Prosperity Hour Di Empire Shopping Gallery Subang

2:52 AM

Assalamualaikum & hello there,


Bagi korang yang tinggal area Subang atau nak shopping di Empire Shopping Gallery Subang jangan lepaskan peluang lucky hour jam 1 tenghari & 8 malam untuk peluang menang cash voucher lebih RM100, 000. 


Semalam BBL ke Empire Shopping Gallery Subang, kebetulan waktu tu dah dekat pukul 1 tengahari. Beli je apa-apa di kedai dalam Empire Shopping Gallery dengan minimum RM20 korang dah layak untuk menang voucher sehingga RM 100,000 tau. BBL beli baju kat F.O.S je RM20.00, itu pun beli satu percuma satu. Lepas tu kena beratur di main court Empire Subang untuk lucky hour. 


Untung la dapat cash voucher RM10, dah macam angpau pulak. Boleh beli baju sehelai lagi. Habis kat situ, BBL dengan geng-geng blogger buat gathering di Kitchen Art Brasserie, Empire Hotel Subang. Seronok dapat jumpa blogger yang join Party of the Century bulan lepas - boleh rujuk entri ini. Sempat jugak snap-snap sikit menu di Kitchen Art Brasserie.


& ini apa BBL makan. Eh ada sate la, terasa macam mood raya pulak tengahari semalam.


Sempat lagi nak bergambar ni.


Lepas penat-penat shopping di Empire Gallery jangan lupa untuk bersantap atau high tea di Kitchen Art Brasserie. Nak murah boleh beli kopun di siniOh lupa nak wish selamat tahun baru cina kepada semua penganut Budha di Malaysia.

Maklumat lanjut sila tekan Facebook/ Empire Shopping Gallery 

BBL ~ penat travel semalam
o( ̄ρ ̄)/

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

3 Budak Suka Minum Bandung Laici