'..
lepas tu buka mata luas-luas baru senang nak masuk
dan terus melekat pada mata..
kalau ada tak betul, lari ke tepi maknanya kedudukan salah
dan cuba betulkan dulu..
[ cara yg betul ] |
[ cara yg salah ] |
4. untuk girls, pakai lens terlebih dahulu sebelum make over
atau make-up. tambah pulak mata dah pakai eye shadow.
takut nanti bahan kimia make-up melekap pada lens.
5. untuk langkah keselamatan, di syorkan membawa
bekas lens dan solution mps (multi purpose solution).
kalu tetiba mata korang rasa pedih atau air mata mencurah2 keluar
akibat terkena habuk, ada benda asing dalam lens atau
lens terlucut dari mata secara tiba2.
6. bila dah balik rumah, terus sahaja rendam dalam multi purpose solution for protein removal and moisturising untuk 4 hours.
bekas lens pastikan bersih dan tutup ketat-ketat.
make sure jangan guna air solution yang sama untuk rendam,
bila dah pakai terus buang dan rendam dalam air solution yang baru.
BBL syorkan guna air solution re-nu fresh purpose solution
atau multi-purpose solution.
7. jika mata korang mengalami masalah simptom merah tak pun
kegatalan selepas pakai lens, elok lah pergi jumpa doktor mata.
muungkin lens yang korang pakai ada masalah dengan mata.
BBL ~ besok nak jalan nak pakai lens warna unggu bole?
terima kasih : berita metro & gadisterbilang.blogspot.com
1 Budak Suka Minum Bandung Laici
leh jew,
ReplyDeleteits up2u...
:-)