Saya Suka Datang Kedai Kaison!

8:46 PM


Assalamualaikum & hello there,

Gudang deko rumah, bilik atau pejabat favorite BBL semestinya Ikea, Daiso dan Mr.DIY. Bila datang ke kedai tersebut mesti terasa chill dan excited bila tengok banyak barang simple, unik & outstanding. Paling penting harga reasonable untuk bawa pulang.

Kini bertambah lagi kedai baru dalam list iaitu Kaison. Oh BBL tahu korang dah banyak kali pergi Kaison. Ini fist time BBL masuk Kaison, terasa macam jakun culture shock kejap tengok harga barang murah. Terbaru cawangan Kaison di Aeon Kota Bharu, Kelantan. Ore klate dah pergi belom?

Sabtu lalu BBL singgah tonton The Angry BirdsMovie di Sunway Putra Mall. Kebetulan sewaktu nak turun ternampak kedai deko Kaison. Mulanya ingat kedai bunga sebab entrance Kaison penuh dengan jambak bunga. Memang trademark Kaison tanam bunga side depan kedai eh.

Benda pertama paling menarik BBL nampak mestilah frame kanvas. Banyak giler caption best & funny bila tergantung di dinding. Weh best betul kalu size dinding bilik tidur tinggi melangit, boleh gantung frame panjang, lebar, banyak-banyak.



Then BBL masuk lorong wallpaper. Pergh Kaison sangat famous amous dengan kertas dinding. Selain banyak sangat choice cantik dan chunky, harga pun murah. Tak silap satu roll Cuma RM20.  Sangat sesuai untuk DIY meja, cabinet baju atau dinding ruang ramu.



Bayangkan betapa gembira falling in love korang berjalan dalam kedai Kaison sampaikan rasa nak je grab semua barang bawak balik. Fuh kena sewa lori la kalu macam tu. Meh BBL belanja sikit gambar kedai Kaison branch Sunway Putra Mall. 


Penuh warna warni kan kedai Kaisn ni. Soft toys pun banyak kat Kaison. Harga pun lagi murah compare beli kat Time Square. Bantal leher pun banyak choice dan cantik. Senang cerita semua cantik la. 


Satu tips BBL nak share dengan korang ialah kedai Kaison mungkin one of the best shop untuk korang mencari hadiah hari jadi atau hadiah kenduri kahwin. Selain harga sangat economic, setiap barang mudah dibungkus sebagai hadiah. Comel-comel je.


Rasa teruja nak datang kedai Kaison? Terjah aje cawangan Kaison di bawah ni yang berdekatan dengan rumah korang


Nak tahu promotion terkini kedai Kaison, follow up Kaison melalui

Kaison Malaysia


BBL ~ tunggu duit payment then pergi Kaison
(ρ)/

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

7 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. dekat SETIA CITY MALL ada la.............................!!!!
    teruja punya pasal nak serbu sana..! pergh...
    thanks BBL utk entri,biasalah perempuan,mengelupur kejap tgk benda cantik

    ReplyDelete
  2. arghhhh bestnyaaa..cepatlahh bukak dekat johor.

    ReplyDelete
  3. Pernah dengar nama ja.. n first time teongok..

    comelnya barang2 dalam ni,,,

    ReplyDelete
  4. wahh..tengok outlet terdekat setia city mall..bole la pegi nanti..

    ReplyDelete
  5. Memang syiok pergi kaison walaupun sekadar untuk mencuci mata. Tapi mesti akan grab jugak barang kaison. Hihihi

    ReplyDelete