Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Saturday, May 7, 2016

Ganti MyKad Melalui Perkhidmatan Talian Telefon

Assalamualaikum & hello there,

"MYPHONE-IN"
Permohonan gantian MyKad melalui perkhidmatan talian telefon


BBL pernah alami masalah terpaksa ulang alik dari bank Maybank ke pejabat Pendaftaran Negara atas sebab cip MyKad tak boleh nak baca cap ibu jari waktu nak buka akaun Maybank. Agak leceh kena tunggu untuk proses buat MyKad baru. Nasib baik rumah dekat je dengan opis pendaftaran negara tu. Bayangkan jika korang tinggal di tempat agak jauh dari pejabat pendaftaran negara dan pada masa sama cip MyKad rosak. Mesti sakit kepala nak mintak cuti pergi buat MyKad baru kan.

Terkini anda tidak perlu lagi kuatir kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memperkenalkan perkhidmatan pengantian MyKad melalui telefon je. Bunyi agak pelik kan & mesti terfikir boleh settle ke?

Contohnya, anda nak buka akaun di bank dan secara tiba-tiba cip MyKad tidak boleh dibaca. Tiada cara lain melainkan terpaksa membuat MyKad baru. Katakan hari tu dah memang spoil mood habis. Cara terbaik untuk korang melindungi mood dari mengadap jalan jem serta kesukaran menacari parking ialah dengan membuat pengantian MyKad secara telefon.



Caranya :

Pertama, Hubungi 03-888-08-066
Kemudian buat permohonan gantian MyKad

Waktu operasi talian hotline
Isnin – Jumaat
8.00 pagi – 5.00 petang

Waktu rehat
1.00 petang – 2.00 petang
Hari Jumaat 12.45 tengahari – 2.45 petang

Syarat-syarat permohonan:

1. Warganegara Malaysia sahaja
2. Permohonan untuk gantian MyKad biasa atau cip/kad rosak
3. Bayaran permohonan RM10.00
(kutipan bayaran akan dikenakan semasa pengambilan kad)
4. Permohanan dan pengambilan MyKad hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja
5. Pusat kutipan hanya di JPN Putrajaya dan Ibu Pejabat Negeri sahaja
6. Sebarang perubahan maklumat bagi nama, agama, pindaan nama dan gambar tidak dibernarkan
7. Caj hilang akan dikenakan jika pemohon tidak mengemukaan mykad lama sesama pengambilan mykad di kaunter.

Anda TelefonKami ProsesAnda Dapat

Buat masa sekarang perkhidmatan ini hanya di JPN Putarajaya dan ibu negeri sahaja. Namun jika anda tinggal di daerah negeri, terpaksa pergi JPN berdekatan.

BBL harap khidmat seperti ini boleh digunapakai untuk JPN Daerah pulak. Lagi senang kan.

Nak info terkini mengenai Jabatan Pendaftaran Negara, jangan lupa LIKE Facebook JPN tau

BBL ~ baru 2 kali tukar MyKad
(ρ)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...