Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Monday, May 30, 2016

Enam Pilihan Istimewa Ramadhan Me'nate

Assalamualaikum & hello there,

Ahlanwasahlam ya Ramadhan

Alhamdulilah dapat lagi kita umat Islam berjumpa dengan bulan penuh keistimewaan ini. Syukran pada Allah dapat panjang umur tahun ini.

Bulan puasa ini rasanya mesti ada antara anda yang inginkan sesuatu istimewa untuk berbuka puasa kan. Tambah lagi jika nak berbuka bersama ahli keluarga untuk raikan hari jadi. Tak jadi problem buat surprise hari lahir makan best sikit kan. Atau company tengah planning nak buat gathering berbuka puasa 2016 bersama staff.

BBL ada satu cadangan untuk korang. Kebetulan ada satu tempat ni tengah buat promo Ramadhan.


Istimewa Ramadhan Me’nate 2016

Menyambut kedatangan bulan puasa ini, Me’nate dengan rasa syukur ingin menawarkan pakej berbuka puasa istimewa untuk para tetamu sepanjang Ramadhan ini. Tahun ini Me’nate menyediakan enam pilihan lengkap bagi mereka yang inginkan keunikkan berbuka puasa di Me’nate yang terkenal dengan masakan beef dan lamb bermutu tinggi.

Bagi anda pelanggan setia atau ingin mencuba menu istimewa ini pastinya membuat waktu berbuka sangat penuh kegembiraan. Antara hidangan istimewa Ramdhan Me’nate ialah


Heavenly beef
🌟 Short Ribs
Hidangan per set (4-6pax)
Nasi Me’nate dan beef short ribs
RM 300



🌟 Wagyu Spare Ribs
Hidangan per set (4-6pax)
Nasi Me’nate dan wagyu spare ribs
RM 400


Heavenly lamb
🌟 Lamb Shoulder
Hidangan per set (4-6pax)
Nasi Me’nate dan lamb shoulder
RM 350


🌟 Lamb Shank
Hidangan per set (4-6pax)
Nasi Me’nate dan lamb shank
RM 350


Heavenly chicken
🌟 Grill Chicken
Hidangan per set (4-6pax)
Nasi Me’nate dan ayam
RM 99


🌟 Group steak
🌀 Sos
🌀 Salad
🌀 Coleslaw
🌀 Mashed potato
🌀 Aglio e olio / nasi Me’nate
*minimum order 4 pax
RM 80/pax
*pilihan beef / lamb steak & grill chicken



*Aglio e olio 


Setiap hidangan menu istimewa Ramadhan Me’nate dihidangkan bersama nasi Me’nate. Menurut chef Me’nate, bulan puasa tahun ini akan memberi satu citarasa baru kepada pengunjung menikmati hidangan beef, lamb atau grill chicken dengan nasi Me’nate.


Kalu anda nak tahu nasi adalah resepi istimewa dari dapur Me’nate menggunakan beras basmati istimewa yang diimport khas sempena bulan penuh barakah ini.

Tak habis sampai situ sahaja kerana Me’nate ada sesuatu untuk dikongsi bersama korang sepanjang bulan Ramadhan ini. 

PERCUMA khas Ramadhan
Nikmati hidangan sampingan berikut secara percuma apabila anda datang berbuka puasa di mana-mana cawangan Me’nate Steak Hub sepanjang Ramadhan ini

 Bubur lambuk Me’nate
 Buah-buahan
 Kurma
 Air ‘free flow’



Cawangan Me’nate Steak Hub

🍴 Ampang
No. 16, Jalan Kolam Air Lama Satu,
Taman Shuet Liang,
68000 Ampang Jaya
Tel : 03-4251 3460

🍴 Wangsa Maju
25, Jalan Wangsa Maju Delima 12,
Wangsa Link, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Tel 03-4142 0934

🍴 Setapak
C-01-03, Starpac Point,
Jalan Taman Ibukota,
Off Jalan Genting Klang
53300 Kuala Lumpur
Tel 03-4131 1611 / 03-4131 0005 / 03-4131 1611

🍴 Bangi
No 25, Jalan Medan Pusat 2d
3b Curve Business Park, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel 03-8922 0254



Untuk sebarang tempahan sesi berbuka puasa anda boleh hubungi hotline Ramadhan berikut
019-391 1047 / 019-477 1047 / 019-261 1047


Untuk check out info terbaru dari Me’nate, just follow


BBL ~ kenyanglah berbuka puasa di Me’nate
\(^.^)/

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Keseronokkan Menginap Di Hotel Equatorial Melaka

Assalamualaikum & hello there,

Selamat datang ke Melaka bandaraya bersejarah!

Bagi anda yang tengah planning nak bercuti ke Melaka pada hujung minggu ini atau cuti sekolah tu mesti tengah google senarai hotel yang ada sekitar Bandar Hilir kan. Apa kata kalau BBL cadangkan korang menginap di Hotel Equatorial Melaka ni.


Lokasi strategik tengah bandaraya Melaka


Salah satu point utama anda nak titik berat mesti lokasi hotel. Kalu boleh nak dekat dengan semua tempat best di Melaka tu. Well, you got at all!

Hotel Equatorial Melaka sangat dekat dengan lokasi ikonik seperti
👉  Sebelah Dataran Pahlawan
👉 Makhota Perade hanya lintas jalan
👉 A Famosa hanya di belakang hotel
👉 Menara Tamin Sari pun dekat
👉 Istana Kesultanan Melaka dekat jugak

Jadi jangan risau kerana korang tak payah naik teksi. Boleh jalan kaki je dari hotel terus ke tempat tumpuan pelancong. Boleh tengok Google Map ni.




Syurga Makanan Traditional, Warisan Nyonya dan International Cruise.

Soal makan jangan risau bila anda stay Hotel Equatorial Melaka sebab ada banyak pilihan menu tersedia disini. Tunggu pilih saja. 

 K5  The Street Bistro

Tahu tak usia K5 The Street Bistro ni? Pada Mei 2016 lalu, bistro ini menyambut ulang tahun ke 10 tahun. Paling excitednya, Dato Krt Chris Murray ada share sedikit sejarah pada era kegemilangan Sultan Melaka, dahulu hadapan K5 Bistro (jalan raya depan Dataran Pahlawan) adalah tebing Selat Melaka tau.

Menu mesti try di K5 The Street Bistro ialah
  K5 Mee Goreng
  Nyonya Curry Laksa
  Penang Prawn Mee
  Claypot Chicken Rice
 Hokkien Mee
 Nasi Lemak Bungkus
 Penang Assam Laksa
 Keropok Lekor (sangat lembut, sedap & tak banyak kanji)


Actualy K5 singkatan dari Kaki Lima (5). Sangat sesuai dengan panorama sekitar K5 bercirikan rumah kedai klasik serta laluan pejalan kaki. Super autunitic feeling makan petang kat sini. Kalu korang nak tahu K5 Bistro beroperasi 24 jam, jadi kalau lapar tengah malam boleh call order. Penghantaran terus ke bilik hotel. 


 Rest House Café

Kebiasanya para tetamu hotel akan bersarapan pagi kat sini. Namun Rest House Café masih dibuka untuk makan tengahari, minum petang serta makan malam.



Sepanjang Jun dan Julai 2016 ini, menu harian utama makan tengahari akan mengikut tema seperti berikut:

🕝 Isnin – international
🕝 Selasa – Oriental Delight
🕝 Rabu – Taste of Borneo
🕝 Khamis – Oishii Japan
🕝 Jumaat – Nasi Kandar

Selain tu, anda boleh menikmati hidangan berbuka puasa bertema ‘Balik Kampung’ sepanjang bulan Ramadhan istimewa di sini. Boleh baca review DI SINI


 Seri Nyonya Peranakan Restoren

Datang Melaka memang tak sah kalu tak pekena masakan Nyonya. BBL sendiri teruja bila makan dalam restoren Seri Nyonya dengan hiasan dalaman Baba Nyonya. Malah staff restoren juga memakai baju kebaya dan sarung batik. Tambah lagi lagu dendangan juga dari irama klasik era 80 an pasti korang terasa kembali ke zaman nostalgia. 


Pengunjung dari Singapura amat suka datang makan terutama keenakkan masakan asli warisan Nyonya.

Hotel Equatorial Melaka juga menyediakan aktiviti menarik seperti 

📌 Kelas memasak Nyonya

Uniknya jika menginap di Hotel Equatorial Melaka, anda berpeluang mengikuti kelas memasak menu Baba & Nyonya. Ataupun kalu dating by group, boleh buat pertandingan memasak berhampiran kolam renang. Bunyi macam seronok kan?

BBL sempat belajar masak menu warisan Nyonya iaitu

🍯 Ayam Pongteh
🍯 Udang Lemak Nenas
🍯 Apam Balik Nyonya

Setiap kelas ini seorang chef dapur akan guide korang cara masak menu tersebut. Temph hari Chef Rubayah Md. Zain ajar kami. Tak susah pun walaupun anda takut nak masak. Takut terkena pecikan minyak panas la tue. Menu pun sangat simple dan mudah untuk diikuti. Boleh feeling jadi chef two, three and four.


Dah siap masak resepi cukup mudah. Walaupun kami kekok nak masak tapi hasilnya sangat sedap sampai chef puji sedap. Dah boleh apply kerja department kicthen 


Selesai tamat kelas memasak, setiap pelajar akan ‘konvo’ ala Master Chef Nyonya dan diberikan sijil penghargaan dari pihak Hotel Equatorial sebagai signature kemahiran memasak masakan traditional masyarakat Nyonya Melaka. Fuh dah boleh buka restoren Baba Nyonya kan.




📌 Kelas tarian Zumba

Cuaca kat Melaka tengah hujan atau malas nak keluar jalan-jalan? Keluarkan peluh dengan menyertai kelas Zumba di Gymnasium yang telah disediakan oleh hotel. Setidaknya anda berasa ringan dan puas dapat keluarkan peluh tanpa perlu keluar dari hotel kan. Bagi kaum adam yang tidak boleh miss out schedule latihan sado, jangan risau kerana di Hotel Equatorial Melaka anda masih boleh workout dengan alat senaman kat sini.



📌 Berehat bagaikan ikan duyung di kolam renang

Untuk korang yang mahu berenang, boleh ke kolam renang Oasis on the Fourth berada level 4 hotel. Turut tersedia kolam renang untuk kanak-kanak. Oh ya, size kolam sangat besar serta luas. Pergilah berenang sepuas hati hingga ke malam.


📌 Gelangang tenis

Di Hotel Equatorial Melaka juga ada gelangang tenis untuk korang bermain tenis pada waktu pagi atau petang sebagai rutin exercise. Lepas penat main tenis boleh terus terjun ke kolam renang yang terletak bersebelahan.


Bagi BBL inilah perfect weekend gateway untuk anda habiskan masa bersama keluarga atau sahabat Hotel Equatorial Melaka. Tak payah tunggu keluar dari hotel, boleh menikmati ketenangan dan keseronokkan dengan aktiviti bersama Hotel Equatorial Melaka.

Berminat untuk datang menginap di Hotel Equatorial Melaka?
Anda boleh terus membuat room booking di link bawah


Untuk info terkini, check out link berikut


BBL ~ selamat bercuti ke Melaka
o(ρ)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....


Sunday, May 29, 2016

Nikmati Air & Kuih PERCUMA Apabila Berbuka Puasa Di Rasa Utara

Assalamualaikum & hello there,

Dah tak lama lagi mesti semua pakat kumpul depan tv nak dengar pengumuman tarikh mula puasa kan. Waktu tu siapa yang kerja kat bandar mesti datang scene throwback memori berbuka dengan mak ayah & adik beradik kat kampong kan.


Tahun ini buat kali pertama BBL puasa di KL. Satu cabaran besar bila balik kerja pukul 5 petang mesti sampai lepas Magrib kat rumah. Risau juga macam mana nak berbuka puasa nanti. Sekali sekala buka puasa dalam kereta no hal la tapi kalu setiap hari weekday stuck dalam jam, jemu asyik berbuka tepi jalan.

Ada berita emas buat anda yang sering hadap jam waktu pulang ke rumah. Apa kata bulan Ramadhan ini datang berbuka puasa di restoren Rasa Utara.


Menu Istimewa Ramadhan Restoren Rasa Utara

*Setiap hidangan disertakan bersama nasi

🍚 Ayam Tandoori 


🍚 Ikan bakar bersama air asam


🍚 Ayam percik


🍚 Kari kambing


🍦 PERCUMA kuih ðŸ¦

Kuih karipap & Kuih ketayap



Dan paling seronoknya, air & pencuci mulut - kuih adalah PERCUMA. Dah jimat duit compare jika korang ke bazaar kena beli nasi, lauk pauk, kuih & air situ sana sini kan. Save tenaga untuk solat terawih nanti dengan datang berbuka kat Rasa Utara.


“Promosi Ramadan -Berbuka Puasa”

 Promosi 1 : Rasa Utara Berbuka Puasa 
Early Bird Promotion 20% Off from the Total Bill! )

Syarat :
1. Promosi di semua cawangan Rasa Utara .
2. Valid pada 2.5.2016 – 6.6.2016
3. Setiap tempahan pada 2.5.2016 – 6.6.2016 akan mendapat diskaun 20 % dari total bil . 
4. Untuk mendapat diskaun , pelanggan perlu membuat tempahan dengan bayaran 50% dari total  bil . 
5. Not Valid untuk lain – lain promosi dan diskaun . 
6. Free Flow untuk pencuci mulut dan air di sepanjang waktu berbuka puasa .

 Promosi 2 : Special Offering for “Berbuka Puasa”

Syarat :
1. Promosi di semua cawangan Rasa Utara .
2. Not valid untuk lain – lain promosi dan diskaun .
3. Diskaun 10 % untuk pelanggan terawal yang membuat tempahan pre – order dan membuat bayaran penuh dari 10am – 5pm pada 7.6.2016 – 3.7.2016 .
4. Free Flow untuk pencuci mulut dan air di sepanjang waktu berbuka puasa .

Jangan lupa buat pre-order untuk lebih jimat buka puasa nanti. Boleh juga ajak rakan sekerja berbuka puasa ramai-ramai. Lagi meriah time tunggu azan Magrib. 

Datanglah menikmati juadah berbuka puasa di cawangan Rasa Utara berikut:

IOI City Mall
Lot LG-46 IOI City Mall,
Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502
Putrajaya
Telephone number : 03 – 8328 0733
Berjaya Times Square
Lot G-12 & G-13 , Ground Floor,
No. 1, Jalan Imbi, 55100
Kuala Lumpur
Telephone number : 03 – 2011 0884
Mid Valley Megamall
LG049-050, Lingkaran Syed Putra, 59200
Kuala Lumpur
Telephone number : 03 – 2201 3258 / 03 – 2282 0749

Nak offer promosi terkini dari Rasa Utara, like/follow Rasa Utara


BBL ~ kenyang berbuka puasa nanti
o(ρ)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...