Tips Mencipta Tajuk Entri Menarik & Kreatif

3:28 AM


Assalamualaikum & hello there,

Rasanya headline atau tajuk entri post mungkin bukan perkara pertama korang fikir semasa menaip entri tetapi tahu tak sebenarnya tajuk entri boleh mempengaruhi readers untuk baca post tersebut. Satu lagi, fakta sebenar 8 dari 10 readers akan membaca tajuk entri tapi hakikatnya hanya 2 dari 10 orang sahaja akan baca entri tersebut hingga habis. Sebab tu banyak surat khabar letak headlines kaw-kaw panas macam best je nak baca tapi isi dalam biasa-biasa je. Kan? Setuju?

TAIP TAJUK ENTRI DULU

Sekurangnya korang tak lari dari tajuk utama - bukan merapu-rapu. Bila dah ada tajuk post senang nak fokus pada isi kandungan. Even kalu dah mati akal, save je draf tu nanti boleh sambung balik taip entri.

Buat satu janji

Fikirkan satu tajuk dengan janji. Contohnya 5 cara menyimpan barang make-up - at least readers akan berminat nak baca sampai habis sebab dah sah dorang nak tahu kesemua 5 cara nak simpan barang makeup tu. Bila isi post sama seperti tajuk, menunjukkan korang ikhlas menulis info, tutorial atau apa saja maklumat yang betul. Next time readers akan buka lagi blog korang.

Guna perkataan luar kotak

Ha, ini paling rare & kadang-kadang agak susah nak fikir perkataan unexpected bahasa Melayu. Contohnya netizen merujuk kepada pengguna social media. Paling senang guna saja peribahasa atau kiasan. Itu nanti kena fikir balik.


6 Simple Idea Tajuk Entri

Paling ideal tajuk mestilah headline chucky, simple, original & agak menarik. Tetapi bukan senang nak fikir satu tajuk yang boleh menarik readers untuk baca. Ini 6 tajuk yang biasanya blogger guna sebagai headline entri post. Maybe korang boleh guna untuk advertorial, sponserpost atau entri harian.

1. CARA UNTUK [DENGAN TUTORIAL/TIPS]

Entri tutorial/tips ini sebenarnya sangat popular sebab readers memang suka baca guidline untuk mencuba sesuatu atau menyelesaikan satu masalah. Kekadang dorang boleh belajar benda baru dari post tersebut. Ini contoh tajuk entri dengan permulaan
  • Cara untuk menyimpan duit secara kreatif
  • Cara untuk menaikkan ranting Alexa dengan cepat
  • Cara untuk hilangkan jerawat secara semulajadi

2. [NOMBOR] SEBAB _________

Tau tak readers suka baca entri simple tapi kadang-kadang tak kisah berapa panjang entri tu. Nombor pun memainkan peranan paling penting. Biasalah manusia memang suka nombor. Setuju tak korang sendiri suka baca entri dengan permulaan nombor seperti
  • 50 Sebab Anda Patut Berhenti Kerja
  • 10 Sebab Beli Rumah Berbaloi Dari Menyewa Rumah
  • 23 Sebab Korang Mesti Cuba Makan Di Restoren Ini

3. aPA SEPATUTNYA _____ PERLU TAHU TENTANG _____

Tajuk sebegini target kepada satu group, kiranya orang tersebut mesti ambil port mengenai entri tu. Yang pasti, golongan sasaran tu mesti berminat nak baca sampai habis.
  • Apa Sepatutnya Blogger Perlu Tahu Tentang Advertorial.com
  • Apa Sepatutnya Bakal Ibu Perlu Tahu Tentang Pantang Larang Bersalin
  • Apa Sepatutnya Rakyat Malaysia Perlu Tahu Tentang Bajet 2016

4. KENAPA MESTI _____ 

Readers pun suka sesuatu entri dengan penerangan berbeza, ini mungkin lebih kreatif & menarik.
  • Kenapa Mesti Melancong Ke Kundasan, Sabah
  • Kenapa Mesti Menabung Dalam ASB

5. [NOMBOR] CARA MENGELAK _____

Tajuk begini menunjukkan sesuatu negative & ramai orang tak suka perkara buruk tapi percaya tak headline negative paling ramai readers suka baca. Kajian Pyschological menunjukan tajuk entri boleh menjadi trick menarik perhatian untuk dibaca. Satu lagi, manusia suka mengingati perkara negative dari perkara positif. Setuju tak?
  • 5 Cara Mengelak Hutang Kad Kredit
  • 12  Cara Mengelak Sihir
  • 7 Cara Mengelak Tayar Kereta Cepat Haus

6.  [ADJECTIVE] SAYA UNTUK _____

Jika korang ada sesuatu perkara mungkin berguna pada orang lain, readers lebih berminat untuk baca entri tersebut seperti semua orang nak jadi kaya tapi caranya bagaimana? Atau cara tersendiri korang menyelesaikan hutang kereta dengan cepat. Benda tu kan macam berguna pada readers untuk baca kan? Lagi pun sharing is caring kan.  
  • Mudahnya Saya Menarik Traffic 100K Page View 
  • Rahsia Saya Untuk Memiliki Rumah Sendiri 
  • Cara Saya DIY Pelamin Kahwin

Okay itu sahaja BBL nak share kali ini. Hopefully entri di atas berguna untuk korang untuk menaip entri selepas ini. 

Oh baca jugak entri ini -> Tips Nak Update Entri Ketika Otak Kering Idea

Entri ini dibawa khas oleh bloglovin.com

BBL ~ draf...masuk draf...
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

16 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Thanks you share BBL! Bab nak letak tajuk tulah yang paling payah..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. pening nak pikir headline paling kreatif

      Delete
  2. menarik... boleh dipraktiskan ni hihihhh tq for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah.. reka tajuk post meletop letop sikit

      Delete
  3. Replies
    1. tips next entri boleh guna opening tittle di atas

      Delete
  4. nice sharing.. bab tajuk jer pun jenuh pikir, itu tak kira susunan ayat yang menarik lagi..

    ReplyDelete
  5. wah ! thank you.. otak mula berfikir... generating ~

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL