Review Movie : Bini Biniku Gangster
7:41 AM
Salam malam Ahad semua...
Sejak di angkat sebagai bintang paling popular ABPH 2010,
makin ligat Sam berlakon filem. BBL pun suka dengan lakonan Sam
yang menjadi tak kira apa watak yang dipegang, contoh filem 'Sekali Lagi'.
BBL menangis tengok cerita tu tapi cover cute konon hati keras
padahal dalam hati ada taman disneyland.
Sinopsis :
Cerita ini mengisahkan Manja (Yana Shamsudin) dan Herry ( Shahheizy Sam)
sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi.
Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum
dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam. Manja melamar Reanna (Intan Ladyana), rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam. Kemudian...tut..black out pulak..
Kalu nak tahu apa yang terjadi pada Herry, jangan lupa menonton
di panggung wayang berdekatan atau layan di Astro Firts.
Tarikh Tayangan :
22 September 2011
Memang cam best hangat tengok trailer ni.
Setuju?
BBL ~ teringat kenangan tengok wayang dengan si dia..
[^.....^]
seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan kat......
0 Budak Suka Minum Bandung Laici