Cek Churp-Churp Malaysia Yang Terakhir

8:51 PM


Assalamualaikum & hello there,

Awal bulan lepas BBL ada request cash out dari akaun Churp-Churp. Dah lama tak cash out selepas hari cash out RM100 lebih macam tu. Itu pun azab nak tunggu penuh tabung RM100. Tau kan chupers boleh cash out apabila jumlah duit 20sen terkumpul sebanyak RM100. Jika kurang dari tu, jangan mimpi nak cash out.

Alhamdulilah, hari Khamis cek sampai kat pejabat sekolah (tempat ayah bekerja) sebabnya tahun lepas BBL tinggal di kuaters guru sekolah tempat ayah bekerja. Apa-apa surat BBL mesti sampai pejabat sekolah dulu baru pass kat penerima sebenar. Leceh sikit nak tunggu. Sebelum tu dah terima email notification dari HSBC mengenai cek baru keluar dari bank HSBC. 

Pagi tadi dah masukkan dalam mesin cek deposit Bank Islam. Insyallah hari Selasa ini dah masuk dalam akaun deposit Bank Islam. Nak tau kenapa BBL guna Bank Islam? Rujuk entri ini -> Tutorial Tunai Cek Nuffnang & Churp-Churp


Oh lupa pulak pasal kes cek terakhir dari Churp-churp. 

Sebabnya BBL ada sikit problem dengan akaun Churp-churp ini. Bapak sedih terpaksa tutup akaun churp-churp tapi nasib baik sempat cash out. Kalu tak terus burn macam tu. 

  • Akaun churp-churp BBL di cop spam oleh pihak keselamatan churp-churp. Kesannya terus tak boleh buka lagi akaun lama. Nak daftar balik pun susah kerana dorang still detect no pengenalan BBL. Jadinya, percubaan membuat akaun ke dua ditolak atas sebab no kad pengenalan tu sudah digunakan.

Ha, buat korang yang masih aktif dengan akaun Churp-Churp tu sila berhati-hati & amalkan sikap jujur waktu nak share kempen terbaru Churp-Churp. Nanti detect spam terus kena block hang. Dalam kes BBL kiranya agak selamat sebab cek dah sampai ke tangan. Tak rugi kumpul 20sen sebelum ini. 

BBL ~ nak buat apa dengan duit ini ye 
ೖ(⑅σ̑ᴗσ̑)ೖ

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

10 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Baru je cashout tadi. Tapi kau takpe xde churp2 pun sebab Nuffnang masyukk

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..cik nor baru dapat rm11..:)

    ReplyDelete
  3. banyak tu 250. nasib baik sempat cash out :) ... tak ada akaun churp-churp lagi. nak register la :)

    ReplyDelete
  4. Lama betul tak jenguk akaun churp2. Hehe. Tp mmg azab sgt nk tnggu seratus hengget tu.

    ReplyDelete
  5. X ingat dah pasword akaun nie.. burn gitu je.. huhuhh..

    ReplyDelete