#MovieReview : Goosebumps Komedi Seram 5 Bintang!

10:32 PM


Assalamualaikum & hello there,


Wellcome back untuk entri #MovieReview minggu ini!. Ini ha BBL nak share satu movie buah tangan terbaru dari Sony Picture hasil arahan pengarah Rob Letterman. Filem aksi seram komedi ini dibintangi oleh pelakon seriuz lawak, Jack Black sebagai watak utama selain hero Dylan Minnette & heroin Odeya Rush. Oh lupa nak kenalkan Ryan Lee. Say hi semua. Jom check out kenapa korang tak patut lepasnya hujung minggu ini tonton movie Goosebumps ini.  
Trailler Goosebumps


Sinopsis Goosebumps

Zack Cooper bersama ibunya ke satu bandar pinggir kota (tak ingat nama pulak) setelah kematian ayah tercinta. Kemudian, Hannah anak kepada R.L. Stine mula menegur jiran barunya. Di situ bermula bibik pertemuan antara Zack & Hannah. Kemudian Zack mendengar satu pergaduhan di antara Stine dengan Hannah & bertindak menghubungi polis untuk melelaikan masalah tersebut

Ibu Zack kini bertugas sebagai naik pengetua baru di kolej kawasan mereka baru berpindah. Semasa sesi perhimpunan, Zack ditegur oleh Champ atau nama penuhnya Champion. Agak annoying si Champ tapi kadang-kadang agak berguna dia menjadi sahabat Zack. Pada satu malam, Zack mengumpan Champ untuk mengikutnya menyelamatkan Hannah & menerokai misteri rumah jirannya.

Semasa sibuk menerokai rumah Stine, Zack ternampak satu rak penuh dengan buku siri kanak-kanak  iaitu Goosebumps - sejenis buku hikayat hantu bagi budak. Kebetulan Champ peminat tegar buku Goosebumps & sangat teruja nak baca koleksi tersebut. AKan tetapi kesemua buku tersebut dikunci seperti buku diari. Berang dengan tindakan Champ tak habis-habis menyusahkan dia, lalu dengan pantas membuka kunci buku tersebut lalu berlaku kejadian aneh apa bila satu kuasa magis terkeluar dari buku.
Paling mengejutkan mereka ialah secara tiba-tiba wujud raksasa hantu salji.

Mahu atau tidak, Hannah mesti mengembalikan raksasa hantu salji ke buku Goosebumps jika tidak, ayahnya akan berang dengan tindakan Zack & Champ. Selepas bergelut dengan raksasa salji tadi akhirnya Stiner berjaya mengembalikan monter ke buku asalnya. Namum semua itu tidak berakhir lagi kerana secara tidak sengaja buku Slappy terbuka & dia kembali ke alam dunia untuk membalas dendam terhadap R.L. Stines kerana bertahun-tahun mengurungnya dalam buku tersebut.


Paling menakutkan apabila Slappy mula mencuri semua koleksi buku Goosebumps & membuka satu per satu buku itu lalu membakarnya demi membantu membalas dendam. 
Maka kesemua hantu ciptaan R.L. Stines keluar ke dunia & mula melakukan kerosakkan terhadap bandar & penduduk awam. 

Untuk menamatkan mimpi ngeri dikejar oleh hantu Goosebumps, R.L. Stines harus menghasilkan satu cerita ending bagi menghapusnya magis hantu cipataannya.
Dengan pertolongan Zack, akhirnya dapat jugak menamatkan episode akhir. Tetapi dalam masa sama, Zack menyedari bahawa Hannah adalah salah satu hantu ciptaan Stines untuk menceriakan harinya. Dengan serba salah dia terpaksa melakukan pengakhiran demi penyelamatkan penduduk bandar dari terus menjadi mangsa Goosebumps.


Dengan perasaan gembira dapat jugak mengembalikan kesemua hantu Goosebumps ke alam asalnya termasuk Hannah. Satu kejutan dari Stines kepada Zack apabila dia mengembalikan Hannah melalui buku baharu tetapi dia terlupa menghapuskan budak halimun. Kini Stines harus berhadapan dengan budak halimun pulak.

- end of story - 

Komen BBL

1. Kisah koleksi seram kanak-kanak

Jika kat Malaysia, atuk nenek selalu cerita pasal hantu toyol, bunian, langsuir tetapi di sebelah barat, karekter seperti Slappy, Professor Shock, Scarerow, Jack O Lantern, The Executioner, Haunted Mask, Bog Monster atau Mummy adalah mimpi ngeri bagi kanak-kanak mat salleh. Bila Slappy mula bakar buku Goosebumps, setiap hantu keluar dari buku tersebut siap buat reunion untuk membalas dendam kepada R.L Stines. 



2. Si Champ - sengal tapi kelakar

Kewujudan watak Champ dalam movie Goosebumps mulanya macam annoying tetapi dialah sumber lawak terbaik. Walaupun lawak biasa tapi satu hall boleh tergelak tengok karenah Champ yang kadang-kadang bagus jugak dia ada. R.L Stines jangan cakap la sebab basicly dia ada sense humor dalam dialog tu.


3. Percintaan antara dua alam

Rasanya Zack dah jatuh hati dengan Hannah sejak kali pertama dorang berjumpa tetapi yang sedihnya Hannah cuma watak ciptaan R.L Stines untuk menceriakan hari Stines. Kiranya hantu jenis baik - macam bunian lebih kurang. Akan tetapi bila nak ending mimpi ngeri kena kejar dengan hantu pelik, Zack mesti menamatkan episode akhir buku Goosebumps iaitu semua hantu kembali ke buku asal termasuk Hannah. 


Bintang 

Agaknya berapa ranting bintang nak kasi?
okay BBL kasi




Seriusly ini komedi seram paling super best tahun 2015. So rugi sangat kalu tak tonton weekend ini di pawagan berhampiran korang.


BBL ~ sumpah rasa nak tonton 2 kali lagi
¯\_(ツ)_/¯

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

13 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. I dah tengok poster movie ni, mmg rasa nak tgk.. heheh. tq BBL bagi review.

    ReplyDelete
  2. high 5 ya. ok. ini patut wajib pergi tonton ni ;)

    ReplyDelete
  3. sally tgk trailer dengan behind the scene...mmg syok...even CGI dia banyak but still mcm real :P

    ReplyDelete
  4. Waaaaaa, bila lah dapat gi tengok ni.

    ReplyDelete
  5. Dulu suka kot baca goosebumps. Hehehe. Mcm nk g tgk lah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah memang baca buku goosebumps memang rugi tak tengok versi movie goosebumps ni

      Delete
  6. tgok review and costume dia pon rasa macam nak tgok...........Kalau ada masa,mmg takkan terlepas nak tgok jugak!Nice review....ramai kata best!

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL