Tips Nak Update Entri Ketika Otak Kering Idea

6:23 AM

Assalamualaikum & hello there,

Nak jadi seorang blogger bukan senang tambah lagi kena update entri setiap hati - itu pun paling malas macam BBL ni. Tapi kadang-kadang kering idea jugak nak fikir entri apa nak update. Setiap entri mestilah boleh menarik minat orang nak baca, lagi bagus kalu readers boleh tinggalkan komen. Well, sekarang ini BBL pun banyak hari tak update sebab tak tahu nak share apa. Jom check out tips ini. Moga-moga korang pun boleh generate idea lepas baca entri ini.



1. Sentiasa ambil nota

Korang tahu tak, semua idea bernas ada disekeliling kita sejak dari pagi, tengahari hingga malam? So, rajin-rajin take note perkara berlaku kerana ia mungkin menarik bagi orang lain. Contohnya, sewaktu otw pergi ke tempat kerja, korang ternampak notis jualan murah H&M atau promosi pembukaan butik baru. Kenapa tidak snap je gambar, nanti boleh update entri mengenai promosi jualan murah H&M tu. Simple kan. Zaman sekarang tak payah dah tulis nota, guna je app Note dalam Iphone tu. 

2. Rajin membaca blog lain

Ini common tips BBL selalu buat bila tak jumpa idea. Stephen King pernah cakap, 'jika ingin menjadi seorang penulis/blogger, mesti tahu dua benda : rajin membaca & rajin menulis". Korang sendiri tahu bukan senang nak taip entri panjang-panjang kan. Blogwalking antara satu exercise nak cari idea untuk entri tapi bukan copy-paste bulat-bulat dari blog orang lain. Tahu kan?



3. Remix dengan entri lama

Ini masa refresh balik post lama. Cuba check & baca balik entri bulan lepas atau tahun lepas. Mana tahu boleh difresh balik. Contohnya, jika tahun lepas korang pergi Genting Highland, cuba buat compare Genting Highland tahun ini seperti pembukaan taman tema baru - akan datang. Kadang-kadang kita boleh mix dengan related post lama seperti throwback. At least reader boleh baca balik entri lepas.

4. Bina mindmap

Pernah terjadi tak bila korang dapat idea menarik nak share tapi bila tengah menaip tetiba lost atau tersekat nak cerita apa lagi? Sama macam BBL, kesannya berpuluh draf tak siap publish. Hahaha bila dapat idea, cuba bina rangka entri dahulu seperti sediakan contoh atau post related dengan idea korang tu. At least boleh bimbing ke arah satu entri yang brilliant! 

5. Tulis apa yang menakutkan korang

Ini sesuatu yang sangat menarik sebab jarang boleh jumpa post tentang perkara paling menakutkan blogger. Kalu post pasal favorite mestilah semua boleh tulis tutup mata kan. Kenapa tidak, update satu entri horror dalam hidup korang. Sebagai contoh, kena present  kertas kerja atau malam sebelum final exam. Tak pun tulis pasal pengalaman update entri panjang lela tapi tak ada orang komen. Hahaha

6. Bangun. Berjalan ke luar pintu. Take some explore

Entri pengalaman hidup mungkin jalan terakhir jika korang dah kering idea sangat sangat. Tak perlu packing bag, beli tiket flight, travel jauh-jauh. Cukup explorea apa yang ada sekeliling korang. Pergi ke muzium, attend kelas memasak, join aktiviti sukarelawan serta lain-lain. Sekurangnya otak akan berkembang ke satu tahap lebih luas bila berada diluar rumah. Kemudian sel-sel otak berhubung - macam iklan susu budak tu.



Okay itu sahaja tips untuk korang. Jika ada lagi tips lain, sila tinggalkan di kotak komen kat bawah. Why not maybe boleh praktise kepada BBL. 


- Ini dibawa khas oleh frame.bloglovin.com - 

Oh jangan lupa baca tutorial bombastik -> Tips Mencipta Tajuk Entri Menarik & Kreatif

BBL ~ nak udpate apa ye
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

5 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Nice tips..skg nih mmg tgh buntu xde idea nak update pasal apa..hehe

    ReplyDelete
  2. Terima kasih bagi tips yang membantu.
    Mrs. A kalau kering idea sesangat joint jer GA atau segmen ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete