Sayangi Makanan anda – Alam Flora Bloggers Hunt 2016 [Love Food Hate Waste]

5:08 PM


Assalamualaikum & hello there,

Semalam BBL bersama 15 orang blogger telah menyertai kempen kesedaran Love Food Hate Waste bersama Alam Flora di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sangat happening bila masing-masing sangat kecoh jadi duta Alam Flora untuk sehari. Banyak aktiviti task kami settle down. Yang paling penting, terlampau melimpah ilmu pengetahuan tips dari Alam Flora tentang kepentingan Love Food Hate Waste kepada kami serta followers di sosial media.

Meh BBL story sikit pasal Love Food Hate Waste

 Apa itu Love Food Hate Waste

Kempen kesedaran Love Food Hate Waste ni actually dah lama di amalkan oleh penduduk United Kingdom sebelum negara lain turut mengikut jejak sama. Terkini, Alam Flora sebagai organisasi bertanggungjawab menjaga kelestarian alam sekitar ingin mendidik rakyat Malaysia gaya hidup Love Food Hate Waste.

Kat Malaysia ni, lebih 33,000 tan sisa makanan dibuang setiap hari dan kesannya:

 Tempat pelupusan sampah cepat penuh
 Gas mentena terhasil dari reputan sisa makanan sangat merbahaya kepada lapisan ozon
  Membazir kan tak bagus

Program Alam Flora Bloggers Hunt 2016 bermula sebelah pagi di Wisma DRB-Hicom Shah Alam. Setel je sesi bergambar – blogger kenyang snap gambar, terus kami shoot ke check point pertama untuk task pertama.

Check Point Pertama
Lokasi : Pasar Besar Cheras, Kuala Lumpur
Task : Membeli barang dapur dengan bajet RM150

Kat sini setiap blogger berpecah kepada group dua orang. Lucky BBL duet dengan Wendy Pua yang comel. Dengan list barang dapur, kami berdua perlu beli kesemua barang dengan bajet duit RM150 dalam masa 30 minit.

Antara barang kena beli macam ayam, sayuran dan buahan tapi tak semua ada dijual kat Pasar Besar Cheras. Berlumba-lumba geng blogger beli barang dapur sambil snap gambar dan video. Part yang best, senyum lebar tokey kedai bila semua blogger pakat serang satu kedai sama. Siap berebut sayur sawi bagai.


Tips Membeli Barang Dapur

 Buat senarai barang yang perlu dibeli – check dulu petik sejuk atau almari stok. Nanti ada tertinggal atau terlebih beli
 Bawa beg kitar semula sendiri – katakan TIDAK PADA PLASTIK
 Bawa duit mengikut senarai barang nak beli - ikut bajet
 Periksa tarikh expired – Best Before dan Expired Dates




Akhirnya dapat juga beli barang mentah mengikut list. Paling penting ikut bajet RM150. Cukup untuk stok makanan seminggu atau dua minggu. Biar penat task pertama tapi semua seronok sampai kecoh Pasar Besar Cheras dengar jeritan Love Food Hate Waste.

Check Point Kedua
Lokasi : PPRT Taman Mulia, Cheras
Task : Mengajar cara betul penyimpan barang dalam peti sejuk

Barang dapur yang kami beli kat pasar tu sebenarnya untuk keluarga terpilih di PPRT Taman Mulia. Jika korang nak tahu, penduduk PPRT Taman Mulia sangat aktif mengamalkan konsep 3R dalam kehidupan seharian. Sebab tu, Alam Flora ingin memberi penghargaan kepada keluarga tersebut. Lagi pun BBL sangat tabik spring kepada penghuni PPRT Taman Mulia kerana walaupun rumah level tinggi melangit, mereka tetap mengasingkan sampah dengan barangan kitar semula seperti kertas, tin, plastik dan kaca.


Task kedua group ialah mengajar keluarga mengenai cara betul penyjmpanan barang dalam peti sejuk. Setuju atau tidak, selama ini anda main hentam letak je kan. Asalkan barang tu selamat sejuk membeku dalam peti sejuk. Ini satu knowledge baru BBL dapat dalam kempen Love Food Hate Waste. Praktis terus kat rumah ni.


Cara Menyimpan Barang Mentah & Makanan Dalam Peti Sejuk Oleh Alam Flora

Bahagian Bawah Peti Sejuk

 Sayur dan buahan kena letak bahagian paling bawah peti sejuk
 Asingkan antara buah dan sayuran. Nak senang wrap je buahan dengan plastik. Buah seperti epal dan oren mengeluarkan gas ethelyne yang membuatkan sayur jadi layu

Bahagian Tengah Peti Sejuk

 Katakan anda beli ayam/daging dan nak masak hari ini, boleh letak di tempat bawah bahagian tengah peti sejuk
 Simpan telur bersama sarangnya untuk lebih tahan lama– biasanya korang simpan kat side atas kan. Lepas ni ubah cara simpan telur
 Susu, yogurt dan produk berasaskan susu letak kat sini

Bahagian Atas Petik Sejuk

 Sisa makanan telah di masak, minuman, makanan sedia dimakan simpan sini

Bahagian Sejuk Beku

 Simpan bahan mentah seperti ayam, daging kat sini


Dah siap susun barang beli tadi dalam peti tuan rumah. Cukup stok untuk seminggu dua ini. Lagi pun bila guna tips di atas, at least bahan mentah boleh tahan lebih lama dan tak mudah rosak atau busuk.

Kebetulan keluarga tugasan ialah Mageswary A/P Selladurai, lengkap 1Malaysia menyokong kempen Love Food Hate Waste. Terbaiklah keluarga Mageswary A/P Selladurai sentiasa amal konsep 3R dari rumah. 



Kemudian tuan rumah memberi kami barang kitar semula untuk di buang dalam tong sampah kitar semula yang disediakan oleh pihak Alam Flora di perkarangan PPRT Taman Mulia.



Yeay done task kedua tengahari tu


Check Point Ketiga
Lokasi : Restoren Chawan
Task : Katakan tidak pada bekas polistren & Love Food Hate Waste

Kat sini ada task no 3. Ala simple je tugasan tu – habiskan makanan. Makanan setiap blogger telah disediakan dalam bekas Tupperware. Terima kasih Alam Flora untuk door gift mug Alam Flora. BBL makan Roti Jalan bersama Kari Ayam dan minum air Jus Epal Asam Boi.


Melalui task ni, Alam Flora nak didik para blogger betapa mudahnya jika tapau makanan dalam bekas Tupperware ni.

 Tak payah kipas mati nak buka getah ikat plastik lauk tadi
 Bekas Tupperware kecik, jadi mungkin anda makan dalam portion kecil – boleh diet uools
 Bekas Tupperware senang cuci dan boleh guna lagi esok, lusa, minggu depan
  Mesti makan sampai habis – Geng Love Food Hate Waste kan

Confirm BBL buat task no 3 dengan jayanya sebab lapar. Habis licin Roti Jala, tambah lagi Kari Ayam tu agak sedap.


Task no 3 complete!

Check Point Empat
Lokasi : Kompleks Sukan Futsal, Presint 18 Putrajaya
Task : Cabaran Rojak Buah dan Projek Terrarium

Ingat task pertama kitorang tadi, ala yang cabaran beli barang dapur kat pasar tu. Lupa nak bagitau, semasa sibuk beli sayur-sayur tu ada side task. Setiap blogger kena beli buah untuk buat rojak buah. Ha, kat Restoren D Patin ini kami menjadi chef segera sesi cabaran rojak buah.


Setiap buah ada kulitnya kan, sebenarnya itu pun sebahagian dari sisa makanan yang korang buang setiap hari. Lebih elok jika sisa kulit buah tadi, kumpul dan boleh buat baja kompas.

Dalam masa 20 minit geng blogger laju-laju potong buah untuk siapkan rojak buah. Alhamdulilah sempat siap. Inilah rojak buah resepi segera Google : Rojak Buah Bunga Rafflesia Malaysia. Kan rakyat Malaysia hidup majmuk. Sedap atau tak?


Confirm sedap!

Di Kompleks Sukan Futsal Presint 18, Putrajaya terdapat Pusat Pengkompos Sisa Makanan (Food Waste Composting) yang mula operasi Jun 2015. Kat sini mesin memproses baja kompos telah disediakan oleh Alam Flora. Kebiasaanya, proses kompos akan ambil masa 30-40 hari sebelum sisa makanan tadi menjadi sebati dengan tanah. Jika anda mempunyai restoren atau tinggal sekitar Putrajaya, sila hantar sisa makanan kat sini ya.



Weh ada task final. Ni projek senang dan fun nak menagis. Dengan guna baja kompos tadi, kami kena deko taman mini terrarium dalam balang. Cute betul tanam kaktus dalam tu. Well you know, pokok kaktus tak suka ‘minum’ air selalu, so tak payah kena siram hari-hari.


Tada hasilnya taman terrarium Alam Flora – Love Food Hate Waste


Penghujung petang, semua bloggers serta marshal program Love Food Hate Waste di raikan dalam suasan taman di Taman Warisan Putrajaya. Wut..wut.. tak sabar emcee umumkan blogger yang menang.



Alhamdulilah rezeki BBL menang tiga kategori

# Best Photo – Most Likes and Shares Photo/Video: All Categories

# Best Fridge Storage Plan – Separation at Sources: Best Photo

# Best Fridge Storage Plan – Separation at Sources


Blogger paling win Bloggers Hunt Love Food Hate Waste ialah

Gold Award: Akak Ayu Rafikah
Silver Award: Mawardi Yunus
Bronze Award: Akak Diya Nadia

Yeay tersangat seronok dapat join event Love Food Hate Waste 2016. Terima kasih Alam Flora untuk expensive knowledge kesedaran sisa makanan kepada rakyat Malaysia.


Jadi wahai penduduk Malaysia, tak susah sebenarnya bersama-sama menjadi seorang yang cinta alam sekitar dengan langkah mudah Love Food Hate Waste. Ingatlah, bumi ini sebenarnya kita pinjam dari anak cucu kita. Jagalah lestari alam sekitar demi masa depan anak cucu warisan.

Nak check out lebih tips Love Food Hate Waste & 3R – Recyle, Reuse, Reduce 
jom follow Alam Flora


            BBL ~ membazir kan tak baik
(ρ)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. bagus sangat kempen ni..bila bulan puasa nanti lagi la bnyak sisa makanan yang dibuang. saya pun selalu juga buat baja kompos ni. Nasi yang tak habis buat baja..

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL